Image and video hosting by TinyPic

15 November 2018

Pengalaman Tidur di House Boat Kenyir

House Boat Paling Murah


Maaflah lambat update pasal kenyir, sebab biasa lah, nak edit gambar, pilih gambar yang elok je, tutup mana yang tak sepatutnya nampak, semua ambil masa. Kita bukan jenis semua pon main sumbat dalam blog. lols.

ok terus lah kepada cerita utama kita, tak yah panjang-panjang, bukan korang nak baca pun kan. Korang baca point-point je kan! HAHA.

Plannya, kami tidur 1 malam je atas boat, sebab aku takde cuti, so Jumaat dalam 5pm kami gerak, ( aku ambil half day ). 5pm gelek tayar dah atas jalan, singgah beli air, isi minyak, topup touch and go segala, dalam kul 7 lebih juga masuk highway, kami dr Ampang.

Berhenti solat magrib di R&R dan teruskan perjalanan. Oh lupa, kami pergi 1 family je dan mak mertua aku. Kami gerak Jumaat petang sebab singgah bermalam rumah Mak Ndak ( makcik suami ) dulu untuk malam tu. Dalam jam 11pm kami sampai rumah Makndak di Terengganu. Esok pagi-paginya nak gerak ke Kenyir.

Kalau korang takde rumah untuk tumpang bermalam, area berdekatan dengan Kenyir, ada banyak dah homestay, korang boleh google lah kot. aku tak ambil pulak nama dan contact number. dannnnn ada juga yang pergi sampai tengah malam, tidur terus atas boat.

Esoknya pagi jam 7am, kami gerak dari rumah mak ndak ke Kenyir, sepanjang malam semalam hujan, sampai subuh pun hujan, kami gerak 7am tu renyai-renyai, anak-anak tak mandi pun sebab sejuk gila.

Sampai jeti ( Pengkalan Gawi ) around 9am, lepak tunggu sedara masa yang lain ( family belah suami ). Sementara tu kami breakfast dulu. Makan nasi lemak ayam rm3. HAHA. Gelak besar suami aku sebab MURAH! Sampai di jeti pun masih hujan. Risau sangat.

Tak lama tu hujan berhenti. Semua pun dah berkumpul, so boleh gerak dah. Ramai jugak orang haritu sebab cuti Deepavali, maybe ada yang ambil cuti direct.

Aktiviti Wajib Sewaktu Tidur Di House Boat


Nak tahu tak, asalnya aku taknak pergi tau tidur di house boat ni, sebab aku membayangkan kepayahan dia, nak mandi, nak salin baju, then apa je yang ada atas boat? line fon mesti tak de, tu yang aku paling susah hati. Si Kakak Princess pun cakap,

" ibuu, kakak tak nak lah tidur atas boat tu, buruk "

hahahahaha. Sabar lah kakak, meh lah kita layan hobi papa.

Memula aku mcm protes laki aku, tak nak pergi, tapi lama-lama aku fikir, suami aku selalu layan kehendak aku, nak kemana je dia bawa, so why not aku layankan hobi dia, aku siap cakap,

" sayang drive lah, eb nak tidur ",

dia cakap " TAKPE, asalkan anak bini ada dengan sayang ".

alahaiiii, sweet sgt ni! *tears

Lelaki ni memang pandai buat kita cair kan, haha. Then day by day aku pulak jadi excited nak pergi Kenyir. choii, sebabnya, 2 minggu sebelum pergi, aku sibuk sangat dengan kerja, ada audit, kepala otak mmg sangat TEPU, TAK SABAR nak enjoy the nature. BOSAN pon BOSAN lah!

TAPI guess what! TAK BOSAN WEH! SERIUS!

view dari Jeti

Serius cakap, dorang book Boat yang PALING MURAH. Boat ni ada macam-macam jenis, korang nak yang SELESA macam kat rumah pun boleh, nak yang ada aircond pun ada, harga satu house boat rm4k ke atas lah. HAHA.

House Boat kami ni paling murah, Rm1600, ada 6 bilik. So cerita dia, kami pergi ramai-ramai. Dalam 10 orang dewasa, then tong tong duit ( share duit ). 1 bilik ambillah 1 family.

*PERINGATAN : DON'T expect much lah wei! anggap je percutian balik kampung, sbb house boat ni memang mcm rumah kampung. HAHAHA. Serius tau! sebab nak murah kan, nak mencuba je. Kalau ada modal, ambil lah boat mahal, TAPI what for, nak tidur 1 malam je pun, nak selesa balik rumah! #ehhmarahpulak.

Dalam keadaan hujan renyai, laki aku angkut semua bag naik atas house boat dulu, then baru kami follow. Anak-anak is super excited! kakak excited sebab ada kakak Naily! eh bukan awak kata tak nak tidur atas boat ke kakak. haha.

Hujan, Lecak, basah, tapi relax lah, enjoy je, tak payah nak stress stress sangat der! sebab semua tu memainkan peranan, kalau dr awal ko negative, dia akan membawak sampai ke akhir. Siap-siap pakai White Angelica essential oil tau. haha.

Naik house boat rasmikan Bokitta kita, auch! hahaha.

Tapak kaki anak-anak siap-siap sapu EO Thieves. ( Bina Perisai )

si pelaku yang excited nak tidur dalam boat. haha. musim hujan pun gasak!

House Boat Dua Tingkat


Macam aku sebut tadi, House Boat kami ni berharga Rm1600, dua tingkat, atas ada 6 bilik, ada ruang untuk lepak, dalam bilik ada tilam, bantal dan kipas. ( bantal dan selimut bawa sendiri ). jangan lupa bawa diffuser juga. House boat kami takde aircond.

Bawah ada ruang lepak ( tengok TV atau Karoke ), Dapur, Bilik mandi dan jamban.

Ruang ni boleh lepak, baring, nak tidur sini pun boleh. Tapi kami tak lepak sini pun. 

Boat berjalan je, budak budak semua kena pakai Life Jacket, yelah, safety purpose lah kan, risau juga ada apa-apa jadi, insyaAllah Life Jacket akan cukup untuk semua orang.

Tangga turun ke bawah.

Dari Jeti Pulai Gawi mengambil masa 2 jam untuk ke destinasi kita, tapi di sebabkan ramai budak, Pakcik Karim ( owner boat ) bawa kita jauh sikit ke tempat yang landai yang sesuai untuk anak-anak turun dan mandi, kalau tiada budak, dia tak berhenti di tempat yang boleh turun untuk mandi. So pakcik Karim bawa kami ke Sungai ke Pulau Kalbu, ( ingat lupa lah nama dia ). So perjalanan kami 3jam.

Aku sempat tidurkan Alfi dulu. Tidur jap, bangun je dah sampai. HAHA. Kakak Sophea? main lah apa lagi.

So ini lah destinasi kami, ada tanah landai, boleh turun dan anak-anak mandi. WAJIB semua orang pakai life jacket yer, sebab tasik sangat dalam. bukan main-main punya dalam tau. WAJIB pakai. Pandai berenang ke tak pandai, kena pakai.

kat kawasan ni ada satu sungai, air yg direct turun dari bukit, sejuk gila! air ni terus mengalir masuk tasik. dan yang amazingnya. Dari tadi hujan kan, sampai je sini, tak hujan lansung. malam je ada sikit renyai. Kakak sophea je sampai-sampai terus salin baju dan mandi lah. apa lagi.

Kami sampai around 2pm, mandi sampai 6pm, lepas tu baru tahu lapar. haha.

Subhanallah ciptaan Allah. INDAH~

One for memory, best sangat rasa.

Aku sangat suka tempat yang tenang-tenang mcm ni, tah payah fikir apa-apa, duduk sini, lepak, mandi, layan anak-anak. Tengok hijau-hijau, biru-biru, serius sangat love it! Tak menyesal lah datang, even kdg2 rimas berpasir-pasir, tapi LANTAK! hahaha.

Actually, kalau nak house boat lain, korang akan pergi ke mcm-mcm tempat seperti kelah sanctuary dan lain-lain, tapi kami tak pergi pon. kalau korang google, banyak pakej-pakej di house boat lain. Tapi trip kali ni memang khas untuk mandi dan memancing saja. Pakcik-pakcik suami aku mmg bawak stok umpan yang busuk gila tu dengan batang pancing masing2. Jala tak dibenarkan tau, kalau bawak, kena tangkap, tanggung sendiri.

Masak Sendiri Di Atas House Boat

Ok, bab makan macam mana pulak? Lupa nak cerita, korang bayar Rm1600 tu siap pemandu boat. yelah, takkan korang nak bawak pulak, mampos kemana-mana perginya. HAHA. Kalau nak amik tukang masak, add on lagi rm200. TAPI, nak jimat, masak sendiri lah!

peralatan memasak seperti dapur, gas, periuk, kuali, semua ada, jangan risau. Cuma bawa lah beras, garam, gula, kicap ect yang lain-lain sendiri. Tukang masak kami mak mertua aku dgn makcik-makcik suami lah. HAHA. kami tukang makan je.

Ni toilet, as i told before, dont expect much! HAHAHA. Diam-diam je ok! layannnn.


Nak tahu tak, nampak je boat ni mcm ni, buruk, semua keadaan uzur, TAPI bersih tau, toilet tu bersih, bilik bersih, dapur ni pun bersih.

House boat ni, laki aku cakap, pakcik karim tu bina sendiri, dia beli body sahaja Rm200k dulu, then sikit-sikit dia buat. pakcik karim ni dah tahu dah selok belok tasik kenyir ni, sebab dia dulu ada kat sini sebelum tasik kenyir ni wujud lagi.

View dari belakang house boat.

Alfi dan life jacket. haha

Nelayan.

Alfi pun nampak seronok sangat masa kat sini, sebelum turun mandi aku oiling, habis mandi pun aku keep on oiling anak. Alfi panggil " lololam " = read ( kolam ). Dia cakap kat aku, ibuu nak andi lololam. HAHAHA. Besar nya kolam adik. haha.

Yang lelaki-lelaki mcm biasa, terus pasang pancing, yang anak-anak, mandi, yang nenek - masak, aku? snap picture, buat video, layan anak, HAHAHA. dan guess what, kat sini ada LINE TELEFON tau! HAHAHA. siap 4g. ko ghase?! Hidup lah aku kalau ada like tepon. lols.

Malam buat BBQ, mak ndak siap-siap perap ayam, dan kita bakar trus hasil ikan yang dapat petang tadi, ada tv tau, boleh tengok berita, then dorg sambung karoke, aku naik tidur dengan anak-anak. PAPA PRINCESS? MANCING SAMPAI SUBUH! Lantak!

Kul 7pm baru pakcik Karim hidupkan generator, sejak sampai 2pm tadi, dia matikan generator, so kipas ke apa yang berkenaan dengan elektrik memang tak boleh pakai, sebab nak jimat minyak, start 7pm baru pasang balik, baru boleh pasang diffuser, charge fon, pasnag kipas segala.

relax-relax, jangan stress, cool je, waktu dia matikan generator tu, tak panas pun, keliling pokok, tasik, sejuk je tau.


Dapat ikan baung liar


Suasana pagi sangat INDAH, Allahu, seronoknya. Si imann sophea bangun je, ibuu kakak nak mandi! ok pergi, lantak! asalkan kakak happy. Sempat Oiling dulu kat tapak kaki sebelum lepas anak mandi.

Malam tadi laki aku terjerit-jerit, dapat je ikan dia kejut aku, then aku x layan gamaknya, dia malas dah kejut, rupanya aku bangun tu dia dapat 6 ekor ikan baung, 6 ke 8 ekor, lupa dah. Seronok sangat dia! malam tu dia sorang je mancing. dia kata memula duk bawah, then rasa seram, terus naik mancing dr atas balkony. HAHAA. tahu takut!

Allahu, rinduuu.

ni pulak hasil dari pakcik karim dengan isteri dia. hebat kan! banyak gila. Dia dah tahu dah selok belok mana ikan banyak.

ni hasil laki aku malam tu, tahniah sayang, tak sia-sia datang jauh-jauh. Lepas subuh baru dia tidur. grrr. bagus juga percaturan laki aku, dia kata kalau datang jauh-jauh nak tidur, baik balik rumah.

So malam tu memang dia mancing je sepanjang malam, nak nak semua orang tidur, sunyi, ikan senang makan umpan. Lepas subuh semua orang bangun, dia pulak tidur. haha. bijak!

sesi menyiang ikan, terus bakar dan masak, fresh gila ikan lampam, sedap wei, manis, tapi tulang banyak gila, kena makan dengan berhati-hati tau.

Siap masak, anak-anak pun habis mandi, 10am kami gerak balik ke jeti pulau gawi. sebab perjalanan 3 jam kan. so ngam 1pm sampai Jeti, trus balik KL.

Sampai je jeti hujan lebat, stuck sejam juga atas boat.

Budak budak dah kepenatan, masuk kereta, masing-masing ketiduran.

Ahli Jemaah yang sempoi!

Masa pergi tak sempat menikmati suasana sebab tidur, balik baru dapat tengok suasana, INDAH~

adik dah naik hitam dok berjemur. haha

muka PUAS! hahaha.

TQ sayang for this " expensive experience ", kalau takde dia yang minat benda-benda gini, takde nya aku merasa. Dia kata, asyik tidur hotel selesa je, jom lah try house boat pulak. Bagi aku, not bad. Nak kata tak selesa tak juga, depend on you lah. nak selesa boleh pilih boat yang selesa, lengkap dan mahal. tapi what for.

Just 1 malam, nak layan kaki pancing ni, dan kita pun just nak tidur je. so ok lah. next time nak repeat? ok je. no hal!

TAPI : nak pesan kat korang, yang nak lepak atas boat, salah sorang ( pasangan ) mestilah minat memancing. sebab tu je kesoronokan yang ada kat sini, kalau laki minat mancing, bini acah-acah nak duduk tepi tasek baca novel, silakan~ tapi kalau dua dua jenis krik-krik, tak payah lah, membazior org perak kata. haha. sbb aktiviti kat sini mmg Memancing, bakar ikan fresh, mandi manda, itu je. Line Fon pun intermittent.

TQ for reading!!! ok bai ♥

Nak tanya apa-apa boleh tanya di Komen yer, mana lah tahu ada point aku tak sebut. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. aritu kwn akak pn ada share juga psl house boat ni...kalo suami kaki pancing sure suka la kan..suami akak pn suka juga mancing ..meriah hasil tangkapan ikan tu

    ReplyDelete
  2. wahh.. menarik jugak rara.. family husband penah jugak cakap2 nak pegi tasik kenyir sewa boat mcm ni.. boleh la share kat diorg nanti..

    ReplyDelete
  3. seronokkkknyaaa...kami pun tasabar nak pii...hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa. Ikan lampam fav ika. Klau bakar lagi la umphhh sedap gilaaaaaa

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com