Image and video hosting by TinyPic

08 March 2019

Normal ke Anak Aku Tu?

Haritu aku tanya kak Yana Ujang, " Anak ko ( Zafirah ), masih ke main dgn adik dan sepah sepah kan mainan? ", pastu kak Yana cakap, aah, main je, sepah je, kenapa?

Aku tanya dia, NORMAL ke budak 7 tahun, main dgn adik dia, sambil sepahkan mainan. HAHAHA. Kak Yana cakap, normal je, kenapa?

Allahu, aku tak tau nak cakap macam mana, sebab aku rasa, dulu masa kecik, aku terlalu di didik untuk menjaga adik-adik aku kot, di usia 7 tahun dulu, aku dah ada 4 org adik, yang bongsu tu kembar, masa kecik dulu, kerja aku jaga adik, percaya tak, aku dulu 7 tahun dah boleh basuh baju dalam mesin, masak nasi, angkat kain, kemas rumah segala. PERCAYA TAK? hahaha

SILA PERCAYA.

Aku lalui zaman budak yang tak sama mcm budak lain, mak aku ajar aku buat kerja rumah, kwn panggil, " raaaaa, raaaaa, ", mak aku marah kwn aku, " dia takde, kena jaga adik, tak boleh main ", hahaha.

Aku? Sedih? TAK PON! hahaha. sebab aku mana tahu erti sedih masa tu, budak kan! dah mak suruh, kita buat je, nanti x buat mak marah, lagipun aku ada adik ramai, so main jelah dengan adik, tapi jarang lah main, aku suka baca buku, tengok tv je.

Nampak mcm tak best kan life aku, tapi aku ok je, aku bersyukur, sebab dari kecik, aku dah biasa buat semua benda, so bila dah besar, semua benda tu tak jadi kekok pun untuk aku.

DANNNNNNNN, masalahnya aku kat sini, bila anak aku, Kakak Sophea, dah 7 tahun, masih main mainan dengan adik dia, masih merengek-rengek, menangis bila tak dapat benda, aku jadi confuse, NORMAL ke anak 7 tahun mcm tu, bukan dorang dah besar ke? HAHA.

Dan aku confuse, adakah aku dah boleh suruh anak aku basuh kain, masak nasi?

HAHAHAHAHA

Bila jawapan kak yana kata, ITU NORMAL, aku like, ohhh normal eh? aku ada jugak tanya Anez, Hannah OK tak? bangun pagi nangis tak? selalu lupa tak?

JAWAPAN ANEZ, YER RA!!!

ohhh, sama eh anak kita, HAHAHAHA. kadang-kadang susah bangun pagi, bila tanya ada homework ke tak, dia kata, " ntah, LUPA lah ibuu ". Aku paling pantang jawapan LUPA? HEYYY!!! budak lagi kan, apa yang LUPA sangat tu! hahaha. Adoiiii! mula lah nak menyinga, nasib ada essential oil. cepat cepat mak pergi diffuse.

Anez kata, Hannah pun sama, kdg-kdg lupa ada homework, bangun pagi pun kdg-kdg susah, maybe sebab penat sangat. Sama lah dengan kakak Sophea, kdg-kdg susah nak bangun, sampai aku kena tarik tangan dia, diri kan dia, bukak kan baju suruh masuk dalam bilik air, dia duduk bawah air hujan tu 5 minit, aku tanya, dah gosok gigi ke? jawapan dia BELUM, haihhhh!!!

Tu belum kalau cek pensil box, color, hari hari HILANG PEMADAM, pembaris kawan patahkan, nasib lah beli kat kedai eco je, pastu haritu, aku beli lah botol air tau, RM14 dekat mr.diy. Suka lah aku ni, bagi dia botol air baru, last last, kawan dia rosakkan penutup air tu, kwn dia tekan dengan pencil dia kata, ALLAHUAKBAR. sabar jelah.

Aku kenal Kakak Sophea, dia bukan jenis yang suka rosakkan barang, dia akan sayang harta benda dia. Tapi yelah, aku tak lah marah dia, bukan salah dia kan, last last beli botol air kedai Eco Rm2.10 je. Haih! Kalau dalam wasap group sekolah kan, mesti ada je annoucement siapa hilang botol air, bag duit, buku, mcm mcm lah, semua jenis Smiggle bagai, kalau aku lah, mau meroyan. HAHA.

Serius aku cakap, aku tak tahu kehidupan budak 7 tahun mcm mana, sbb kalau nk dibandingkan dgn aku dulu, mmg lain, barangan aku semua aku jaga elok, sbb aku sayang barang, aku suka baca buku, aku jarang main dengan kawan ( kecuali kat sekolah ), aku pandai buat kerja rumah. HAHA.

Aku ada tgk artikel pasal anak Syeikh Muzaphar dengan Dr.Halina. Hebat kan dorg, anak dorg FULL dgn aktiviti, tapi dia kata, penuhkan semua aktiviti dgn education yang fun. Dia kata, dari lahir sampai 6tahun ialah process learning, sebab budak akan serap apa saja pembelajaran, budak tak mudah letih, benda yang menyeronokkan akan buat mereka happy. Kita tengok anak dia mcm letih, tapi anak dia happy je.

Nak kata aku failed dalam parenting tak juga, aku juga masih belajar, kadang-kadang aku pujuk diri aku, bagi anak peluang, dengar apa mereka nak cakap, jangan terus nak marah even hari hari pemadam hilang.

Oh ya, lepas aku " warning", aku cakap, ni last pemadam ibuu bagi, tolong jangan bagi kawan, cakap kat kawan, kalau nak pinjam, nanti bagi balik. dia cakap " ok ibuu ", then seminggu ni, aku happy, pemadam tak hilang dah. HAHA.

Macam kakak, apa yang aku kenal dia, jenis dia kena cakap elok-elok, kena bagitahu dia, kenapa tak boleh hilang, mcm mana kalau tak nak bagi hilang, kalau ko marah, satu habuk pun tak dapat. Bab menangis tu, kdg kdg aku perasan, dia macam jeles dengan adik dia.

Pernah 1 hari, aku dengan papa dia kiss Alfi, pastu gelak-gelak, dia cakap, tak nak pun sayang kakak, asek sayang adik je, Allahu. Sebak rasa, sebenarnya ada je sayang dia, cuma dia tak sedar, bila dia tgk kita sayang adik, baru dia perasan mcm ibuu dgn papa syg adik, tak sayang dia. Serba salah kan.

Sebab tu, aku ni, gigih lah marah si Alfi tu, sebab tak nak nampak sangat, so kalau marah, marah dua dua. HAHA. So conclusionnya kat sini, aku rasa, kakak Sophea masih lagi normal mcm budak lain, suka main, hilang pemadam, kena belai jiwa dia. huhu. Maybe aku yang pelik kot, sbb matang awal sangat dr usia. lols. InsyaAllah kakak, ibuu akan cuba jd ibuu yang terbaik. OK?! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. zaman skrg budak 7 tahun tak macam zaman kita dulu..kita dulu dah pandai buat keja rumah..budak skrg kdg2 ja nak buat, tu pun agak manja lagi..

    ReplyDelete
  2. beza sangat anak-anak sekarang dengan kita.
    tapi perlu juga dedahkan dorang dengan kerja-kerja rumah ni.

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com