Image and video hosting by TinyPic

29 April 2019

Santai di KL Sentral

Tips Bercuti Dalam KL


Sesiapa kat Malaysia ni especially yang duduk kat area Klang Valley ni mesti kenal KL Sentral kan. Tempat berkumpulnya segala orang yang naik LRT. Kira centre gak la dengan adanya LRT, Komuter dan juga KLIA Transit. Senang citer ramai yang akan ke sini dulu kalau diorang nak tukar-tukar tren atau ramai juga yang bekerja kat sekitar KL sentral ni sebab ada banyak office yang ada. Tempat yang pack macam ni kalau kita yang jauh-jauh ni ada urusan mesti malas nak mengadap naik tren yang sibuk tu kan. Jangan risau aku ada solution, korang cari jer hotel murah-murah yang korang boleh stay kat area berdekatan dengan google cheap Hotels in KL Sentral untuk memudahkan kerja korang.

Salah satu tempat yang korang boleh stay dengan bajet yang rendah tapi selesa ialah My Hotel KL Sentral. As a hotel bajet, My Hotel ternyata offer sesuatu yang di luar expetation. Kemudahan-kemudahan yang disediakan agak lengkap dan berlokasi strategik lagi. Kedai-kedai makan terdapat agak banyak di sekitar hotel. Setiap bilik di hotel ini berlantaikan parket dan lengkap dengan aircond untuk korang tidur mati tak kisah cuaca kat luar. Bilik-bilik juga ada TV satelit sebagai hiburan sewaktu korang berehat-rehat di dalam bilik. Di samping itu, kemudahan untuk membuat air turut tersedia. Bukan itu sahaja, perkhidmatan penukaran matawang, khidmat shuttle ke lapangan terbang dan khidmat penyimpanan bagasi turut ditawarkan oleh hotel yang kecil ini.

Tempat Menarik Sekitar KL Sentral


Antara tempat-tempat penting yang dekat dengan sini ialah Tun Sambathan Monorail Station, KL Sentral dan jugak Royal Museum. Kalau korang nak cari barang untuk shopping Nu Sentral dekat je dalam jarak jalan kaki. So takyah bazir-bazir minyak nak ke mana-mana sebab korang kat center pengangkutan awam dan banyak facilities yang ada. Dekat hotel ni korang kena check in dalam pukul 2. Kalau korang sampai awal boleh jalan-jalan dulu sekitar tu sebab ada shopping complex dan ada banyak tempat makan yang korang boleh try.


Apa yang korang boleh buat kat area sini ialah korang boleh try jalan-jala kat Little India Brickfields tempat umpama korang ada kat dunia lain kat Bangsar. Area Brickfields ni actually tempat rasmi Little India, Malaysia dan ialah tempat neighbourhood yang biasa kat luar KL tetapi baru-baru ini ditukar kepada kawasan yang ada jalan raya besar and ada banyak restoran yang di manage by masyarakat India Malaysia. Kedai-kedai kat sini menjual segala-galanya dari barang-barang tradisional India macam sari, kalung bunga, rempah dan jugak muzik Bollywood, untuk local food macam vadai, thosai (pancake India yang diperbuat dari tepung beras yang ditapai) dan banyak lagi. Sejak transformasi Little India Brickfields telah berubah menjadi salah satu hotspot location untuk tourist bukan sahaja sebab barang-barang yang boleh dapat kat sini tetapi berdekatan dengan stesen KL Sentral.


Tugu Negara, yang terletak kat Lake Gardens, merupakan arca peringatan yang berdiri di atas base marmar yang dikelilingi oleh kolam air dan mata air yang kalau korang tengok dah macam cermin dah. Arca gangsa ni menggambarkan sekumpulan tujuh askar dalam pelbagai pose, masing-masing menandakan satu daripada tujuh sifat: keberanian, kepimpinan, pengorbanan, kekuatan, penderitaan, perpaduan dan kewaspadaan. Selain tu kat sini ada Muzium Negara Malaysia yang terletak berhampiran dengan hujung selatan Taman Tasik, melepasi Galeri Seni Negara, yang ada banyak knowledge tentang sejarah, ekonomi, geografi, seni, kraf dan budaya Malaysia. Dibina pada tahun 1963, muzium ini menghadap Jalan Damansara dan informative setinggi 3 tingkat.


So banyak tempat actually kalau korang stay kat My Hotel KL Sentral ni. Apa lagi, kalau korang nak book My hotel KL Sentral Online hotel booking lagi senang kot-kot korang boleh dapat offer murah daripada walk in. Trust me guys korang better book online. Much cheaper dan berbaloi dengan buat camtu. So nanti kalau ada turun KL Sentral plan nak tido situ korang try la stay kat My Hotel KL Sentral tu k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com