Image and video hosting by TinyPic

18 March 2019

Tahu Tak Betapa Pentingnya DERIA BAU dan EMOSI?

Cara Kembalikan Deria Bau


Tak ada deria bau seolah-olah kita mampu melihat, tapi kita BUTA. Mampu mendengar, tapi kita PEKAK. Macam mana tu? hah gitu lah perumpamaannya.

Ko nampak itu sampah, tapi ko tak tahu sampah tu busuk ke tak, kena buang cepat atau lambat. Selalu sampah kita tidak lah terus buang kan, tunggu penuh dulu, tapi kalau sikit, tapi busuk, kita kena buang dulu kan.

Ko nampak anak ko meneran, tapi tak tahu dia berak ke tak, sbb kalau berak, mst bau taik, ni takde bau taik, means taik dia keras meneran tapi tak keluar, lols. #OKpening

Paling payah bila bab makan, ko tak tahu makanan tu bau mcm mana, elok ke tak. Nak makan pun dia jadi mcm, tawakkal jelah, nampak elok, so makan, sebab tak dapat nak bau. Sbb zaman skrg ni, kalau makan kat kedai, tak semestinya makanan nampak elok tu boleh dimakan. huhu.

So mcm tu lah kisah hidup aku 2 3 minggu ni, mula dengan selsema, batuk, demam, hilang deria bau. Seingat aku, tak pernah lagi aku hilang deria bau, selalu hilang deria rasa itu biasa, hilang deria bau is rare!!! Bau adalah segalanya bagi aku, even aku tengah stress, dapat bau ketiak laki aku, ahhhh ia sangat menenangkan jiwa ( bau ketiak lepas mandi, bukan lepas jogging yer ) hahaha.

Bau adalah perkara yang sangat penting bagi aku, korang tau tak, bau ni adalah molekul yang akan TERUS KE OTAK. Dia direct dari hidung ke otak, dengan bau lah boleh buat kita calming or lebih stress.

CONTOH :

-Bila bau wangi pagi-pagi, otak kita akan cakap, today will be a great day! bangun pun bersemangat. Bila pagi pagi dah bersemangat, senyum dan kita dah affirm dalam diri, segalanya akan mudah harini.

-Sama juga kalau korang bau busuk, otak terus hantar signal, bau busuk bangkai ke, sampah ke etc. Mmg laju je otak bekerja hantar signal kt tangan, amik tudung, tutup hidung, sebab busuk. Kalau masa tu korang tengah serabut, tetiba bau busuk, mau emo terus 1 hari. Betul x?

dan cuba bayangkan kalau tak ada deria bau? Ya Allah, mmg dull gila rasa. Busuk ke ni, wangi ke ni, emosi pun bercelaru, tak tahu nak happy ke mcm mana. Allahu.

Aku memang suka benda yang wangi, dan dah jadi habit aku, apa-apa benda pun aku akan bau dulu, anak aku bangun pagi, aku akan cium dulu, habit. Bau-bauan juga yang buat aku tenang. Kalau stress, bau benda wangi, aku akan jadi calm.

malam sebelum tidur aku akan on diffuser, tidur dalam keadaan wangi, aku suka! sebelum keluar pergi kerja, pakai essential oil. ambil aura aura bunga. happy sangat rasa. tetiba, Allah tarik nikmat, aku sedih sangat, serius tau! tak dapat aku nak gambar kan.

Last week aku keep on guna Peppermint Essential oil, keep on vitaflex kat pipi, Alhamdulillah dapat lah bau peppermint. tapi tak puas hati, sebab tak dapat sepenuhnya deria bau tu, then start jumaat lepas, aku keep on mandi dengan Bergamot Essential oil dengan garam bukit.


Alhamdulillah, semalam dah dapat balik deria bau aku, Allahu, seronok sangat rasa! Happy sangat. Bergamot - Limau Purut, dalam bahasa melayunya.

Dari zaman dulu kala lagi, even kita sakit ke, tak sihat ke, balik dari keluar malam, lepas magrib mst opah suruh mandi limau purut, betul tak? Konsep dia sama je, cuma essential oil ni memudahkan lagi, dah siap siap dalam botol. amik je titik atas kepala. settle! Limau Purut ni dapat halau benda-benda tak elok yang melekat pada badan, dia juga secara scientific nya anti-viral, anti-bacterial dan anti-fungal.

Mandi bergamot, badan pun jadi segar, bau badan pun wangi. Aku akan keep on mandi bergamot minggu ni, harapnya kesihatan aku pun pulih lah mcm biasa.

Kesihatan Emosi dan Deria Bau


Perasan tak skrg ni ramai yang " sakit ", nampak sihat, tapi sakit, apa yang sakit tu? EMOSI. Tak tahu nak cakap sakit tu sebab apa, tapi rata-rata kalau kita nampak di med soc, bunuh diri sebab kewangan, kewangan, kewangan. Baru-baru ni, budak tingkatan satu nak bunuh diri sebab kena reject. Ini bukan soal cara didikan mak bapak, ini soal emosi, emosi yang tak dapat di kawal dengan waras. TAKUT weh!

sebab apa aku skrg banyak dekatkan diri dengan essential oil. Sebab Essential Oil ada " getaran " dia, ada " aura " dia. Setiap dari kita, ada getaran ( frekuensi ) yang tersendiri, bila kita sakit, frekuensi badan kita akan rendah, bila rendah, benda tak elok senang masuk, dan sebab itu lah kita dah tak boleh fikir dengan waras.



Masa ini lah korang kena naikkan balik frekuensi badan tu, kalau dulu orang kata mandi bunga, ambil aura bunga, zaman skrg, kita dah mudah, sedut je botol EO. Benda ni sangat senang tapi susah orang nak percaya.

Bila awak bau sesuatu yang menenangkan, badan awak akan hantar signal untuk calm down, relaxxx, badan akan relaxxx, kembali berfikir secara waras. Susah nak describe, korang kena cuba alami sendiri. Hidup aku banyak berubah sebab benda benda mcm ni, aku dulu bukan lah seorang yang penyabar sangat, jenis baran, tapi now slowly, boleh dah berfikir secara waras dan betul. InsyaAllah.

Lagi 1 yang paling penting, penggunaan essential oil biarlah yang 100% pure essential oil. Sedih aku tengok orang skrg yang nak pakai EO, tapi main tangkap muat je, ada yang kata, alahhh wangi juga. YER WAK! mmg wangi, tapi chemical tu, masuk dalam badan awak!

Ok takpelah, next time kita cerita pasal Essential Oil pula ok!

Kali ni harap korang faham tentang emosi, orang kita mmg sangat tenat bab EMOSI skrg ni.

08 March 2019

Normal ke Anak Aku Tu?

Haritu aku tanya kak Yana Ujang, " Anak ko ( Zafirah ), masih ke main dgn adik dan sepah sepah kan mainan? ", pastu kak Yana cakap, aah, main je, sepah je, kenapa?

Aku tanya dia, NORMAL ke budak 7 tahun, main dgn adik dia, sambil sepahkan mainan. HAHAHA. Kak Yana cakap, normal je, kenapa?

Allahu, aku tak tau nak cakap macam mana, sebab aku rasa, dulu masa kecik, aku terlalu di didik untuk menjaga adik-adik aku kot, di usia 7 tahun dulu, aku dah ada 4 org adik, yang bongsu tu kembar, masa kecik dulu, kerja aku jaga adik, percaya tak, aku dulu 7 tahun dah boleh basuh baju dalam mesin, masak nasi, angkat kain, kemas rumah segala. PERCAYA TAK? hahaha

SILA PERCAYA.

Aku lalui zaman budak yang tak sama mcm budak lain, mak aku ajar aku buat kerja rumah, kwn panggil, " raaaaa, raaaaa, ", mak aku marah kwn aku, " dia takde, kena jaga adik, tak boleh main ", hahaha.

Aku? Sedih? TAK PON! hahaha. sebab aku mana tahu erti sedih masa tu, budak kan! dah mak suruh, kita buat je, nanti x buat mak marah, lagipun aku ada adik ramai, so main jelah dengan adik, tapi jarang lah main, aku suka baca buku, tengok tv je.

Nampak mcm tak best kan life aku, tapi aku ok je, aku bersyukur, sebab dari kecik, aku dah biasa buat semua benda, so bila dah besar, semua benda tu tak jadi kekok pun untuk aku.

DANNNNNNNN, masalahnya aku kat sini, bila anak aku, Kakak Sophea, dah 7 tahun, masih main mainan dengan adik dia, masih merengek-rengek, menangis bila tak dapat benda, aku jadi confuse, NORMAL ke anak 7 tahun mcm tu, bukan dorang dah besar ke? HAHA.

Dan aku confuse, adakah aku dah boleh suruh anak aku basuh kain, masak nasi?

HAHAHAHAHA

Bila jawapan kak yana kata, ITU NORMAL, aku like, ohhh normal eh? aku ada jugak tanya Anez, Hannah OK tak? bangun pagi nangis tak? selalu lupa tak?

JAWAPAN ANEZ, YER RA!!!

ohhh, sama eh anak kita, HAHAHAHA. kadang-kadang susah bangun pagi, bila tanya ada homework ke tak, dia kata, " ntah, LUPA lah ibuu ". Aku paling pantang jawapan LUPA? HEYYY!!! budak lagi kan, apa yang LUPA sangat tu! hahaha. Adoiiii! mula lah nak menyinga, nasib ada essential oil. cepat cepat mak pergi diffuse.

Anez kata, Hannah pun sama, kdg-kdg lupa ada homework, bangun pagi pun kdg-kdg susah, maybe sebab penat sangat. Sama lah dengan kakak Sophea, kdg-kdg susah nak bangun, sampai aku kena tarik tangan dia, diri kan dia, bukak kan baju suruh masuk dalam bilik air, dia duduk bawah air hujan tu 5 minit, aku tanya, dah gosok gigi ke? jawapan dia BELUM, haihhhh!!!

Tu belum kalau cek pensil box, color, hari hari HILANG PEMADAM, pembaris kawan patahkan, nasib lah beli kat kedai eco je, pastu haritu, aku beli lah botol air tau, RM14 dekat mr.diy. Suka lah aku ni, bagi dia botol air baru, last last, kawan dia rosakkan penutup air tu, kwn dia tekan dengan pencil dia kata, ALLAHUAKBAR. sabar jelah.

Aku kenal Kakak Sophea, dia bukan jenis yang suka rosakkan barang, dia akan sayang harta benda dia. Tapi yelah, aku tak lah marah dia, bukan salah dia kan, last last beli botol air kedai Eco Rm2.10 je. Haih! Kalau dalam wasap group sekolah kan, mesti ada je annoucement siapa hilang botol air, bag duit, buku, mcm mcm lah, semua jenis Smiggle bagai, kalau aku lah, mau meroyan. HAHA.

Serius aku cakap, aku tak tahu kehidupan budak 7 tahun mcm mana, sbb kalau nk dibandingkan dgn aku dulu, mmg lain, barangan aku semua aku jaga elok, sbb aku sayang barang, aku suka baca buku, aku jarang main dengan kawan ( kecuali kat sekolah ), aku pandai buat kerja rumah. HAHA.

Aku ada tgk artikel pasal anak Syeikh Muzaphar dengan Dr.Halina. Hebat kan dorg, anak dorg FULL dgn aktiviti, tapi dia kata, penuhkan semua aktiviti dgn education yang fun. Dia kata, dari lahir sampai 6tahun ialah process learning, sebab budak akan serap apa saja pembelajaran, budak tak mudah letih, benda yang menyeronokkan akan buat mereka happy. Kita tengok anak dia mcm letih, tapi anak dia happy je.

Nak kata aku failed dalam parenting tak juga, aku juga masih belajar, kadang-kadang aku pujuk diri aku, bagi anak peluang, dengar apa mereka nak cakap, jangan terus nak marah even hari hari pemadam hilang.

Oh ya, lepas aku " warning", aku cakap, ni last pemadam ibuu bagi, tolong jangan bagi kawan, cakap kat kawan, kalau nak pinjam, nanti bagi balik. dia cakap " ok ibuu ", then seminggu ni, aku happy, pemadam tak hilang dah. HAHA.

Macam kakak, apa yang aku kenal dia, jenis dia kena cakap elok-elok, kena bagitahu dia, kenapa tak boleh hilang, mcm mana kalau tak nak bagi hilang, kalau ko marah, satu habuk pun tak dapat. Bab menangis tu, kdg kdg aku perasan, dia macam jeles dengan adik dia.

Pernah 1 hari, aku dengan papa dia kiss Alfi, pastu gelak-gelak, dia cakap, tak nak pun sayang kakak, asek sayang adik je, Allahu. Sebak rasa, sebenarnya ada je sayang dia, cuma dia tak sedar, bila dia tgk kita sayang adik, baru dia perasan mcm ibuu dgn papa syg adik, tak sayang dia. Serba salah kan.

Sebab tu, aku ni, gigih lah marah si Alfi tu, sebab tak nak nampak sangat, so kalau marah, marah dua dua. HAHA. So conclusionnya kat sini, aku rasa, kakak Sophea masih lagi normal mcm budak lain, suka main, hilang pemadam, kena belai jiwa dia. huhu. Maybe aku yang pelik kot, sbb matang awal sangat dr usia. lols. InsyaAllah kakak, ibuu akan cuba jd ibuu yang terbaik. OK?!

06 March 2019

Khasiat Sarang Burung Yang Ramai TAK TAHU

Khasiat Sarang Burung Walit


Dulu, kalau dengar orang minum sarang burung Walit, aku macammm, wowwww, kayanya dia, boleh minum sarang burung, yelah, sarang burung ni memang kita tahu, memang mahal, mahal setanding dengan KHASIAT dia. Sekilo sarang burung ni cecah 4k tau harga dia. so tak ke rasa berharga sungguh diri korang bila minum sarang burung ni? hehe

OK buat siapa yang tak tahu, apa KHASIAT sarang burung walit ni, mari nak cerita. Ada sarang burung yang boleh dimakan, dan ada yang tak boleh dimakan, yang tak boleh makan tu yang dibuat dr ranting dan daun kering tu, tu kompom lah tak boleh makan, HAHA.

Yang boleh makan ni adalah sarang burung yang dihasilkan oleh burung walit ketika dia mahu bertelur dengan menggunakana air liurnya. Korang pernah tak tengok orang buat bangunan, yang memang khas utk pembiakan sarang burung walit ni, skrg dah ramai orang buat. Dorang akan bina 1 bangunan tinggi yang tiada tingkap, gelap dan kelembapan sama seperti gua, hanya ada lorong khas untuk burung-burung masuk dan bersarang, ada 1 speaker kuat, yang dipasang bunyi sama seperti bunyi burung untuk memanggil burung bersarang di dalam bangunan tu.

Air Liur Sarang Burung Walit Mengandungi 60% protein dan 18 Jenis Asid Amino.

Dulu aku tak tahu, bila atok sedara suami sendiri yang buat, so baru lah tahu. So korang kalau nak minum, tak payah lah susah pulak nak pergi buat bangunan nak panggil burung datang haha, susah kan! beli je, Minuman Sarang Burung Forever Dewi. Siap ada perisa, lagi sedap!

Minuman Sarang burung ni dah diamalkan di China South East sejak 400 tahun dulu dah, lama sangat dulu. Dorang makan mmg utk kesihatan. Korang nak minum sarang burung, kena tengok juga, sumber mereka, sebab proses nak mendapatkan sarang burung ni sangat rumit tau, paling rumit dr segi pembersihan, nak bunuh kuman, pembersihan dari bulu, dan nak pastikan sarang tu sihat untuk di makana, bukan semua boleh main bedal makan. huhu.

So dekat sini, aku memang percaya yang Minuman Sarang burung dari Forever Dewi adalah bersih, halal dan berkhasiat sebab produk mereka ada sijil GMP, HACCP, MESTI dan JAKIM. So boleh diminum tanpa was-was.

Apa juga yang kita beli, kita mesti akan impressed dengan packaging dan kotak dia, betul tak? dengan produk Forever Dewi ni, memang nampak lah, memang founder dia bersungguh-sungguh nak memberikan yang terbaik untuk pelanggan dia, sekotak minuman sarang burung ni datang dalam kotak keras, yang dibalut elok.

Ada 3 jenis perisa dalam satu kotak, iaitu :

Longan Red Dates, Extra Collagen Rock Sugar dan Chrysanthemum Rock Sugar.

Extra Collagen Rock Sugar
Longan Red Dates
Chrysanthemum Rock Sugar.
Apa KESAN pantas yang kita boleh dapat bila minum sarang burung ni? SEJUKKAN BADAN, kalau musim-musim panas ni kan, nak sejukkan badan, minum lah sarang burung. Nak nak minum tengah sejuk, sedap sangat! lagi 1, sarang burung bersifat anti-aging, so nak muda selalu kan, sila lah rajin minum sarang burung. hihi.

Kebaikan Minuman Sarang Burung Walit :


- Meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pengaliran saraf dan penyerapan vitamin D dari cahaya matahari.

- Mengandungi karbohidrat dan lipids serta bahan yang dapat merangsang pembahagian dan pertumbuhan sel, meningkatkan pertumbuhan tisu dan regenerasi dan dapat menghalang jangkitan influenza.

- Kandungan Tirosin dapat membantu mempercepat pemulihan daripada terapi radiasi dan kemoterapi bagi pesakit kanser dan pesakit baru yang menjalani pembedahan.

- Threonine yang terdapat dalam sarang burung menyokong pembentukan kolagen dan boleh mencegah kedutan serta anti penuaan, anti jerawat, mengurangkan pembentukan bintik-bintik pigmentasi dan seterusnya menjadikan kulit licin dan halus.

- Mengandungi asid syalik dan tirosin yang mampu mempercepatkan proses pemulihan khususnya ketika penyingkiran bahan toksik dan meransang pertumbuhan sel-sel darah merah.

- Khasiat untuk warga tua dimana membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan ingatan, mengurangkan masalah hati dan usus, mengawal gula dalam darah, meningkatkan keupayaan untuk menyerap kalsium, anti penuaan tulang belakang dan anti-arthritis.

- Boleh membantu melegakan penyakit berkaitan pernafasan seperti asma atau batuk kronik.

Kalau korang tengok Minuman sarang burung dari forever Dewi ni, memang sarang burungnya banyak! penuh, bukan acah-acah bubuh dalam botol je tau! Rasa pun sangat sedap, manis-manis buah saja! memang suka sangat aku minum, nampak tak kulit kita gebu gebu lately, sebab minum sarang burung lah uols. hehe. Moga istiqomah lah kita minum sarang burung ni yer. hehe.

Kalau korang nak tahu, Sarang Burung adalah makanan tambahan kedua yang popular di kalangan masyarakat Cina selepas Ginseng. Kesan dia sangat pantas dari segi kesihatan dan kecantikan. Serius! dah tua-tua ni uols, takpelah, melabur sikit untuk kesihatan. hehe.

oh lagi 1, bukan kita je boleh minum sarang burung ni ok, Sarang Burung Walit juga bagus untuk Warga Tua, Mak mak yang mengandung, Kanak-kanak untuk kuatkan memori, dan juga untuk mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Sarang burung sangat bagus untuk pulihkan badan yang lemah dan meransang petumbuhan sel.

So kalau korang nak cuba, boleh beli online ok!

SEKOTAK RM120 sahaja
FREE POSTAGE!


Cari Duit Poket Dengan Forever Dewi,


ok, siapa yang rasa serasi sangat minum Sarang Burung dari Forever Dewi, korang boleh mohon untuk jadi ejen atau DROPSHIP tau!

Cara senang je, Contact staff Forever Dewi dan bagi kod :

FDSAFURARA
dan korang akan dapat off 10%-30%
best kan!!! tak memasal boleh buat duit tepi!
so untuk maklumat lanjut, cepat wasap mereka ok!

Emel : foreverdewi123@gmail.com

01 March 2019

Amalan Pembuka Rezeki Yang Simple Tapi Ramai Tidak Tahu

Assalamualaikum, LAMANYAAAA TAK UPDATE BLOG!!! hahahaha. capslock terus kau! hahaha. Banyak benda wei nak cerita, tapi tak sempat! busy gila skrg ni! Tapi topik ni aku nak share dengan korang. Dan maybe kalau orang google google tajuk AMALAN PEMBUKA REZEKI, boleh jumpa post ni.

Tiap-tiap pagi aku suka dengar Sinar.FM, sebab ada Jep, Rahim tu, 2 ketul tu lawak doh! tapi wajib dengar si Jep lah, kalau xde Jep, x best! kdg-kdg geram kat Jep tu, kenapa bengap sangat lawak dia, kita tahu je kdg-kdg dia buat buat je salah tu, tapi lawak doh!

Then aku suka Sinar.FM ada soal jawap agama, aku ni dah lah tak pergi usrah-usrah ke apa, so dengar lah radio, tiap pagi Jumaat dr kul 7am - 8am, ada slot dengan DMKF, yang ni aku suka sangat, topik dia sangat best! dan TOPIK HARINI pasal Amalan Pembuka Rezeki, KEGUSARAN TENTANG REZEKI. Aku bab bab amalan untuk TARIK REZEKI ni aku suka sangat! hahaha. #Salam20k. lols.

Macam biasa, ayat klise, amalan pembuka rezeki yang biasa orang cakap is :
1. SOLAT TAUBAT, SOLAT DHUHA, BANYAKKAN DOA dan Istigfar.

2. Minta IBU, MAK, AMMA, DOAKAN kita, DOA mak tiada hijab. DOA MAK TU MUSTAJAB.

3. SEDEKAH, even seringgit di MASJID

4. dan yang paling RARE


PAKAI SELUAR DALAM dengan keadaan DUDUK, jangan pakai seluar dalam BERDIRI. HAHAHA. tergelak juga aku tadi, apa kena mengenanya, TAPI DMFK kata itu betul. Allahu, kena ubah amalan kita ni. HAHAHA. Siapa yang pakai duduk? angkat tangan. Selama ni aku marah si kakak Sophea pakai seluar dalam sambil duduk, aku kata PEMALAS, tapi weiii! betul lah tu cara anak aku, kelakar weh!!! Allahu. hahaha.

Lepas ni kita ubah yer, Kencing pun sama, yang lelaki jgn berdiri, kena duduk juga. Pakai seluar dalam pun duduk, minum duduk, makan duduk. OK! cun!

Dan REZEKI PALING NIKMAT IS, rasa BAHAGIA! Rezeki ni definisi dia luas, susah nak describe, sihat itu rezeki, ada anak, suami, kawan yang baik itu rezeki. Dapat kerja elok rezeki, semua rezeki, so pandai-pandai lah kita. yang penting, NIAT! ingat, NIAT! hehe

oklah bai! itu saja sharing harini!
ni pulak komen kawan aku

One more thing rara... Masa intan masuk class how to be find your inner beauty ...salah satunya.. Throw away semua panties or bra yang koyak. Get a new n sexy one....

YAsssss, wear a good underware too okay!

24 January 2019

Healthy Breakfast Jar Untuk Anak Ke Sekolah

Breakfast Jar Berkhasiat dan Cepat Untuk Anak.


Tahukah korang, yang breakfast adalah sangat penting untuk anak dan parent juga actually, memulakan hari dengan breakfast adalah sangat bagus. TAPI ada satu masalah kat sini, orang selalu kata, " Tak sempat lah nak prepared breakfast, sibuk, busy, tak sempat, leceh ", HEYYY! nowadays, tak payah susah payah nak buat breakfast, kita boleh ajar anak buat breakfast sendiri tau, healthy breakfast lagi!

Beaconhouse mengambil kesempatan ini untuk bekerjasama dengan Yogood Malaysia untuk berkempen tentang " Kepentingan Mengambil Breakfast untuk Anak-anak ". Bukan saja berkempen tentang sarapan pagi, tapi juga sarapan pagi yang cepat, mudah, malah berkhasiat untuk anak-anak kick start the day.

Kaloborasi ini juga adalah awareness untuk anak-anak dan parents supaya tahu tentang sarapan yang berkhasiat dan betapa bagusnya jika kita dapat sediakan breakfast dari rumah dan dapat bagaimana memilih makanan yang bernutrisi tinggi.

Sarapan yang bagus adalah sarapan yang dapat mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Daphne Iking sebagai celebrity guest juga ada bersama untuk sesi soal jawap tentang kempen ini juga membuat demonstrasi bagaimana untuk menyediakan sarapan pagi di dalam Jar yang pantas lagi berkhasiat menggunakan yoghurt, Crunchy Muesli dari Yogood, madu dan buah-buahan.

Budak-budak semua excited gila nak DIY breakfast mereka sendiri. As we know, buah-buahan, madu dan yogurt ni sangat lah bagus! di gabungkan pula dengan Crunchy Muesli dr yogood, memang sangat sedap weh! bukan budak je suka, makcik Rara pun suka tau. hihi.

Bukan suka sebab apa, dah lah senang, sedap, ko campak campak je dalam jar, siappppp!

" breakfast jar are quick, healthy and delicious and they're super easy to make no matter how busy your morning are. If its struggle to get your kids to eat breakfast, this is the fun way to engage them. Kids will have fun making it themselves and eating it our of a jar is a treat on its own,". Said Daphne. 

Betul kata Daphne, memang kadang-kadang susah nak suruh anak makan breakfast, tapi dengan allow mereka buat sendiri breakfast tu, dan biar mereka memilih apa yang mereka suka untuk diletakkan di dalam breakfast jar dorg, itu lagi bagus.

lagi banyak color lagi bagus tau!
Daphne Demonstrated how to make healthy breakfast in a jar.
Anak-anak mostly girl suka lah buat benda benda mcm ni, dorg excited sangat tau!
Senang je nak buat breakfast jar ni, korang hanya layered kan Yogood Muesli ni dengan yogurt, fruits and last skali drizzle kan dengan honey. Sedap lagi kalau di simpan dalam peti sejuk sekejap, nyummmsss.

Yogood Muesli adalah high fiber dan kaya dengan wholegrains, fruits, nuts and seeds.

Breakfast adalah sangat penting, After rejuvenating night of sleep, the brain and body need fuel to operate. Studies have shown that kids who eat breakfast perform better academically that kids who dont. - Mr. Ali Raza, Regional Director of Beaconhouse 

pic dari kak ayu, hehe.
So, mcm mana? boleh lah belikan bahan bahan, dan ajak anak korang buat sama-sama! Weekend ni buat ok!

11 January 2019

Rahsia Muka Tak Kusam Walaupun Selalu Makeup

Hansaegee Nature ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Hai korang, Assalamualaikum! Siapa ada yang selalu makeup? dan rasa skin tu KUSAM? meh angkat tangan? aku dulu mmg ada masalah tu, tapi sekarang tidak lagi! yeay!

ok ok, straight to the point lah.

Macam mana nak tahu kulit kusam? kalau rasa skin dia sangat tak bermaya, dah mula ada garis-garis halus, dark circle, dry atau oily dan jika muncul bintik atau jerawat kecil. Tu maknanya kulit kita tak sihat.

Macam mana nak tahu kulit kita sihat?

- Skin Tone ( sekata )
- Smooth texture
- Hydration ( lembap )

Ini paling simple skali lah sign untuk tahu skin kita sihat dan normal. Macam aku sendiri, skin tak de masalah sangat, tapi sejak masuk 30an ni, aku banyak sedar pasal skin, banyak yang salah sebelum ni, and now dalam tempoh memperbaiki apa yang tak betul.

So now, back on track dan disebabkan aku suka makeup, itu lah penyebab skin aku KUSAM! so cara nak elakkan kulit kusam, kena cari product yang boleh menanggalkan kulit mati. Boleh membersihkan segala sekotoran sehingga kedalam lubang pores.
Salah satu cara untuk mendapat kulit sihat

Benda paling penting skali is CLEANSER ( pencuci muka ) kalau tak nak pakai benda lain pun, paling penting skali, korang kena cuci muka. Ok now aku fokus kan untuk diri aku sendiri lah senang kan, aku jenis yang hari-hari akan makeup, maklumlah muka tak natural beauty kan, so kena juga touch-up sikit-sikit untuk nampak muka tu berseri. kahhh.

So lepas makeup, aku WAJIB akan mencuci muka. WAJIB! takde maknanya aku just cuci-cuci muka dgn air je lepas tu im DONEEE, bukan yer, hahaha. Pencuci muka adalah salah satu benda penting dalam hidup aku.

Actually, korang pun yang TAK PAKAI MAKEUP, perlu cuci muka tau, sebab even tak makeup, kulit kita akan melekat debu, habuk, asap etc. so WAJIB cuci muka juga tau.


Pencuci Muka Yang Mencuci Kedalam Pores Dan Menanggalkan Kulit Mati


Bila dah tahu pasal skin condition, now aku mula cari cleanser yang boleh tanggalkan kulit mati, yang boleh bersihkan skin aku sampai ke dalam pores, dan now aku dah KENA rajin buat double-cleansing skali gus. fuhhh.

ok meh nak cerita pasal clenaser yang aku guna ni, Hansaegee Nature ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Yang sangat best sebab texture foamy dia yang sangat sangat sangat lembut dan best! Kenapa aku pilih cleanser ni? salah 1 sebab UTAMA sebab dia boleh tanggalkan kulit mati yang terkumpul.

Kelebihan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser

♥ Sesuai untuk semua jenis kulit ( Oily, Dry and Combination )
♥ Super Clean Bubble Cleanser
♥ Mengawal Minyak
♥ Melembapkan kulit ( tidak mengeringkan kulit selepas penggunaan )
♥ Mencuci jauh ke dalam pores
♥ Menanggalkan kulit mati
♥ Sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat

Jujur dari aku lah kan, aku kan dah bermacam jenis pencuci muka dah aku guna, tapi dengan Aloe AC Cleanser ni, aku rasa mcm teruja, 1st sebab texture dia yang sangat foamy ( thanks to the bottle type, botol ni jenis foamy, yang transfer cecair to foam texture ), lembut dan watery, bila letak je kat muka, alah alah lembutnyaaaa, masa nak urut-urut tu sangat lah best! then yang teruja lagi bila muka kau makeup penuh ni, tapi lepas cuci, rasa macam kulit jadi bersih sangat. Rasa macam clean gila! power tak power!

LEPAS TU! selalu kalau jenis foamy ni, dia akan mengeringkan kulit tau, tapi lepas cuci muka dgn Aloe AC cleanser ni, tak kering ok!!! Muka ko akan lembap je dan makin lembut, mcm baby gituhhhh! Thank to the natural ingredient dalam cleanser ni.

Dah nak dekat 2 minggu aku guna Aloe Ac Cleanser ni, aku dapat rasa lah skin makin best, makin healty sebab maybe dia dah tanggalkan kulit kulit mati, kalau dulu, kulit mati bertompok kan, sebab tu kulit nampak kusam je. Now rasa macam skin tone dah makin sekata dan bersih.

Selalu aku balik kerja, sampai rumah akan terus cuci muka untuk solat Asar, dan aku tak suka simpan makeup lama-lama, tengok texture dia yang sangat foamy, ahhhh, siapa tak suka kan sabun yang ada buih ni, aku rasa semua orang suka.

Bila kau massage muka masa mencuci tu, skin akan terasa sangat best! susah nak describe, tapi sangat best sebab buih tu soft sangat. Aloe AC bubble cleanser ni diperbuat dari bahan yang semuanya NATURAL. So sesuai untuk semua jenis skin.

Bahan utama Aloe AC Bubble Cleanser ni ialah Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Leaf Oil, dua bahan ni sangat bagus untuk skin kita.

Masa cuci muka tu, gently massage face korang dalam beberapa second, jangan kelam kabut, take a me time ok!

Tea tree oil is a popular choice for treating acnebecause of its anti-inflammatory and antimicrobial properties. It's thought to calm redness, swelling, andinflammation. It may even help to prevent and reduce acne scars, leaving you with smooth, clearskin

Aloe Barbadensis leaf juice can soothe skin and serve as an anti-inflammatory. It can be efficiently used topically, because of its burn healing effects, scar reducing and wounds healing properties.
See, tengok sendiri, result lepas cuci muka, memang memancar NUR dari wajah, #ehh. Bukan, terpancar skin yang bersih tu. Puas hari rasa!


Bahan-bahan Aloe AC Bubble Clenaser


Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract.

Dari texture foamy, lepas korang biar sekejap, dia akan bertukar ke watery, dia jadi foamy disebabkan type of that bottle.

Macam ni lah texture dia, rasa geram kan!!! nampak soft sangat. So far aku akan guna pencuci ni 2x sehari, pagi dan petang, result memang the best, muka dah tak kusam, rasa bersih even selepas seharian makeup.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Rm65.00

150ml

For More Info :

Puteri Imann Sophea Darjah 1 ( Selepas Seminggu )

Salah satu kenangan yang wajib aku abadikan dalam blog is about KAKAK SOPHEA GOES TO SCHOOL! Anak sulung mak dah masuk darjah 1, WAJIB ada entry, hehehe. Untuk kenangan abadi, kenangan masa hadapan, nak print gambar belum tentu lagi entah bila-bila, paling cepat, update blog jelah.

Anak yang lahir pada tahun 2012, semuanya akan masuk darjah 1 tahun ni, Rabu 3hb - Kakak Sophea sekolah pagi, awal dia bangun sebab semangat, 2 3 hari sebelum tu, asyik tanya, bila nak sekolah, bila nak sekolah. Nampak tak excited. Bangun pagi, mandi sendiri, solat.

Baju, kasut, bag semua aku dh siapkan, aku saja nak tengok, dia mampu tak buat sendiri semua, then yasss, semua dia buat sendiri, aku cuma sihatkan rambut dan pakaikan sepit je. Baju sekolah beli kat Pasaraya Ku jenama Black Cat, baju yang best, kakak suka, tak panas, kain dia selesa. Bag pakai yang tadika At-Tarbiah bagi masa konvo haritu, dia suka sangat bag tu, ok pakai lah nakkkk.

Pagi tu aku lambat, 6.15am pergi hantar alfi dulu rumah nenek BS, then rush balik rumah amik kakak, suami aku ckp, tak payah lah hantar kakak, ko gila??? memang tak lah! hahahaha, nak jugak anta anak! x kira! sampai sekolah, org dah start perhimpunan.

Aku memang puji kakak, dia lansung tak nangis, tak merengek tak nak beratur ke, tak de! Bagus sangat! THEN masalah dia apa tau! MAK DIA YANG NANGIS! choi lah!!!

Aku hantar kakak masuk barisan, dia terus duduk, aku cakap kat dia, " kakak take care ok, ibuu ada kat depan " - masa tu air mata dah berlinang dah, sempat aku snap pic dia. kahkah! gambar wajib!

Masa perhimpunan, aku duk depan barisan, intai intai anak, kakak mcm pandang tak pandang je aku, dia pandang dia senyum, mcm malu-malu. hehehe. comel je. luls. Masa perhimpunan, mcm biasa lah, nyanyi lagu negaraKu, lagu sekolah, ada ikrar segala, dengar lah ucapan Pen.Kanan, dan Pengetua. Pengetua siap perli siapa yang liat bayar duit PIBG tu. lols.

Habis perhimpunan, beratur masuk kelas, kelas anak-anak kat atas, mak bapak memang tak boleh naik, huaaaa, sedih gila. Tapi xpelah xleh naik kan, xde lah anak-anak ni sibuk nak cari mak ayah dia kan. Makpak boleh tunggu 2 hari je, Rabu dan Khamis.

jam 9.30am kakak rehat, jenuh mak bapak tunggu anak turun bawak, nampak muka kakak, aku happy gila. Rindu konon, cehhh! hahaha. Tengok dia turun dgn kawan-kawan, bawa botol air, cikgu dah pesan, bawa botol air, bawa bekal. kakak xde bekal sebab mmg aku nak tunjukkan cara beli makanan kat kantin.

pergi kantin, skali nak makan nasi + kari + ayam goreng. HAHAHA. rm4 koooo! sabar jelah, ok xpelah, makan lah kakak eh, makan kenyang. Kul 10 naik kelas, aku ajar dia mkn cepat cepat, kang tak sempat makan loceng dah bunyi. then dia naik kelas, baru lah ibuu dan papa pergi makan, lapar gila weh!!! baru rasa lapar masa tu.

Ibuu sempat lagi masa makan tu grab sale tarte cosmetic kat online Sephora, kawan kawan lah ni hasut, grrrrrrrrrrrrrr. Sopim sajer!

Then kul 12pm kami balik ke sekolah, tunggu kakak habis sekolah, then sambung ke kelas kafa. papa tapau siap-siap nasi utk kakak, sup + ayam, dia x makan banyak, kenyang lg kot.

Masa tunggu kakak turun, tengok-tengok dah pakai tudung siap-siap. Tudung mmg aku spare dlm bag, lega tengok, pandai berdikari anak ibuu. kdg-kdg kita ni risau sgt anak kita tak pandai, padahal dorg boleh je buat kalau kita takde, kan.

cantik sangat anak ibuu.

Dah siap makan, terus pergi ruang solat, untuk solat zohor dulu. Telekung tak bawa, mana lah nak tahu kan, so solat tanpa telekung dulu, ramai je yang tak bawa telekung. then 1 hal lagi! aku tak tanda kasut dia, sedih je bila dia cakap, " ibuu, mcm mana ni, nanti kakak tak tahu kasut kakak yang mana, " Allahu, rasa sebak nak nangis terus rasa, salah ibuu! ibuu lupa nak tanda kasut, terus aku ckp, takpe, esok ibuu tulis nama kakak ok, kakak masuk dulu.

Berbunga hati tengok anak-anak solat, tak taw nak habaq lagumana, sebak! padahal mak pak xleh naik atas tau, aku naik juga, sbb guna alasan nak hantar kakak. kahkah! Pastu ustazah kata, xpe puan, sy tengokkan anak puan, ermmm baiklah, saya turun. HAHAHAHA.

tetiba ting! dpt idea, amik kertas dgn pen, tulis nama kakak, dengan harapan, kakak nampak nama dia nanti, Allahu, sebak lagi, balik tu aku tengok, dia pakai kasut dengan nama tu skali, ada lagi nama dalam kasut. hahahahahaha.

Settle semua balik rumah kejap, ambil Alfi, then ambil kakak balik sekolah, 9pm dah tido sendiri, nampak sangat penat sekolah. HAHA.

SEKOLAH DAY 2!

Hari ke-2 aku dah tak hantar, papa dia hantar, tunggu sampai rehat kul 9 tu. papa dia kata, papa usha je dari jauh, nak tengok mcm mana dia membeli. Aku ada bekalkan nasi goreng kat dia, dia beli ayam, pandai tu beli ayam, hehe. Dia buka je bekal, baru papa dia pergi kat dia, terkejut nampak papa. hehe. papa anta pic, sebak lagi mak kau! hahaha.

Then tgh hari ibuu pulak pergi tengok dia, makan petang kat kantin sama juga macam pagi, tak de choice, tanya-tanya dia nak makan apa, dia kata nasi lemak, alahai, nasi lemak sejuk, tak sampai hati ibuu tengok kakak mkn nasi lemak sejuk.

tu belum lg kes kwn dh habis duit, dia nak belanja kawan, mmg kena lah dgn aku, TAK BOLEH BELANJA kawan, nanti dah terbiasa, kwn asek minta belanja je, so tak boleh! #Tegas. hihi.

last last aku decide, Jumaat nak bawa bekal untuk dia.

jiwa kakak menebal. hahaha
Hari Jumaat bawa kan nasi + kurma makan lunch, roti makan pagi, tapi kurma tu tak habis, ayam lansung tak makan, dia kata kakak kenyang. ermmmm.

Jumaat tu mak ayah tak boleh tunggu dah, memang hantar sampai depan pagar je, alahhhh, moga-moga kakak OK lah, Alhamdulillah ok je. Balik tu aku amik, siap marah,

KENAPA IBUU AMIK KAKAK AWAL, kakak nak main. HAHAHA.

amboiii nak main yer, sudah! jom balik!

haritu kan, bukan je dia xnk balik, pakej dengan carikan anak org lain punya mak, siap tolong budak-budak nangis yang x jumpa mak dia, g tolong carikan mak budak tu, Allahu anak. Nak jadi pengawas ke mcm mana ni nak oi.

yang paling best, hari Jumaat tu bag duit HILANG, dalam tu ada rm5 lagi, grrrr, tak nak marah dia, cuma cakap, lepas ni careful, penat ibuu dgn papa cari duit, mana boleh hilangkan mcm tu je. Dia pun angguk je.

Hari Isnin aku bekalkan roti + nasi + sup ayam, duit rm3, dah tak bagi bag duit dah, kang hilang lagi. Balik rumah sup habis, ayam tak makan, aku tanya dia, nape x makan ayam, dia kata ada tulang. alasan lah tu! dia malas pegang ayam dengan tangan, selalu kat rumah papa akan kopek ayam tu siap-siap untuk dia. ermmmm.

Isnin kakak start Kumon, kumon 8 - 9pm, balik kumon terus tidur.

Selasa - hari kedua, ayam kicap + nasi, sama juga ayam tak makan, alasan pun sama, grrrrrrrrrrrrrrrrrr. ibuu dah geram ni! so Rabu dah xde bekal, bawak roti nutella je, bagi chance dia beli kt kantin. Seronok wei dia dpt beli kt kantin. lols. Padahal bukan sedap pun. haha. Balik sekolah aku tanya dia, kakak beli apa harini kat kantin, " harini beli nasi goreng merah, pedas, sedap ", tercabar rasa sifat keibuan ni bila anak ko puji masakan kantin HAHAHAHA

Terus aku cakap, ok esok ibuu buat NASI GORENG MERAH PEDAS! lols!

So bekal Khamis buat nasi goreng pedas, habis koooo! memang dia suka lah nasi goreng ni. hahaha.

So far sekolah kakak semua ok, xde lagi pencil ke pemadam hilang ke, semua OK, dan xde lagi org yang berpuak-puak buat geng smiggle or not. Alhamdulillah. ahahaha. Kakak kat sekolah sampai petang, pagi sekolah mcm biasa, petang dia KAFA. Dari Kul 2 - 5 ptg.

Isnin dengan Khamis pula dia ada KUMON.

So far Alhamdulillah, bangun pagi senang, cuma biasa lah, liat-liat sikit itu biasa. Tapi papa dia kata sampai sekolah dah cargas dah! Jumpa kawan kan. Dan lepas kejadian duit hilang, dia dah more jaga duit dia, bawa ke kantin mana yang nak guna je. Dalam bag pun aku ada standby kan duit utk " emergency ", dia bantai tanya aku, emergency tu apa ibu? hahahaha.

Alhamdulillah, seminggu yang best! Seronok rasa kakak dah masuk sekolah, tapinya, aku penat gila, serius sangat penat, tidur malam siap ternganga laki aku kata, tak tau lah kan, penat sbb 4.30 - 5am dah kena bangun kot kan, pastu non stop buat kerja. Syukur juga laki aku banyak sgt bantu buat kerja rumah.

Ibuu harap kakak dapat belajar rajin-rajin, jd pelajar yang cemerlang ok! Kakak kat sekolah amik program DLP, dual language program. Now masih lagi dlm transisi. kalau kakak lepas saringan, dpt masuk DLP class, ibuu doakan yang terbaik yer kakak. amin!

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com