Image and video hosting by TinyPic

11 January 2019

Puteri Imann Sophea Darjah 1 ( Selepas Seminggu )

Salah satu kenangan yang wajib aku abadikan dalam blog is about KAKAK SOPHEA GOES TO SCHOOL! Anak sulung mak dah masuk darjah 1, WAJIB ada entry, hehehe. Untuk kenangan abadi, kenangan masa hadapan, nak print gambar belum tentu lagi entah bila-bila, paling cepat, update blog jelah.

Anak yang lahir pada tahun 2012, semuanya akan masuk darjah 1 tahun ni, Rabu 3hb - Kakak Sophea sekolah pagi, awal dia bangun sebab semangat, 2 3 hari sebelum tu, asyik tanya, bila nak sekolah, bila nak sekolah. Nampak tak excited. Bangun pagi, mandi sendiri, solat.

Baju, kasut, bag semua aku dh siapkan, aku saja nak tengok, dia mampu tak buat sendiri semua, then yasss, semua dia buat sendiri, aku cuma sihatkan rambut dan pakaikan sepit je. Baju sekolah beli kat Pasaraya Ku jenama Black Cat, baju yang best, kakak suka, tak panas, kain dia selesa. Bag pakai yang tadika At-Tarbiah bagi masa konvo haritu, dia suka sangat bag tu, ok pakai lah nakkkk.

Pagi tu aku lambat, 6.15am pergi hantar alfi dulu rumah nenek BS, then rush balik rumah amik kakak, suami aku ckp, tak payah lah hantar kakak, ko gila??? memang tak lah! hahahaha, nak jugak anta anak! x kira! sampai sekolah, org dah start perhimpunan.

Aku memang puji kakak, dia lansung tak nangis, tak merengek tak nak beratur ke, tak de! Bagus sangat! THEN masalah dia apa tau! MAK DIA YANG NANGIS! choi lah!!!

Aku hantar kakak masuk barisan, dia terus duduk, aku cakap kat dia, " kakak take care ok, ibuu ada kat depan " - masa tu air mata dah berlinang dah, sempat aku snap pic dia. kahkah! gambar wajib!

Masa perhimpunan, aku duk depan barisan, intai intai anak, kakak mcm pandang tak pandang je aku, dia pandang dia senyum, mcm malu-malu. hehehe. comel je. luls. Masa perhimpunan, mcm biasa lah, nyanyi lagu negaraKu, lagu sekolah, ada ikrar segala, dengar lah ucapan Pen.Kanan, dan Pengetua. Pengetua siap perli siapa yang liat bayar duit PIBG tu. lols.

Habis perhimpunan, beratur masuk kelas, kelas anak-anak kat atas, mak bapak memang tak boleh naik, huaaaa, sedih gila. Tapi xpelah xleh naik kan, xde lah anak-anak ni sibuk nak cari mak ayah dia kan. Makpak boleh tunggu 2 hari je, Rabu dan Khamis.

jam 9.30am kakak rehat, jenuh mak bapak tunggu anak turun bawak, nampak muka kakak, aku happy gila. Rindu konon, cehhh! hahaha. Tengok dia turun dgn kawan-kawan, bawa botol air, cikgu dah pesan, bawa botol air, bawa bekal. kakak xde bekal sebab mmg aku nak tunjukkan cara beli makanan kat kantin.

pergi kantin, skali nak makan nasi + kari + ayam goreng. HAHAHA. rm4 koooo! sabar jelah, ok xpelah, makan lah kakak eh, makan kenyang. Kul 10 naik kelas, aku ajar dia mkn cepat cepat, kang tak sempat makan loceng dah bunyi. then dia naik kelas, baru lah ibuu dan papa pergi makan, lapar gila weh!!! baru rasa lapar masa tu.

Ibuu sempat lagi masa makan tu grab sale tarte cosmetic kat online Sephora, kawan kawan lah ni hasut, grrrrrrrrrrrrrr. Sopim sajer!

Then kul 12pm kami balik ke sekolah, tunggu kakak habis sekolah, then sambung ke kelas kafa. papa tapau siap-siap nasi utk kakak, sup + ayam, dia x makan banyak, kenyang lg kot.

Masa tunggu kakak turun, tengok-tengok dah pakai tudung siap-siap. Tudung mmg aku spare dlm bag, lega tengok, pandai berdikari anak ibuu. kdg-kdg kita ni risau sgt anak kita tak pandai, padahal dorg boleh je buat kalau kita takde, kan.

cantik sangat anak ibuu.

Dah siap makan, terus pergi ruang solat, untuk solat zohor dulu. Telekung tak bawa, mana lah nak tahu kan, so solat tanpa telekung dulu, ramai je yang tak bawa telekung. then 1 hal lagi! aku tak tanda kasut dia, sedih je bila dia cakap, " ibuu, mcm mana ni, nanti kakak tak tahu kasut kakak yang mana, " Allahu, rasa sebak nak nangis terus rasa, salah ibuu! ibuu lupa nak tanda kasut, terus aku ckp, takpe, esok ibuu tulis nama kakak ok, kakak masuk dulu.

Berbunga hati tengok anak-anak solat, tak taw nak habaq lagumana, sebak! padahal mak pak xleh naik atas tau, aku naik juga, sbb guna alasan nak hantar kakak. kahkah! Pastu ustazah kata, xpe puan, sy tengokkan anak puan, ermmm baiklah, saya turun. HAHAHAHA.

tetiba ting! dpt idea, amik kertas dgn pen, tulis nama kakak, dengan harapan, kakak nampak nama dia nanti, Allahu, sebak lagi, balik tu aku tengok, dia pakai kasut dengan nama tu skali, ada lagi nama dalam kasut. hahahahahaha.

Settle semua balik rumah kejap, ambil Alfi, then ambil kakak balik sekolah, 9pm dah tido sendiri, nampak sangat penat sekolah. HAHA.

SEKOLAH DAY 2!

Hari ke-2 aku dah tak hantar, papa dia hantar, tunggu sampai rehat kul 9 tu. papa dia kata, papa usha je dari jauh, nak tengok mcm mana dia membeli. Aku ada bekalkan nasi goreng kat dia, dia beli ayam, pandai tu beli ayam, hehe. Dia buka je bekal, baru papa dia pergi kat dia, terkejut nampak papa. hehe. papa anta pic, sebak lagi mak kau! hahaha.

Then tgh hari ibuu pulak pergi tengok dia, makan petang kat kantin sama juga macam pagi, tak de choice, tanya-tanya dia nak makan apa, dia kata nasi lemak, alahai, nasi lemak sejuk, tak sampai hati ibuu tengok kakak mkn nasi lemak sejuk.

tu belum lg kes kwn dh habis duit, dia nak belanja kawan, mmg kena lah dgn aku, TAK BOLEH BELANJA kawan, nanti dah terbiasa, kwn asek minta belanja je, so tak boleh! #Tegas. hihi.

last last aku decide, Jumaat nak bawa bekal untuk dia.

jiwa kakak menebal. hahaha
Hari Jumaat bawa kan nasi + kurma makan lunch, roti makan pagi, tapi kurma tu tak habis, ayam lansung tak makan, dia kata kakak kenyang. ermmmm.

Jumaat tu mak ayah tak boleh tunggu dah, memang hantar sampai depan pagar je, alahhhh, moga-moga kakak OK lah, Alhamdulillah ok je. Balik tu aku amik, siap marah,

KENAPA IBUU AMIK KAKAK AWAL, kakak nak main. HAHAHA.

amboiii nak main yer, sudah! jom balik!

haritu kan, bukan je dia xnk balik, pakej dengan carikan anak org lain punya mak, siap tolong budak-budak nangis yang x jumpa mak dia, g tolong carikan mak budak tu, Allahu anak. Nak jadi pengawas ke mcm mana ni nak oi.

yang paling best, hari Jumaat tu bag duit HILANG, dalam tu ada rm5 lagi, grrrr, tak nak marah dia, cuma cakap, lepas ni careful, penat ibuu dgn papa cari duit, mana boleh hilangkan mcm tu je. Dia pun angguk je.

Hari Isnin aku bekalkan roti + nasi + sup ayam, duit rm3, dah tak bagi bag duit dah, kang hilang lagi. Balik rumah sup habis, ayam tak makan, aku tanya dia, nape x makan ayam, dia kata ada tulang. alasan lah tu! dia malas pegang ayam dengan tangan, selalu kat rumah papa akan kopek ayam tu siap-siap untuk dia. ermmmm.

Isnin kakak start Kumon, kumon 8 - 9pm, balik kumon terus tidur.

Selasa - hari kedua, ayam kicap + nasi, sama juga ayam tak makan, alasan pun sama, grrrrrrrrrrrrrrrrrr. ibuu dah geram ni! so Rabu dah xde bekal, bawak roti nutella je, bagi chance dia beli kt kantin. Seronok wei dia dpt beli kt kantin. lols. Padahal bukan sedap pun. haha. Balik sekolah aku tanya dia, kakak beli apa harini kat kantin, " harini beli nasi goreng merah, pedas, sedap ", tercabar rasa sifat keibuan ni bila anak ko puji masakan kantin HAHAHAHA

Terus aku cakap, ok esok ibuu buat NASI GORENG MERAH PEDAS! lols!

So bekal Khamis buat nasi goreng pedas, habis koooo! memang dia suka lah nasi goreng ni. hahaha.

So far sekolah kakak semua ok, xde lagi pencil ke pemadam hilang ke, semua OK, dan xde lagi org yang berpuak-puak buat geng smiggle or not. Alhamdulillah. ahahaha. Kakak kat sekolah sampai petang, pagi sekolah mcm biasa, petang dia KAFA. Dari Kul 2 - 5 ptg.

Isnin dengan Khamis pula dia ada KUMON.

So far Alhamdulillah, bangun pagi senang, cuma biasa lah, liat-liat sikit itu biasa. Tapi papa dia kata sampai sekolah dah cargas dah! Jumpa kawan kan. Dan lepas kejadian duit hilang, dia dah more jaga duit dia, bawa ke kantin mana yang nak guna je. Dalam bag pun aku ada standby kan duit utk " emergency ", dia bantai tanya aku, emergency tu apa ibu? hahahaha.

Alhamdulillah, seminggu yang best! Seronok rasa kakak dah masuk sekolah, tapinya, aku penat gila, serius sangat penat, tidur malam siap ternganga laki aku kata, tak tau lah kan, penat sbb 4.30 - 5am dah kena bangun kot kan, pastu non stop buat kerja. Syukur juga laki aku banyak sgt bantu buat kerja rumah.

Ibuu harap kakak dapat belajar rajin-rajin, jd pelajar yang cemerlang ok! Kakak kat sekolah amik program DLP, dual language program. Now masih lagi dlm transisi. kalau kakak lepas saringan, dpt masuk DLP class, ibuu doakan yang terbaik yer kakak. amin! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com