Image and video hosting by TinyPic

27 June 2019

Percutian Raya ke Pangkor

Unplanned Trip


“Wherever you go, go with all your heart. “

Mmg plan ke Pangkor ni sangat pantas, yang best nya, cuma ckp biasa-biasa je masa makan-makan sebelum puasa rumah Mimi. Then dah masuk puasa, Lan follow up, tak habis habis bertanya, mcm mana Pangkor? mcm mana Pangkor, jadi tak nak pergi, KONSEP dia mcm ni tau, bila laki ko excited, ko ONZ kan ajer, mst semua plan menjadi. hihi.

Last minute Khai book homestay, sebab we decide tu stay skali 1 rumah. Apak 1 rumah, mak mak 1 rumah. kami pilih homestay yang dekat Teluk Nipah. Situ je yang best dan dekat dengan laut.

Jumaat petang kami terus gerak ke rumah Anez, tidur kg.gajah 1 malam, then awal pagi kami nak keluar awal untuk naik feri di Marina Island. tengok si Alfi, belum apa-apa dah pakai google. HAHA. semangat kau nak, last last google tu tinggal dalam kete, apoooo.

Cantik sangat cuaca kat kg.gajah petang tu, feel welcomed sgt! tapi sampai sampai tuan rumah kunci pintu, apooooo, semata nak record kedatangan aku. HAHA. ngader! Yang sampai awal aku dan mimi, ros anis, khai dengan kak amy sampai malam.

Berlonggok lah 1 bilik kami tidur ramai ramai, apak apak tidur luar. ada yang atas sofa, ada yg atas toto. HAHA. lama wei x tidur lambak mcm tu, best gila! Alfi pulak boleh pulak sakit gigi, malam tu x berapa lena tidur, siap ajak balik, jenuh memujuk. Tak berapa nak lena sangat pun tidur mlm tu, excited pun sama, dengan Althea pun tak tidur, mami dia dah lalok dah. HAHA.

Lepas subuh, rafif orang yang pertama mandi dan siap, bagus betul, morning person tau! lepas tu baru yaya, hannah, last skali anak aku lah, si Sophea tu bukan morning person, nasib ada Hannah gerak, laju je bangun, mandi sama, pastu siap. Pas siap, makan, pergi main, budak budak ni sikit tak heran dah dgn mak dorg, sume dah jumpa kawan, tak heran dah.

Lepas siapkan anak, mak mak pulak mandi gilir-gilir, mekap sama sama 1 bilik, mcm duk asrama pulak rasa. HAHA. yang kesiannya, Tuan rumah malam tu terpaksa tidur bilik iron baju, hahaha. Kwn-kwn tidur bilik utama, alahai, terharu tau! TQ pakcik and makcik Salomanez. HAHA. Layanan korang mmg sangat TIPTOP.

Pagi tu ingatkan nak gerak awal, breakfast kat luar, tapi awal lg Khai dh masak nasi goreng, sedap sgt! pastu mkn makanan yg lebih banyak malam tadi punya, KENYANG! kul 10am kami gerak keluar rumah. Tak mo lambat-lambat.

bergambar dulu semua, anez arahkan semua pakai baju putih, tudung pink. hihi.
bff
TQ syg sebab bawak tidur kg.gajah!


Jakun Photoshoot di Sawah Padi


Ni part paling best, dalam plan asal, mmg anez dh ajak nak bergambar di sawah padi, ingatkan tak jadi, sebab semua mcm dah lupa, skali pakcik Asri beli kanan, ehhhh nak pegi mana ni, rupanya nak photoshoot kat sawah padi, YAY!!! laki aku siap ckp, esok acah acah lupa! skali pakcik bawak, yay!

Tenang wei jiwa tengok sawah pagi ni. serius, semua jakun. HAHA. Photoshoot laju laju, then terus gerak ke Marina Island. Aku mcm biasa, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz dulu, tetiba tahu dah sampai je. HAHA.

OOTD ke tu?
We decided to naik feri kat sini sebab dekat, 10 minit je. Kalau naik dari jeti lumut, lama sangat. Anak-anak pulak ramai, 6 family lah katakan, so tak prefer lah lama-lama sangat dalam feri, then di marina island ni, parking berbumbung, rm15 je sehari. sokkay lah, kereta pun teduh! Puas hati.

6 famili, tapi relax je!
Ni harga tiket untuk naik feri dari jeti. tak payah nak buat member member kad bagai, bayar je, harga ni harga untuk pergi balik, tiket ni simpan, jangan buang pulak. Bagi aku ok lah harga ni, duit cucuk lah siap siap untuk perbelanjaan di Pulau nanti ok!

Serius, trip ni, kami sangat santai, xde nak stress stress, xde nak marah-marah anak. semua relax sangat, laki pun mcm faham, bini nak bergambor celah mana pun, semua mereka layankan! hahaha.

Sahabat kesayangan, tak sangka, bila tengok dan imbas balik memori, kami mmg akan selalu bersama dari Sophea, Rafif dan Hannah kecik cinonet lagi.

Bila kemana-mana, kami akan ada selalu bertiga, aku ada utk kau, kau ada utk aku, laffff!

Ni adik manis! kawan gaduh aku. Tapi sayang juger! amboi sgt jane tu pakai spek!

Pandai Awanis Zamri amik pic. hehehe
Seronok lah Marina island skrg, sebab dah cantik sangat!!! tempat luas, dulu aku rasa tak cantik mcm ni, skrg ni bebudak berlari sana sini relax je, tempat OOTD pun banyak. hehe. masa ni sakan lagi bergambar, sebab feri kul 12. Hihi. lepas bergambor, tak lama pastu feri pun dtg!

geng apak-apak yang onz saja! TQ korang!

Dalam feri, anak anak dah duduk asing dah, mak pak kelain, anak kelain. sume nak duduk berlonggok, nak nak Hannah, Yaya dgn si Sophea. HAHA. Kemana saja mmg bertiga jelah. Seronok tengok dorg. Masing-masing tlg tgk anak sama-sama.

nyakat org belakang
Ni kesayangan, abg Hadeen dgn Alfi, Alfi suka hadeen, Ahmad pulak suka mengusik Alfi. HAHA. Seronok naik dr marina island, tenang je, xde nak bersesak-sesak, aku mmg suggest korang naik dari sini je.

Sementara tunggu apak-apak cari van pink! HAHA.

Van pink lagend, rm25 skali trip. Kami amik 2 buah van, 3 fam 1 van. tengok van lawa-lawa, skali van kami, rabakkkkk! HAHAHAHAHA. Tak pelah, janji selamat sampai pangkor. haha.

We arrive our home! yay!!! korang tahu tak, aku terkejut sangat tengok homestay ni. nama dia TERATAK NIPAH HOMESTAY. if korang nak cari rumah untuk menginap 1 family! sila book kat sini! Serius best! aku terkejut sebab rumah besar, bilik ada 3, FULL AIRCOND! Ya Ampun!!!!

Harga 1 family kami bayar cuma Rm1++ je, kami ambil 2 rumah. 1 untuk bapak, 1 untuk mak, anak ikut lah nak main kat mana, tp anak banyak bergelimpangan rumah apak, g lah korang buat bising kat sana, mak nak rehat! haha.

Kenapa decide nak duduk asing? sebab senang! mak mak ada yg masih menyusu anak, so kalau nak melepak tengok tv ke, tak nak pakai tudung, senang, takde lah segan dengan apak-apak.

Ko tengok, siap bagi toto dan bantal extra!!! unexpected! selalu kalau nak tambah kan kena tambah duit lagi, ni tidak. alahai, best sangat! Bilik ada 3, bukan setakat bilik je ada aircond, dekat HALL pun ada aircond.

BERSIH, bilik air cantik, bilik air ada 3, tak perlu rebut, air pun kuat, bukan jenis air mengalir mcm air kencing tu yer. hehe. 

Overall aku memang suka sangat lah dengan hoemstay ni. serius!!! Recommended homestay di Pangkor lah kiranya. Semua pun berpuas hati, TQ khai!

Sampai je Homestay, semua kelaparan, so makan bekal yang dibawa dr rumah anez td, ada lagi nasi goreng tak habis, makanan-makanan, si khai siap bawak kuih raya, kopok, maggi Samyang, Allahu, Khai memang TERbaik lah khai!

dalam 3 lebih pm, lepas rehat-rehat, baru pergi pantai, asalnya nak pergi awal, dah semua mentido kepenatan, so lambat sikit. nak makan dulu plan asal, tapi anak dah nampak laut, so babai lah! bagi anak mandi dulu, pastu pandai-pandai semua beli apa yang di jual di tepi jalan. padahal mak kau dah biru bibir kelaparan. haha.

Memula aku beli lempeng pisang dan pulut panggang buat alas perut mak mak, then bergambar dulu sedas, pastu baru masing masing pegi cr ayam goreng lah, ketam goreng lah, mcm mcm sebab anak dah merengek lapar, oh! baru tahu lapar! masa mandi tadi tak lapar! HAHAHA.

Kul 6pm dah naik, sebab ombak kuat, bay watch dah arahkan naik, xleh mandi dah, so ok juga tu. memang balik homestay, mandi, solat, lepas magrib trus keluar pegi kedai makan. Tak de pic makanan, tak sempat ambil. kami lupa nama kedai tu kedai apa, kami order mcm-mcm, total baru rm350, bayar tong tong lah makan tu.

Puas hati makan, maybe sbb lapar, tapi lambat juga lah, kami sampai dalam kul 7.45, kul 8 lebih baru dpt makan, huaaaaaa. Sempat pulak apak-apak pergi cari cake untuk seprise kan si Wan, kebetulan Sabtu tu birthday Wan, tercengang wan terkejut, hebat juga si apak apak ni buat seprais kan! hahaha.

Habis makan, balik! anak anak sambung main bunga api lagi, mak kau dh mengantuk ni, masing masing kul 11pm sume dah zzzzzzzz, apak apak kat sebelah tak tau apa cerita, yang tahu cerita pagi tu, laki aku pergi mancing. Asalnya sorg, rupanya last minute si Jebat dgn Aidil follow belakang. HAHA. gasak lah korg. tapi ikan tak dok pong! HAHA.

Pagi sambung lagi mandi lepas breakfast. Alahai, kejap sangat rasa. Pangkor kali ni aku rasa best sangat, sebab air jernih, tenang je, orang pun tak ramai, memang best gila rasa! lepas ni nak datang sini, dtg 2 malam, puas sikit. boleh bawak bahan untuk BBQ, malam boleh buat BBQ, kalau 1 malam tak sempat. Mcm biasa, 12pm check out, naik feri balik ke marina, makan tengah hari di restorant Silaturrahim dan last! Ros mami nak makan DURIAN. then abg faris pulak sokong, nak makan durian, so lets!!! HAHA.

Dah makan nasi, makan durian pulak! GASAK! tak nak balik lagi kekdahnya! HAHA.

Pergi lumut tak lengkap lah kalau x pergi lumut waterfront beli ikan bilis kan! so singgah kejap, beli ikan bilis dan sedikit gift. Alhamdulillah, everything went well! Kami berpisah lah di lumut waterfront. sedih weh! serius, berpolok polok, mcm tak jumpa dah kekdahnya. HAHA.

1 je sebab sedih, sebab percutian ni sangat best, semua 1 kepala, xde masalah. ko cakap aku ikut, aku cakap ko ikut, best lah mcm tu kan, nak nak apak-apak pun semua Ya Allah, mcm okkkk, okkkk okkkkk je. Aku nak pergi shopping pun laki siap ckp, pergi lah, dia jaga anak. heh! baik sangat ni! HAHA. anyway Thanks papa dan apak-apak! korg mmg terbaik!

Aku sayang korang semua! soooo, im looking forward for our next trip! yay!!! TQ korang sbb ohsem! tak yah nak describe lah masing masing punya peel. semua best!

Entry ni tak banyak gambar, sebab aku sibuk berVLOG, so selamat menonton VLOG aku ok!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com