Image and video hosting by TinyPic

18 March 2019

Tahu Tak Betapa Pentingnya DERIA BAU dan EMOSI?

Cara Kembalikan Deria Bau


Tak ada deria bau seolah-olah kita mampu melihat, tapi kita BUTA. Mampu mendengar, tapi kita PEKAK. Macam mana tu? hah gitu lah perumpamaannya.

Ko nampak itu sampah, tapi ko tak tahu sampah tu busuk ke tak, kena buang cepat atau lambat. Selalu sampah kita tidak lah terus buang kan, tunggu penuh dulu, tapi kalau sikit, tapi busuk, kita kena buang dulu kan.

Ko nampak anak ko meneran, tapi tak tahu dia berak ke tak, sbb kalau berak, mst bau taik, ni takde bau taik, means taik dia keras meneran tapi tak keluar, lols. #OKpening

Paling payah bila bab makan, ko tak tahu makanan tu bau mcm mana, elok ke tak. Nak makan pun dia jadi mcm, tawakkal jelah, nampak elok, so makan, sebab tak dapat nak bau. Sbb zaman skrg ni, kalau makan kat kedai, tak semestinya makanan nampak elok tu boleh dimakan. huhu.

So mcm tu lah kisah hidup aku 2 3 minggu ni, mula dengan selsema, batuk, demam, hilang deria bau. Seingat aku, tak pernah lagi aku hilang deria bau, selalu hilang deria rasa itu biasa, hilang deria bau is rare!!! Bau adalah segalanya bagi aku, even aku tengah stress, dapat bau ketiak laki aku, ahhhh ia sangat menenangkan jiwa ( bau ketiak lepas mandi, bukan lepas jogging yer ) hahaha.

Bau adalah perkara yang sangat penting bagi aku, korang tau tak, bau ni adalah molekul yang akan TERUS KE OTAK. Dia direct dari hidung ke otak, dengan bau lah boleh buat kita calming or lebih stress.

CONTOH :

-Bila bau wangi pagi-pagi, otak kita akan cakap, today will be a great day! bangun pun bersemangat. Bila pagi pagi dah bersemangat, senyum dan kita dah affirm dalam diri, segalanya akan mudah harini.

-Sama juga kalau korang bau busuk, otak terus hantar signal, bau busuk bangkai ke, sampah ke etc. Mmg laju je otak bekerja hantar signal kt tangan, amik tudung, tutup hidung, sebab busuk. Kalau masa tu korang tengah serabut, tetiba bau busuk, mau emo terus 1 hari. Betul x?

dan cuba bayangkan kalau tak ada deria bau? Ya Allah, mmg dull gila rasa. Busuk ke ni, wangi ke ni, emosi pun bercelaru, tak tahu nak happy ke mcm mana. Allahu.

Aku memang suka benda yang wangi, dan dah jadi habit aku, apa-apa benda pun aku akan bau dulu, anak aku bangun pagi, aku akan cium dulu, habit. Bau-bauan juga yang buat aku tenang. Kalau stress, bau benda wangi, aku akan jadi calm.

malam sebelum tidur aku akan on diffuser, tidur dalam keadaan wangi, aku suka! sebelum keluar pergi kerja, pakai essential oil. ambil aura aura bunga. happy sangat rasa. tetiba, Allah tarik nikmat, aku sedih sangat, serius tau! tak dapat aku nak gambar kan.

Last week aku keep on guna Peppermint Essential oil, keep on vitaflex kat pipi, Alhamdulillah dapat lah bau peppermint. tapi tak puas hati, sebab tak dapat sepenuhnya deria bau tu, then start jumaat lepas, aku keep on mandi dengan Bergamot Essential oil dengan garam bukit.


Alhamdulillah, semalam dah dapat balik deria bau aku, Allahu, seronok sangat rasa! Happy sangat. Bergamot - Limau Purut, dalam bahasa melayunya.

Dari zaman dulu kala lagi, even kita sakit ke, tak sihat ke, balik dari keluar malam, lepas magrib mst opah suruh mandi limau purut, betul tak? Konsep dia sama je, cuma essential oil ni memudahkan lagi, dah siap siap dalam botol. amik je titik atas kepala. settle! Limau Purut ni dapat halau benda-benda tak elok yang melekat pada badan, dia juga secara scientific nya anti-viral, anti-bacterial dan anti-fungal.

Mandi bergamot, badan pun jadi segar, bau badan pun wangi. Aku akan keep on mandi bergamot minggu ni, harapnya kesihatan aku pun pulih lah mcm biasa.

Kesihatan Emosi dan Deria Bau


Perasan tak skrg ni ramai yang " sakit ", nampak sihat, tapi sakit, apa yang sakit tu? EMOSI. Tak tahu nak cakap sakit tu sebab apa, tapi rata-rata kalau kita nampak di med soc, bunuh diri sebab kewangan, kewangan, kewangan. Baru-baru ni, budak tingkatan satu nak bunuh diri sebab kena reject. Ini bukan soal cara didikan mak bapak, ini soal emosi, emosi yang tak dapat di kawal dengan waras. TAKUT weh!

sebab apa aku skrg banyak dekatkan diri dengan essential oil. Sebab Essential Oil ada " getaran " dia, ada " aura " dia. Setiap dari kita, ada getaran ( frekuensi ) yang tersendiri, bila kita sakit, frekuensi badan kita akan rendah, bila rendah, benda tak elok senang masuk, dan sebab itu lah kita dah tak boleh fikir dengan waras.



Masa ini lah korang kena naikkan balik frekuensi badan tu, kalau dulu orang kata mandi bunga, ambil aura bunga, zaman skrg, kita dah mudah, sedut je botol EO. Benda ni sangat senang tapi susah orang nak percaya.

Bila awak bau sesuatu yang menenangkan, badan awak akan hantar signal untuk calm down, relaxxx, badan akan relaxxx, kembali berfikir secara waras. Susah nak describe, korang kena cuba alami sendiri. Hidup aku banyak berubah sebab benda benda mcm ni, aku dulu bukan lah seorang yang penyabar sangat, jenis baran, tapi now slowly, boleh dah berfikir secara waras dan betul. InsyaAllah.

Lagi 1 yang paling penting, penggunaan essential oil biarlah yang 100% pure essential oil. Sedih aku tengok orang skrg yang nak pakai EO, tapi main tangkap muat je, ada yang kata, alahhh wangi juga. YER WAK! mmg wangi, tapi chemical tu, masuk dalam badan awak!

Ok takpelah, next time kita cerita pasal Essential Oil pula ok!

Kali ni harap korang faham tentang emosi, orang kita mmg sangat tenat bab EMOSI skrg ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com