Image and video hosting by TinyPic

03 May 2019

Buffet Ramadhan 2019 Bangi Gold Resort

Buffet Ramadhan Murah Dan Sedap Area KL


BANGI GOLF RESORT, siapa tak kenal, tempat paling popular untuk kita berbuka puasa di area KL atau Selangor ni, kenapa? sbb Bangi Golf Resort antara tempat iftar yang sangat win dengan menu-menunya yang MERIAH! Bayangkan, lebih 200 jenis makanan! Mau tak meriah!!!

ok sebelum tunjuk menu, meh bagi tahu harga siap-siap!

Bangi Golf Resort Buffet Ramadhan
Dewasa rm59
Kanak-kanak rm29

MURAH KAN!!!! dah lah murah, sambil makan, sambil menderma pulak tu, kenapa? Sebab pihak BGR akan mendermakan 1% dari keuntungannya sepanjang Ramadhan ini kepada Islamic Relief Malaysia. Alhamdulillah. OK mari cerita pasal makanan dia pulak, yeay!

Lebih 200 Jenis Makanan


Korang kalau tak de idea kat mana nak berbuka puasa bersama keluarga, kawan-kawan office, boleh lah tempah di BGR, makanan semua sedap, 200 jenis makanan daripada hidangan Melayu hingga lah ke hidangan barat, gituhhhhhhhhh.

Konsep tahun ni ialah KEBUN DALAM BANDAR, konsep ni menjadi kebanggan bagi Restoran BGR sebab dorang mengenengahkan bahan mentah yang di tanam sendiri khusus bagi masakan Melayu dan tradisional. heyyy nak makan ulam petik je dari pokok ok! rare kan!
Pokok durian pun BGR ada tanam sendiri, tapi belum berbuah lah. hehe.

EKSKLUSIF sepanjang ramadhan di BGR, KAMBING BAKAR! dipanggang atas api perlahan, ada pula sup kambing mamak dengan roti, perghhhh! sedap. Memang membuka selera!

NASI KERABU! ni yang aku cakap tadi, ulam-ulam di tanam oleh pihak BGR, ulam ulam organic tau! Nasi Kerabu makan dengan serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah, mmg sedap! aku dah makan haritu! sedap sgt! 

Satey ayam dan daging! dah mcm hari raya!

Ni fav laki aku, menu barat mereka, SOUS VIDE EGGS dengan Cendawan Espuma, dia telur separuh masak, telur goyang goyang, dengan mushroom soup, mmg ngam! 

Kalau korang nak makan nasi putih kukus, kari ikan tenggiri ada untuk korang, kdg kdg mak kita bukan nak menu pelik-pelik kan, kari ada ni, jgn risau. hehe

Kambing Masak Hitam Mamak pun ada. Sedap wooo!

Chicken Varuval.

Nasi Ayam, ayam panggang! makan dengan sos BBQ ala oriental. nasi gebu, ayam juicy! sedap gila!!!! Allahu, banyaknya menu.

Laksa Singapore jgn dilupakan. utk masakan barat, selalu anak anak suka lah ni, pasta pasta dgn sos bolognese ayam atau carbonara.

Ipoh Hor Fun! ada cili potong, mmg terangkat! baby baby boleh makan menu ni, tak pedas.

Tak lengkap lah sebuah buffet tanpan PEMANIS MULUT!!! pelbagai dessert, kuih muih, dan ada juga CHURROS ok! dorg goreng panas-panas untuk korg. Air pun ada pelbagai! air kordial, soya, teh bunga, air panas pun ada.

Konsep BGR sama seperti tahun tahun lepas, konsep stall. senang korang nak pilih stall mana yang korg nak terjah dulu, bagi aku sangat berbaloi, ok, untuk Tips berbuka dengan buffet, korang jgn minum air banyak, mulakan berbuka puasa dengan kurma, then ambil makanan, minum air sikit-sikit je, sbb nanti bila perut kenyang air, makanan x boleh masuk. Then nasi jgn makan banyak. HAHA. Then pergi solat, pastu makan semula. lols!

KEMUDAHAN LAIN. ok untuk surau, jangan risau, surau dorg dah LUASKAN lagi, tak payah baris panjang-panjang, tandas pun ada banyak, dr 5, dorg tambah ke 16 tandas, tandas pun sangat cantik dan selesa. PARKING lot sangat besar, lebih 800 lot parking percuma!!! apa lagi mau! mmg best sangat kt sini!

nak makan dengan tenang, bg anak anak main, settle!
So tempah sekarang ok!!!

Bangi Golf Resort Buffet Ramadhan
Dewasa rm59
Kanak-kanak rm29

Bangi Golf Resort Restaurant
No 1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Instagram : @bangigolfresortofficial
Facebook : Bangi Golf Resort

Harga untuk tempahan dalam talian di laman web:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com