Image and video hosting by TinyPic

15 October 2018

Mee Kari Sedap Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya

Hi-Tea di Cyberjaya


Lama dah aku tak pergi food review, busy weh, lagipun kalau setakat kedai biasa-biasa malas lah nak join, kahhhhh, DIVA kau yer!!! tapi bila tengok nama restorant ni Mangkuk Ayam, aku macam teruja nak pergi, ehhh kenapa MANGKUK AYAM? Silap panggil jadi Mangkuk Ayun, hahaha. Then ida kata menu dia semua hi-tea, ohhh, sedap ni, ada mee mee, sup sup. sedap ni, so jadi teruja nak pergi.

Aku pulak memang jenis suka manu hi-tea mcm ni, mee kari is my fav, tapi aku suka mee kari yang ada kerang, kuah cair sikit, then pedas, fuhhh sedap wei! nak pulak ada sambal masam tu, lagi sedap wei.

Kalau korang tengok menu dia, banyak jugak tau! walaupun kedai kecik, tapi aku suka kedai ni, simple je. Kenapa nama dia Mangkuk Ayam? sebab restoran dia mmg semua mangkuk, pinggan, jug, cawan, semua ada cop ayam! hahahahaha. patut lah nama pon mangkuk ayam.

Kedai ni chinese suka datang makan, sebab dorg suka kan makan mee mee, sup sup ni. Kita yang melayu pun suka, suka makan. HAHA.

Ok jom tengok menu apa yang aku test haritu, boleh dikatakan, semua makanan dia sedap. SERIUS, bukan sebab aku review, tapi memang sedap! Berbaloi dengan harga, aku rasa, korang kalau datang 1 famili, korang order then boleh share-share je makan.

Mee Kari Rm11.90 Sedap!!! Kuah kari cair, fav aku, pedas, cun sangat dah. mee banyak, ada kerang, ada tauhu kering, ada fish cake, bapak besar fish cake dia. oh lupa, ada ayam lagi, ayam carik, memang penuh isi! mangkuk tu besar dan melengkung ke dalam tu, memang banyak! boleh share dua orang.

Assam Laksa Rm11.90. Isi ikan banyak! Laksa banyak, Kuah sedap! mana yang hantu asam laksa, sila sila cuba!!! 

Nasi rendang Daging Rm13.90. mana yang tak sempat makan nasi lunch, trus je brunch. Nasi pun ada. Dorg kata Rendang daging dia mcm rasa rendang mak-mak dulu-dulu. Rasa mcm Raya. HAHA. Over tau!

Mee Rojak Ayam Rm10.90. Ayam banyak! kuah royak sedap, ada mee! ehhh aku suka ni! sedap weiiii! mcm mana ni, semua pun suka. hahaha. Sabar jelah. 

Kuetiow Sup Ayam Rm11.90, untuk anak-anak sesuai, tak pedas, korang nak pedas, ada cili potong untuk korang. Sup jernih nampak mcm simple, tapi sedap sangat, paste dia terasa lah! Boleh di katakan semua menu pun sedap!

Rojak Buah Rm7.90. Pun aku suka! HAHAHA, mantiklah nak semua pun suka, mcm mcm buah ada, timun, jambu, pelam, sengkuang, nenas, semua hado! orang lain selalu kedekut kacang kan, ini tidak! PENUH KACANG dia bagi ko!

Rojak Sotong Rm10.90, mana peminat sotong kembang? meh sini, ni untuk korang! SEDAP!

BUBUR!!! SEDAPPPPP!!! itu je nak cakap! 

Nasi Kari Ayam, mcm kari mak mak kita, try lah!

tauhu Sumbat! sos dia tu sedappppp!!!

Pecal Sayur. Siapa suka makan pecal? sedapppppp!! Kuah kacang tu perghhhh!!!

Fish Cake Kari. Mana tahu saja-saja nak hirup-hirup kuah kan. Fish cake dia besar gabak wei! haha.

Ok NEXT kita pergi ke air penyejuk tekak! terliur tak tengok Air bandung kakak ni? Nampak sedap kan? Sedap lahhhhh!!! hehe

Ni aku punya, Maggo Ais! sejuk lalu ke tekak! hahaha. Tapi ni kena share, sebab besar mangkuk dia tau!

KOPI AIS!!! kaw kaw!!! Allahu, teringat ingat wei! sedapnyaaa. mmg kaw sangat! rasa mcm nak pergi mintak resepi dia, mcm mana buat kopi ni. HAHA. 

Laicee Kang, siapa tak kenal, penyejuk perut. Nyamannnn!

kawan baik!

kedai ni mmg selalu penuh tau! sbb menu pun simple-simple kan! korang boleh lah cuba wei! petang-petang Sabtu ke, saja nak lepak-lepak, datang sini. Ngam ah lepak sambil makan. HAHA.

Ni senarai menu kalau korang nak cuba menu lain. 

Terpaksa hide muka, dah mcm ayam muka aku tu. HAHAHA. korang kalau nak pergi, Restoran mangkuk ayam ni di dalam D'pulze Shopping Mall Cyberjaya. Ground floor tau! 

Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com