Image and video hosting by TinyPic

19 December 2018

Alfi Second Birthday Baskin Robbin Icecream Cake

Happy Birthday Alfi!!!


Better late than never, ibuu nak abadikan cerita tentang birthday adik kat blog ibuu, rasa bersalah sangat kalau tak update, kahhh! Opah lagi rasa bersalah sebab dulu masa kakak, tiap kali birthday buat kenduri, birthday party, adik tak buat pun, kesian adik. tak pelah kan, Ashu dik dah bersalin, tahun depan kita buat birthday adik besar-besar yer dik.

Birhday Alfi 1 Disember. Kami balik Ipoh haritu sbb nak tengok baby Mawaddah, adik aku bersalin awal, due 10/12, tapi keluar awal, tak sabar eh mawaddah nak tengok dunia.

Mak aku dok berzikir kat aku asalnya, jom kita buat birthday party adik, jom buat doa selamat, kita buat kecik kecik je dah lah, tapi aku tak nak, tak tahu nape, instinct aku ni kuat sangat, aku cakap kat mak, tak payah lah mak, tak yah lah, risau adik bersalin ke apa, susah.

Tuptup betul lah adik aku beranak awal. So kita beli kek jelah yer Alfi. hehe.

Mak baker, tapi disebabkan papa tanya, nak beli kek apa kat adik? so ibuu ikut selera ibuu lah cite dia yer, hahaha. Ibuu nak Ice Cream Cake Baskin Robbin. kahkah! Asalnya nak beli masa anniversary haritu tau, tapi kek ni tak tahan lama, so tak jadi beli. Postpone beli untuk birthday adik.

Sedapnya ice cream cake ni, flavor dia tu boleh pilih pilih, aku pilih choc chip. atas tu yang ala-ala telur burung tu flavor lain-lain, so dapat rasa juga lah flavor lain.

kakak mintak snap pic dgn Santa Lonjong. haha
sempat opah soping handbag. ibuu Sponsor separuh. kahhhh!
TQ papa yang handsome lg kurus, HAHAHAHA.
adududud sedapnya kek ni, tapi tak leh makan banyak, opah siap cakap, tak habis tu simpan, nanti opah nak makan sikit-sikit. haha.

Alfi sayanggggggggggggggggg kakak. Sayang sangat, budak ni suka buat kakak dia, pukul lah, tarik rambut lah, tapi haritu aku borak dgn paed, dia kata, kalau budak ni tarik rambut kakak dia, buat kakak dia, means dia sayang kakak dia, dia xtau nak luahkan mcm mana rasa sayang dia, so dengan cara tu dia express feeling dia.

Alfi budak yang sangat bijak, bukan bijak yang macam mana, dia cepat ikut apa orang buat, apa orang baca, orang cakap, cepat sangat dia ikut. Percaya tak, umur dia setahun lapas bulan, dia dah boleh baca 1 -10, in Malay and in Englis ( thanks to acu ana sebab selalu ajar Alfi ) hehe. Aku mcm teruja juga lah. Kalau kita ajar dia buku bacalah anakku tu, dia cepat ingat dan baca balik.

Alfi ni senang nak jaga budaknya, cuma itu lah, sampai sekarang masih lagi breastfeed, so memang mengempeng lagi lah, masih lagi tidur buai. So nak buat kerja apa-apa, aku kena tidur kan dia dalam buai, so lama sikit tidurnya.

gigi depan dia dah rongak, 4 gigi depan dah habis dah, hurmm. Muka comel, gigi rongak, haha. aku cakap kat dia, " siapa gigi ada ulat! ". laju je dia angkat tangan, hahaha, tak paham orang tengah mengata dia. lols.

Alfi, hidup di zaman awak nanti, bukan mudah, ibuu doakan Alfi akan selalu ada dengan kakak Sophea. Ibuu dan papa akan selalu ada membimbing. Somoga adik menjadi anak yang mendengar kata ibuu dan papa, dan menyenangkan hati insan sekeliling, adik lah penghibur hati kami. Sayang kakak Sophea sampai bila-bila, jaga kakak bila adik dh besar nanti ok sayang! Ibuu papa Loves you!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com