Image and video hosting by TinyPic

08 November 2018

Manhajj Aplikasi Untuk Mereka Yang Bakal Menunaikan Umrah

Belajar Cara Menunaikan Umrah Secara Online


Di zaman yang serba moden, adakalanya tak sempat untuk ke kelas-kelas untuk belajar tentang ibadah umrah, pada aku aplikasi ini sangat-sangat berguna, nak nak untuk orang macam aku, busy sesaja, so bila ada aplikasi belajar tentang umrah, adalah sangat menyenangkan, sebelum tidur pun boleh bukak smart phone dan belajar tentang Hukum Umrah, Definisi Umrah atau dengan kata lain, KURSUS UMRAH LENGKAP ATAS TALIAN. Selain itu segala checklist untuk menunaikan umrah pun ada, lengkap.

Aplikasi Manhajj penyelesaian masalah ibadah umrah


Terima kasih kepada Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) kerana memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah.

Tidak dinafikan, ada je mereka yang dijemput Allah untuk menunaikan Umrah, tetapi tiada masa untuk belajar secara details hukum dan syarat-syarat untuk ke Makkah. Bila sampai di tanah suci, ada saja masalah yang berlaku. So bila dah ada aplikasi ini, mudahlah kita untuk mempersiapkan diri.

Tipu lah kalau kata tiada smart phone, semua orang rasanya mampu dah menggunakan smart phone, mahal smart phone di zaman sekarang sudah jatuh ke tahap " wajib " ada. hihi. Atok nenek pun dah ada smart phone sorang satu, senang nak bervideo call dengan cucu.

Haritu, aku sempat lah ke pelancaran Aplikasi Manhajj ni di IDCC Shah Alam, seronok sebenarnya pergi ke event-event macam ni, bukan semua benda kita tahu, bila hadir ke event begini, ada ilmu yang kita dapat serap. Alhamdulillah.

“Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. 
“Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah. 
“Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ikhsan.

Tahniah Manhajj Brothers!

Cara Install Aplikasi Manhajj


Senang je untuk install, macam biasa, pergi ke Play Store, cari " Manhajj ", then install seperti biasa.


Begini lah rupanya lepas install aplikasi Manhajj tu, apa yang ada dalam aplikasi ni? hoii, macam-macam hado! banyak yang boleh dipelajari.

11 KELEBIHAN APLIKASI MANHAJJ

♥ Kursus atas talian LENGKAP
♥ Panduan Solat Sunat
♥ Flight Tracking
♥ Manhajj TV / Kalam Manhajj
♥ Period tracker / Blood description
♥ E-Library Sirah dan Kisah Nabi
♥ Penterjemah / Translator
♥ Waktu Solat dan Kiblat
♥ Senarai Mutawwif
♥ Daftar umrah
♥ BONUS - PANIC BUTTON


PANIC BUTTON yang membantu jemaah yang ada masalah di Tanah Suci


Lagi 1 aku lupa nak bagitahu, apps ni ada PANIC BUTTON, ala-ala emergency button tau. Contoh, waktu di tanah suci, korang ada masalah apa-apa, yang masa tu tiada siapa dapat bantu, boleh je tekan Panic Button, yang terus menguhubungkan para jemaah dengan mutawwif.

Jangan lupa tau install aplikasi manhajj ni!

Manhajj Mutawwif Musim Kedua


Secara jujurnya, aku tak pernah tengok program realiti Manhajj Mutawwif ni. HAHA. Sebab rumah takdok astro. huhu. Tapi kali ni aku kena tengok! sebab dah ada Astro. lols. Haritu, skali dengan pelancaran aplikasi Manhajj, dorg lancarkan skali rancangan realiti TV Manhajj Mutawwif ni pada Januari 2019 nanti.

4 Negara Rebut Juara Manhajj Mutawwif Musim Kedua


Apa itu Mutawwif. Andai kata ada yang tidak tahu, ok mari saya terangkan sikit. Mutawwif, berasal dari kata thawaf. Mutawwif adalah orang yang mengajarkan jemaah haji/umrah, berkenaan dengan hal-hal yang bersangkutan dengan haji/umrah secara praktikal, serta melayani jemaah selama melaksanakan ibadah haji/umrah. So secara ringkasnya, mutawwif ni lah yang akan membantu jemaah yang bakal menunaikan umrah di tanah suci. Ada apa-apa masalah, boleh cari Mutawwif masing-masing.

Rancangan Manhajj Mutawwif Musim pertama mendapat tontonan 3 juta penonton bagi setiap episod telah disiarkan di Astro Oasis 106 dan Maya HD 135. Hebat kan! kita je tak sempat tengok. hehehe.

Program ini adalah untuk melahirkan personaliti mutawwif yang berpengetahuan luas serta mampu untuk menyediakan perkhidmatan kelas pertama untuk para jemaah sekaligus menaikkan kerjaya mutawwif.

TAPI! di musim ke dua ni, mereka tampil dengan elemen yang lagi segar dan ada beberapa pembaharuan. Apa pembaharuan itu? Nak bagitahu ni, hebat ke tak hebat apabila 4 buah negara, melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. Bukan calang-calang ok. Tenaga pengajar dan panel juri pun semuanya hebat dan berwibawa.

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. 
“Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. 
“Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,” katanya.

Tak Sabar pulak rasa nak menonton musim ke-dua ni. Kat bawah ni ada sedutan musim pertama, boleh korang tengok. Aku pun rasa nak tengok balik musim pertama punya.

So, jangan lupa, install aplikasi Manhajj - Kursus Lengkap Atas Talian, dan jangan lupa tonton Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara di Astro Oasis pada 25 Januari 2019 nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com