Image and video hosting by TinyPic

13 September 2018

Rombongan ke Farm In The City Petting Zoo

Tempat Menarik Untuk Anak-anak


Waktu cuti panjang, cuti sekolah, tak tahu nak bawa anak ke mana, aku ada idea untuk korang, Tempat yang best untuk dikunjungi waktu cuti sekolah, FARM IN THE CITY!!!

Tempat ni bagi aku paling best untuk bawa anak-anak selain zoo, sebab tempat dia redup, tak besar sangat, sesuai untuk anak-anak yang suka explore mcm anak aku, anak-anak aku jenis suka explore, suka pegang pegang binatang, so tempat ni paling sesuai!

Kat sini suasana ala-ala ladang di kampung, kita kan kampung dah tak macam kampung, so bawa lah anak-anak datang sini, supaya anak-anak dapat rasa suasana kampung macam kita kecik-kecik dulu. Kat sini boleh pegang binatang, boleh bagi makan, boleh kejar-kejar. HAHA.

Lepas balik dari Family Day, esoknya kami ramai-ramai buat rombongan cik Kiah ke Farm In The City pula. Seronok sebernarnya pergi ramai-ramai ni, tengok keletah anak-anak.

Si kakak Sophea dengan Hannah tu asek berkepit jelah.

Ini kali kedua aku bawa kakak Sophea datang sini. Pertama kali dulu tahun 2015, masa baru buka. syiok betul jadi blogger ni. hehe. boleh baca entry ni,

FARM IN THE CITY 2015
FARM IN THE CITY 2015 partii


tepihhh tepihhh, makcik blogger nak lalu. hehe. kami masuk as tiket blogger, syiok jeee, hari yang kami pergi tu, ramainya lahai manusia, yelah sebab cuti panjang kan. Tapi rezeki kami, masuk ikut tepi je, hehe. Jangan tanya pulak mcm mana nk jadi blogger kat aku. HAHA.

Kalau korang masuk, korang akan diberi gelang, so nanti pakai lah gelang tu. Makanan korang boleh beli di pintu masuk, dia akan bagi 1 baldi, ada mix makanan binatang dalam tu. 1 baldi kecil makanan tu rm10 tak silap aku.

Masuk je pintu, kura-kura gergasi ni dah menanti korang, di Turtle & Tortoise Farm dorg akan bagi lah kankung sorg satu dekat anak-anak, kura-kura tu pun sampai dah tak larat nak makan kankung, ramai sangat bagi dia makan, sampai terdampar kekenyangan. HAHA.

Dekat tepi-tepi akan ada lah kolam-kolam yang ada banyak kura-kura, aku tak sempat nak snap picture sebab orang ramai sangat, nampak kaki orang je. HAHA.

Next ke Reptile Cavern pulak. Aku tak snap picture kat sini, ni kredit tu FITC website, sebab aku geli, ular besar gila! Ada buaya segala. adududududu. GELI!!!! anak-anak suka lah wei!


Eh, kalau korang bawa stroller kat sini, jangan risau tau, sebab ada laluan untuk stroller.

Then terus ke sangkar burung, Bird Aviary. Kat sini anak-anak seronok lah, boleh pegang burung, tengok itik. Tapi sebab ramai sangat, so tak boleh lama-lama. Sobs.

Kambing lalu kat sebelah je, sempat kakak bergambar dengan kambing. HAHA.

Next masuk ke Savannah pulak, kat sini kambing dorang lepaskan mcm tu je, so boleh lah main kejar-kejar. haha. Bagi makan ke, semua boleh. Kambing kat sini semua peramah. haha. Selain kambing, ada juga Rusa dan Alpaca, binatang bijak.

OK ada sedikit dialog untuk Mama Anez, hahaha.

Bergambar di depan sangkar Dusky Wallaby, korang tahu tak, bergaduh-gaduh lah si kakak sophea, hannah dengan si mama anez, budak-budak ni kata kangaroo, tp si anez kata bukan. Udahhh bergaduh depan tu. hahaha.

lepas di google, betullah si Dusky Wallaby ni spesis kangarooo. LOLS. bijak anak-anak kita. hehehe.

depan sikit dr kandang wallaby ni, ada fruits ang vegetable farm, tapi kami tak singgah, dah hujan masa tu, so teruskan je perjalanan, masuk ke Pet Village.

Pet Village ni ada rabbit dan guinea pig. tapi sebab hujan, semua dalam kandang je, dorg tak lepaskan. So kami tak masuk dalam tu, sobs, sempat lah budak-budak ni nak kaut ikan, tapi tak leh lama, hujan makin lebat.

Lepas tu terus ke Mood Lake untuk tengok Swan. Skali lagi anez teruja tengok swan, aku dan mimi just senyum senyum memandang sesama sendiri. kahkah. takpelah, kasi chance lah anez teruja. Tapi swan tu memang cantik! besar dan putih. Anak-anak pun teruja tengok.

kat sini korg boleh feeding ikan koi tau, ada banyak gila ikan, tepi Lake ada mesin jual makanan ikan, jangan risau, sediakan duit sajorr.

Hujan makin lebat, so ramai-ramai lepak bawah kawasan berbumbung dulu, sebelum nak ke next station Jungle Walk, selfie dulu, membawang dulu, sampai anak bosan, jom gerak balik. HAHA.

Dekat jungle walk ni best juga, ada banyak binatang boleh pegang2, ada marmoset. bulu lebat! tapi busuk! haha. Ada juga peacock, Himalayan striped squirrel. So masa hujan tu, bawak lah anak-anak tengok semua binatang tu, xde lah bosan.

see, budak yang lansung tak takut, kalau ibuu, jangan harap lah hoi nak pegang semua binatang ni! SORRY!!!! tapi kakak sophea, mana takut, semua nak pegang, ular, iguana, grrrrrr, good job kakak! HAHA.

Reda hujan, moh lah kita balik, asalnya nak naik Pony, tp masih renyai, so pony tak keluar. tengok jelah dari jauh.

kesayangan sangat 2 ketul ni.
Cerita pasal poney paling kelakar! ko tahu tak si papa sophea mengajing dia, Kat TV kan sibuk anak-anak dengan cerita My Little Pony tu, ehhhhh si papa boleh cakap apa tau,

" kakak, awak tengok pony tu, itu lah pony yang sebenar, mana ada color-color, mcm tu lah rupa sebenar dia, TV tu tipu kakak je " hahaha papa dia gelak.

skali, bila kakak tengok pony, terkulat-kulat muka anak tu, nak memahamkan kenapa pony dalam kandang ni buruk. HAHAHA. kesian anak aku. Jahat gila papa.

Sedarlah wahai anak, yang di dalam TV, semua dusta belaka. hahaha.

Last but not least! bergambar dengan geng, ni sikit je yang ada ni. Lain semua ntah kemana-mana dah. haha.

So korang yang nak datang sini, meh lah, pastikan cuaca cantik tau! mesti best!


Normal Rate : Adult RM55.00 Child RM45.00
MYKAD Rate : Adult RM37.00 Child RM30.00
*Child denotes below 11y/o*Child 90cm below FOC

Farm In The City,
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 43300
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com