Image and video hosting by TinyPic

23 October 2018

WAWA Skin Booster Mencerah Dan Melembapkan Kulit Wajah Paling Berkesan

Produk Mencerahkan Dan Melembapkan Kulit Wajah


Aku ni bila nampak produk yang ada nama " SERUM ", ada nama " Brightening ", memang aku suka, HAHA. memang kulit tak cerah kannn, pastu sibuk nak cerah, gitulahhhh. Lama dah usha produk WAWA Skin Booster ni, sekarang baru dapat cuba.

Memula tengok kotak, eh biasa je kotak dia, simple, tapi bila tengok botol, macam teruja tau, sebab serum dia, siap ada GOLD DUST tau, bukan gold dust saja, siap ada lavender beads dan pomegranate beads. wahhhhh! mewah! Mereka claim, produk ni boleh :

- MENCERAHKAN WAJAH- MERAWAT WAJAH KUSAM- MENGECUTKAN JERAWAT- MENGANJALKAN DAN MELEMBAPKAN- MENGURANGKAN KESAN PIGMENTASI- MENGECILAN LIANG PORI- MERAWAT SUN BURN

So mari kita cuba.

Actually masa aku tulis entry ni, aku dah try serum ni dah 4 hari, yang amazingnya, result dia sangat pantas tau! memang nampak kulit aku "sedikit " cerah dan tak kusam, dan yang paling best, pakai serum sebelum makeup akan menjadikan kulit wajah korang glowing on the spot. Aku sendiri terkejut dengan result dia.

Kalau korang tengok Serum ni, dalam dia ada gold dust tau, then ada biji-biji, bila urut di wajah, biji biji tu akan menyerap masuk dalam kulit, serum ni TIDAK MELEKIT tau, ringan je rasa di kulit lepas pakai. Meresap cepat ke kedalam kulit.

Produk Mengecutkan Jerawat dan Memudarkan Parut Jerawat


Kalau muka korang jenis berjerawat, korang boleh pakai skin booster ni dengan konsisten, nanti jerawat akan kecut dalam masa 3 - 7 hari, dan kalau yang ada parut tu, 2 minggu boleh nampak fade dah parut tu, sebab Lavender tu fungsi dia memudarkan parut. Tapi korang kena ajar " jari " korang tu, bila time ada jerawat, jangan gatai dok picit-picit jerawat tu, paham?! HAHA.

Macam mana serum ni boleh mengecutkan jerawat dengan cepat? Sebab dalam serum ni ada bahan anti-bacterial yang boleh stop kan " tumbesaran " jerawat tu, then terus kecut. Power lah wei!!

Muka aku jerawat kurang, cuma tak berapa nak glow je, then aku cuma nak pudarkan wrinkles, dan merawat kusam.

Kelebihan WAWA skin booster


Selain dari kehebatan dia mengecut kan jerawat dan mencerahkan kulit wajah, SERUM WAWA ni more than just serum tau. Korang WAJIB ada. Sebab dalam masa yang sama dia melembapkan dan melindungi kulit. Selain itu :

- Menganjalkan Kulit Wajah

- Membaiki Tisu Kulit

- Mengecilkan Liang Pori


Actually bila kita dah masuk ke usia 30an ni, SERUM is a MUST HAVE item tau, tak kira lah apa jenis serum dan yang pasti sesuai lah dengan wajah korang. Sebab serum ni dia repair balik skin kita, dan menganjal kan. Kalau jenis yang jaga kulit wajah, mesti tahu bab ni. Bagi yang tak pernah menggunakan apa-apa serum? boleh try WAWA SKIN BOOSTER, sebab serum ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Kalau ada yang tanya tentang KKM, Lab Test segala bagai, jangan risau, WAWA skin booster antara product yang tiada mercury, menggunakan bahan natural, dan ada Lab test, kalau nak tengok bukti, boleh ke IG WawaSkinBooster.

Bahan yang digunakan :

🍎POMEGRANATE
🌷LAVENDER
🌵ALOE VERA
🍏CUCUMBER
🍂GOLD DUST

Ni wajah aku yang telah di"siapkan" dan aku prep kan wajah menggunakan WAWA serum. Memang best gila! serius, muka jadi auto glow wei!!!

Cara Menggunakan WAWA Skin Booster :

- Cuci Muka
- Sapu Toner
- Ratakan Wawa Serum di seluruh wajah
( urut dan dap dap )
- barulah apply mosturiser atau lain-lain

Guna dengan konsisten pagi sebelum makeup dan malam sebelum tidur untuk result yang TERBAIK. Tapi serius aku memang suka sangat product ni, ada video aku sediakan. Jom tengok!


kecik molek je botol serum ni, comei mcm founder dia.

HARGA WAWA Skin Booster
15ml Rm59

More Info boleh ke

Untuk pembelian, terus whatsaap di

Selamat mencuba! Serum Paling BEST!

15 October 2018

Mee Kari Sedap Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya

Hi-Tea di Cyberjaya


Lama dah aku tak pergi food review, busy weh, lagipun kalau setakat kedai biasa-biasa malas lah nak join, kahhhhh, DIVA kau yer!!! tapi bila tengok nama restorant ni Mangkuk Ayam, aku macam teruja nak pergi, ehhh kenapa MANGKUK AYAM? Silap panggil jadi Mangkuk Ayun, hahaha. Then ida kata menu dia semua hi-tea, ohhh, sedap ni, ada mee mee, sup sup. sedap ni, so jadi teruja nak pergi.

Aku pulak memang jenis suka manu hi-tea mcm ni, mee kari is my fav, tapi aku suka mee kari yang ada kerang, kuah cair sikit, then pedas, fuhhh sedap wei! nak pulak ada sambal masam tu, lagi sedap wei.

Kalau korang tengok menu dia, banyak jugak tau! walaupun kedai kecik, tapi aku suka kedai ni, simple je. Kenapa nama dia Mangkuk Ayam? sebab restoran dia mmg semua mangkuk, pinggan, jug, cawan, semua ada cop ayam! hahahahaha. patut lah nama pon mangkuk ayam.

Kedai ni chinese suka datang makan, sebab dorg suka kan makan mee mee, sup sup ni. Kita yang melayu pun suka, suka makan. HAHA.

Ok jom tengok menu apa yang aku test haritu, boleh dikatakan, semua makanan dia sedap. SERIUS, bukan sebab aku review, tapi memang sedap! Berbaloi dengan harga, aku rasa, korang kalau datang 1 famili, korang order then boleh share-share je makan.

Mee Kari Rm11.90 Sedap!!! Kuah kari cair, fav aku, pedas, cun sangat dah. mee banyak, ada kerang, ada tauhu kering, ada fish cake, bapak besar fish cake dia. oh lupa, ada ayam lagi, ayam carik, memang penuh isi! mangkuk tu besar dan melengkung ke dalam tu, memang banyak! boleh share dua orang.

Assam Laksa Rm11.90. Isi ikan banyak! Laksa banyak, Kuah sedap! mana yang hantu asam laksa, sila sila cuba!!! 

Nasi rendang Daging Rm13.90. mana yang tak sempat makan nasi lunch, trus je brunch. Nasi pun ada. Dorg kata Rendang daging dia mcm rasa rendang mak-mak dulu-dulu. Rasa mcm Raya. HAHA. Over tau!

Mee Rojak Ayam Rm10.90. Ayam banyak! kuah royak sedap, ada mee! ehhh aku suka ni! sedap weiiii! mcm mana ni, semua pun suka. hahaha. Sabar jelah. 

Kuetiow Sup Ayam Rm11.90, untuk anak-anak sesuai, tak pedas, korang nak pedas, ada cili potong untuk korang. Sup jernih nampak mcm simple, tapi sedap sangat, paste dia terasa lah! Boleh di katakan semua menu pun sedap!

Rojak Buah Rm7.90. Pun aku suka! HAHAHA, mantiklah nak semua pun suka, mcm mcm buah ada, timun, jambu, pelam, sengkuang, nenas, semua hado! orang lain selalu kedekut kacang kan, ini tidak! PENUH KACANG dia bagi ko!

Rojak Sotong Rm10.90, mana peminat sotong kembang? meh sini, ni untuk korang! SEDAP!

BUBUR!!! SEDAPPPPP!!! itu je nak cakap! 

Nasi Kari Ayam, mcm kari mak mak kita, try lah!

tauhu Sumbat! sos dia tu sedappppp!!!

Pecal Sayur. Siapa suka makan pecal? sedapppppp!! Kuah kacang tu perghhhh!!!

Fish Cake Kari. Mana tahu saja-saja nak hirup-hirup kuah kan. Fish cake dia besar gabak wei! haha.

Ok NEXT kita pergi ke air penyejuk tekak! terliur tak tengok Air bandung kakak ni? Nampak sedap kan? Sedap lahhhhh!!! hehe

Ni aku punya, Maggo Ais! sejuk lalu ke tekak! hahaha. Tapi ni kena share, sebab besar mangkuk dia tau!

KOPI AIS!!! kaw kaw!!! Allahu, teringat ingat wei! sedapnyaaa. mmg kaw sangat! rasa mcm nak pergi mintak resepi dia, mcm mana buat kopi ni. HAHA. 

Laicee Kang, siapa tak kenal, penyejuk perut. Nyamannnn!

kawan baik!

kedai ni mmg selalu penuh tau! sbb menu pun simple-simple kan! korang boleh lah cuba wei! petang-petang Sabtu ke, saja nak lepak-lepak, datang sini. Ngam ah lepak sambil makan. HAHA.

Ni senarai menu kalau korang nak cuba menu lain. 

Terpaksa hide muka, dah mcm ayam muka aku tu. HAHAHA. korang kalau nak pergi, Restoran mangkuk ayam ni di dalam D'pulze Shopping Mall Cyberjaya. Ground floor tau! 

Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com