Image and video hosting by TinyPic

14 November 2018

Roti Canai Tsunami Murah

Nak masuk 8 tahun aku kerja kat area sini, tapi tak pernah tahu kedai ni, dan tak pernah explore. Yang aku tahu Sup Raja dengan Pak Yop Tip Top. Sampai kana kalau kedai ni tutup, aku dah sasau tak tahu nak makan mana.

Sejak haritu Roti Canai Tsunami Ali ni viral kat FB, dok usha-usha rupa nya kat pantai dalam ni jurr. Alah3, lambatnya kami tahu. haha. So pagi ni saja lah try. Kami sampai kedai ni 9.30 pagi, tapi masih ramai, meja semua penuh. Lucky ada makcik panggil kami duk 1 meja dengan dia, dia pun dah habis makan. Alhamdulillah.

Nak tunggu budak amik oder agak lambat, yelah orang ramai kan, aku dok angkat tangan mengharapkan budak tu nampak aku, haha. kalau duduk berteleku, mmg sampai kul 11 pun tak dapat makan. Disebabkan tangan aku panjang, budak tu laju-laju dtg amik order kat aku. HAHA.

Kat sini mmg menu utama roti canai Tsunami je, xde menu lain, ada lah aku nampak tadi sandwich yang dah siap di pack-pack. Kalau yang ikut kawan-kawan tapi tak makan roti canai, sila lah beli makanan korang siap-siap kat tepi tepi luar kedai, ada gerai-gerai jual nasi lemak, kuih-kuih dan nasi kerabu.

Menu UTAMA, Roti canai Tsunami, apa yang Tsunami nya? alaaaa roti canai kuah banjir yang di letakkan dua biji telur separuh masak je! HEHE. Nak tahu tak? aku tak makan tau telur separuh masak, tapi gigih kan mencuba. dan Alhamdulillah, boleh telan telurnya, sebab dia bukan jenis yang lembik tak masak tu.

Dan telurnya tak hanyir. Roti canai lembut, kuah pun sedap. tadi aku letak juga lada putih dan kicap atas telur tu, so ada lah flavour sikit kan. Kenyang weh makan sekeping roti je pun, maybe sebab makan telur tu skali kan, so jadi kenyang.

with my "makan" partner. 

kedai ni mmg hari-hari penuh.

Pada aku OK lah roti canai dia, sedap, ikut tekak melayu kita. Kuah dal tu sedap. telur pun ok, dua biji ok telur dia!!! Sepinggan Roti Tsunami baru Rm2.40. MURAH KAN!!!!

Kedai ni bukak 7am - 11am. 
Isnin TUTUP.

Siapa nak try, boleh pergi hari selasa atau weekend, tp aku rasa weekend tu mst penuh.

Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com