Image and video hosting by TinyPic

24 July 2019

Tips Sembuhkan Denggi Dengan Cepat

Cara Naikkan Platelet Darah Dengan Cepat Cara Kami


Assalamualaikum, walaupun blog dah bersawang, biarlah aku abadikan kenangan ini di dalam blog. Tak puas nak taip di FB nun, kat blog boleh panjang sikit. hehe. Kalau siapa yang follow IG dan FB aku, mst noticed yang aku senyap lama, and guess what! aku DEMAM DENGGI!!!! Allah! baru je laki aku pesan, jiran sebelah dah kena denggi, tup tup aku pulak kena.

Cerita dia mcm ni, minggu last Raya tu, memang aku baking non stop, ramai dok order mcm mcm, aku rasa mcm aku dah sediakan mental dan fizikal dah untuk baking. So aku dengan yakin rasa aku takkan demam! sbb aku rasa badan aku ok je.

Tuptup Ahad tu kami ke PD, beraya rumah mama lyyn. Lama tak jumpa, seronok lah jumpa Fira, mama lyyn, kak ain pun ada. Dok borak + makan + borak + makan, lama kelamaan kepala aku sakit, ntah kenapa, aku bajet sebab panas, PD mmg panas sgt haritu. So aku buat tak tau lagi, sampai dah kul 3pm, aku ckp kat laki, " syg, kenapa kaki ni rasa kebas eh, lenguh sangat rasa ", laki aku diam je.

Tak lama lepas tu, kami beransur lah dr umah mama lyyn, anak anak dah mula merengek, semua dah mengantuk. masuk kereta, tak sempat keluar tol PD, semua dah lena, termasuk lah aku, tak tahan sangat rasa, kepala berat, badan dah panas gila dah.

Sampai rumah, terus naik bilik, tak salin baju tak apa, trus selubung, sejuk sangat rasa, tapi dalam panas. magrib aku bangun, mandi, masa tu, ya Allah, sakit badan sangat sangat. kakak Sophea pulak badan dedar, tp tak demam.

Papa dorg pergi cari makan, kakak duduk dengan aku, kakak jerlum kepala aku dgn air, buatkan kopi, aku minum juga lah. Papa balik, aku mampu jamah sikit je nasi ayam tu. tak boleh telan dah, then makan panadol, tido!

Malam tu tahan sikit rasa badan sebab makan panadol. kepala sakit gila gila! kenot describe, mmg sakit yakmat. Laki keep on jerlum kepala aku dgn air + eo peppermint. Esoknya papa anta kakak pergi sekolah, aku tak tahan dah, terus ke klinik. DEMAM cecah 39 ok!!! patut lah aku rasa panas gila badan. Doc kata kalau 2 hari tak kebah, pergi hospital cek darah.

Jamah makanan sikit, makan ubat then tido. Rasa mcm kebah sikit, doktor bagi MC 2 hari, so isnin selasa tu melepek kat rumah, selasa malam tu konon mcm dah sihat, siap lipat baju, kemas rumah, konon nak kerja lah rabu tu, aku beriyer suruh laki aku pergi kerja.

Skali tengah malam, perut sebu, start angin, muntah dan cirit, Allahu, makan semula ubat. Tido. Pagi rabu laki g keje, sampai kul 10, aku dah lembik, sebab cirit pulak. call laki, suruh balik, nak pergi hospital juga, sebab tak larat.

Laki sampai rumah, trus g spital, masuk emergency trus cocok sana sini, ambil darah, drip air. KEPUTUSANnya, DENGGI. even platelet darah tak rendah sangat ( 114 ), tapi tetap kena tahan wad sebab aku muntah dan cirit. Wad emergency PENUH! kiri kanan depan belakang denggi! dah wabak dah!

Tapi serius, masa aku kat hospital tu, aku mmg TAK LARAT GILA! mmg nak jalan pun sangat tak larat. Lepas laki aku tahu aku kena warded, trus berubah muka dia. sedih aku kenangkan kena jauh dengan anak-anak, belum pernah aku jauh dgn anak. Denggi paling kurang pun 3 - 4 hari kena stay hospital.

Malam 1st aku duduk hospital sorang, mulanya aku rasa mcm aku boleh stay sorg, rupanya aku salah. Malam tu aku ulang alik toilet, cirit, muntah, nak salin baju pun tak sempat. memang aku tak mandi, tak salin baju, sampai hari Khamis tu, nurse cakap aku ni dah tak boleh ni, tak boleh pergi toilet sorg, sebab muka aku pucat gila, aku masih demam pulak tu.

Doc decide suruh aku masuk tube kencing, sebab suruh aku minum air banyak, dan tak perlu kencing di toilet, aku asalnya tak nak, serius tak nak masuk tube kencing, sebab tak selesa, tapi terpaksa. bagus juga masuk tube, aku tak payah bangun, sebab mmg tak larat sangat! asal bangun je rasa nak pitam.

Pastu ada masalah lg, cirit pulak, bila nak cirit, kelam kabut bangun, bawak tube kencing lagi, drip air lagi, Allahuakbar. serius aku down gila! Sampai 1 tahap aku tak tahan sangat nak cirit, memang nak keluar sangat dah! aku cakap kat nurse, saya tak tahan sangat ni, nak cirit sangat rasa ni, nurse kelam kabut papah aku, nasib sempat ke toilet weh!!! last last nurse kata, ok pakai PAMPERS!

Allahu! bayangkan, rasa mcm hilang terus keupayaan aku, sampai kena pakai pampers bagai, nurse tak nak tanggung risiko aku jatuh bilik air. so dorang mmg akan suggest mcm tu, aku pun nak buat mcm mana, pasrah!

pucat betul muka aku kan.
Khamis baru aku dpt jumpa anak-anak, Alfi pun boleh masuk, lega sangat dpt tengok anak, Alfi memula tak nak tengok aku, merajuk gamaknya, malam tu papa dia kata, 2am baru tidur, nak kat aku, cari aku, tidur sambil isap selimut, Allahu, sedih sebak sgt hati ni aku rasa, tapi nak buat mcm mana.

Tgh hari tu kak Diya datang, bawakan aku 2 kotak air fresh orange peel fresh. Nak di jadikan sebab, aku mmg tak lalu nak minum dah air masak, memang kelat gila rasa lidah, nak nak air hospital mcm rasa air cerek tu. Payau, aku dok minum air peel fresh yang kak diya bagi tu dengan buah je, lain memang tak lalu nak masuk.

Khamis malam kakcik ( adik aku jaga ). Kakcik jaga baru lah rasa lega sikit, ada kwn sembang. kalau tak serius bosan sbb xde kwn nak cakap, aku tidur je, khamis malam tu aku masih demam. Demam, kepala sakit mcm kena rentap, khamis tu aku demam masih 39.

masa ni aku demam 39 juga, panas betul badan.
Aku sampai minta kat nurse, sy nak ubat, saya nak ubat, nurse tak leh bagi, sebab mmg denggi tak boleh bagi apa-apa ubat. Ubat dia memang air je, masuk air, minum air. Ubat tak boleh bagi, sebab nanti risau berlawan-lawan ubat tu dgn virus. Tapi disebabkan aku tak tahan sangat, dorg bagi juga paracetamol kat aku mlm tu. baru lah lega sikit. boleh tidur. Siksa nya rasa Ya Allah.

Ni gambar Alfi, tidur sendiri, masa aku dgn papa dia takde, amik kopiah papa, pegang, tidur sendiri, sedih gila wei! Allahu, lepas ni harapnya tidak lah berpisah lagi dgn anak mcm ni.

Air Peel Fresh Fresh Orange menaikkan platelet darah dan melegakan demam.


Sepanjang malam, aku minta kakcik bagi aku air fresh orange peel fresh tu je, selang dengan air pink guava yang laki aku beli, Alhamdulillah, aku celik mata pagi Jumaat tu, kepala dah tak sakit, demam dah kebah, Alhamdulillah Ya Allah! Dah tak rasa sakit kepala yang bagai di rentap rentap tu, itu yang aku rasa bersyukur sangat, tapi selera makan masih tak de, perut lapar, mcm mcm rasa nak makan, tapi mampu makan sesuap je.

Hari pertama masuk wad, ada lah laki aku masakkan sup ketam, tapi tak lalu, aku rasa tu je last aku mkn banyak sikit. lepas tu memang aku makan buat je, buah oren, epal, jambu. Lain tak boleh, mual. Malam kalau lapar, aku sumbat roti potato tu je dalam mulut. Lapar yakmat korang, tapi bayangkan, korg hanya mampu sumbat je roti dalam mulut, nak telan mcm ada duri kt tekak.

Lupa nak cerita, masa sakit kepala bagai direntap tu kan, aku hanya mampu gengamkan tangan aku, then berzikir je, nak nangis pun aku tak mampu. huaaaa. sedihnya rasa.

garangnya org suap sup ketam ni. haha
Nak di jadikan cerita, sebenarnya Jumaat tu, kami bini-bini The Tasneem ni ada plan, nak berjalan, masing-masing yang dr jauh jauh nun dah ambil cuti. Skali ketua pulak masuk wad! so plan bertukar, jadilah rombongan melawat rara ke hospital. grrrrrrrrrrrrrrrr. Kesian dorg, tapi aku respect lah sahabat aku ni, sorg takde, dorang tak nak teruskan, wojib semua ada, yelah, kalau perkara tu tak boleh nak elak lah kan. huhu.

Dorang datang bawak mcm mcm kat aku, Si mimi siap masakkan sup ketam kat aku, beriyer masakkan pagi pagi. Allahu, terharu sangat rasa, si anez dtg dr kg.gajah, belikan bantal kt ikea. lena aku tidur ada bantal baru. si Ros anis belikan coklat juga, Allahu susah susah jeee! kak amy pun dr office, jauh jauh datang Ampang melawat, Khai pun dalam busy busy tu datang, baru cream puff bagai. Allahu. Dorang datang lah aku boleh senyum, borak dan gelak. Masa Kak Diya datang khamis tu, aku terbaring je. hurmmm. TQ jugak buat Juju! sebab dtg susah susah dr parlimen sana, bawak jus buah jugak. Tak sempat bergambar dengan juju.

Kak Ain dgn bos pun datang juga, bawak banyak buah-buah, buah tu lah aku makan sampai perabih, buah je selera makan.

The Tasneem
Tq Diana dgn kak yana dtg, bawak NXR, diana siap bg sebenier dr London, baru balik dr London tu diana tu, kak yana siap bagi air ribena lagi. HAHA. Allahu, susah susah je korg, borak mcm biasa lah kami, cerita tak habis-habis. Petang tu anak-anak datang lagi, lepas rindu, lega tengok muka anakanak.

Dipendekkan cerita, Sabtu tu platelet darah aku dah naik, cantik elok, demam pun dah kebah, Sabtu aku ditolak ke wad harian, sebab dh sihat nampaknya, doktor pun cakap, " Hai awak, nampak mcm dah sihat yer, 1st day tu memang nampak lemah sangat, beza dgn harini, hihi ".

Jumaat malam tu, bacaan platelet aku dh ok, cepat jugak naiknya, aku dapat rasanya, bacaan naik elok sebab aku minum banyak jus buah. Aku kan memang tak selera makan, aku cuma minum jus buah yang kak diya bawa, peel fresh orange tu, pastu minum jus yg laki aku beli, pink guava. Jumaat tu minum lagi Jus Pink Guava yang juju beli. Semua jus buah aku minum. Alhamdulillah. Cepat platelet darah naik.

Korang nanti, tak payah lah makan benda pelik-pelik, kalau kena denggi, minum air banyak, jus buah banyak, sup ketam. memang akan cepat, ( tapi ikut badan juga tau ), dan air TEH bunga, pun elok. minum je. Air manis tak kisah, asal air.

And Finally, Ahad aku boleh discharge, Allah! lega sangat rasa, kakcik dah balik Jumaat tu, ganti pulak dengan mak aku, mak aku lah jaga aku dan anak anak pulak. Thanks to this man. My LOVE, susah payah dia cuti jaga aku dr hari isnin, berulang alik dari rumah ke hospital. masakkan untuk aku, suapkan aku makan. apa aku nak semua dia cuba tunaikan, Terima kasih sayang! Hanya Allah je yang mampu balas. Dengan purse pulak hilang on that day aku masuk wad tu. Besar ujian dia.

Thanks juga buat bos husband and wife yang dtg melawat, jiran jiran yang dtg melawat, sedara mara, dan juga yang mendoakan, terima kasih sangat sangat! semoga Allah je yang balas jasa korang, yg wasap, yg DM, yang pm, Allahu, ampun kalau tak berbalas masa tu. memang tak tengok Hp lansung.

Dipendekkan cerita lagi, aku keluar wad, kakak pulak demam, Allahukabar. kita ni masih x sihat lagi, anak pulak demam, aku masih melepek, tak habis lega aku keluar wad, papa kena jaga pulak anak demam, tak habis lagi dugaan buat papa.

Laki aku kalau anak tak sihat, dia mmg akan paranoid sikit. Dia mmg pantau anak, bg makan ubat, tapi kakak on off demam, dia kata dia sakit kepala, nak dijadikan cerita, Isnin selasa kakak demam on off, Rabu papa dia bawak g KK cek darah, and SAH, kakak denggi! Again, dugaan lagi. kakak sampai naik ambulan pergi hospital Ampang.

Asalnya nak pergi Hospital Pantai Ampang, tapi dr KK nak ke hospital swasta, banyak procedur dia, dan Hospital Ampang mmg specialist utk Denggi. so tak pelah, pergi jelah Hospital Ampang.

Dengar je anak kena warded, hati mak mana yang mampu duduk diam, terus kuatkan hati, bangun, mandi melawat anak ke hospital. Ketar ketar tangan kaki drive, sempat menangis dlm kereta, hari tisu kan! hahahaha. Nasib lah opah ada, sudi duduk KL lama lagi, Alfi aku tinggalkan dengan opah. Papa jaga kakak kat wad.

kakak warded Rabu - Sabtu.

Tapi Alhamdulillah si kakak selera makan, haha, asek lah makan je, mcm mcm dia mintak, makanan hospital pun habis dia bedal. Tapi, di wad kanak-kanak, makanan sedap wei! ciken cop, fish and cip, nasi goreng. memang nampak sedap. siap ada makanan untuk penjaga tau! makanan untuk penjaga pun sedap! Untung papa! hehe.

Kakak pulak, cite dia, papa dia memang bagi dia minum konsisten, tiap sejam kena minum air, kencing, minum kencing, itu je ubat denggi, minum lah anak ni air mineral, air teh bunga yang aunty Khai bagi, tapi platelet darah tak naik naik, last last Jumaat tu dia bagi air Peel fresh orange tu, trus naik weh platelet darah dia, tu yang boleh balik sabtu tu. tapi dokor mcm biasa, dok pesan, tak boleh melasak sangat, tak boleh melompat sangat, sama lah mcm aku, kami berdua dok melepet juga lah kat rumah. HAHA.

Ahad tu je keluar pergi rumah kak amy, jumpa kawan-kawan release stress! Kakak Cuti isnin selasa, harini baru aku bg dia sekolah, itu pun dok pesan! kakak jgn lari, jangan lompat. air minum banyak-banyak. sebab risau. Denggi ni even dh keluar wad, badan masih belum stabil. kalau jatuh, pembuluh darah boleh pecah dan jadi denggi berdarah. Denggi bukan sakit yang main-main yer. Masa kami dalam wad haritu, siap ada kes mati. Allahu, minta jauh lah dari kita.

So Alhamdulillah, beransur sihat lah kami, semoga terus sihat hendaknya. Terima kasih lah kat papa, dua minggu jaga kami sakit. terima kasih sebab papa tak pernah mengeluh, tak pernah merungut, terima kasih papa! terima kasih Opah sebab seminggu jaga kami, terima kasih ashu sbb 3 malam jaga kakak kat hospital. Hanya Allah je mampu balas jaga buat kalian.

Dan ingat, bila sakit, or kena denggi, minum air buah banyak tau, doktor pun kata, denggi takde ubat, melainkan masuk darah. selain tu, kita lah kena tolong diri kita sendiri, minum air jus buah banyak-banyak. Tak nak makan sup ketam xpe, beli je jus buah peel fresh tu! TQ kak diya bawakkan jus buah 2 kotak Khamis tu, mmg itu je aku bedal, lain tak minum dah.

Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang rasa sakit ni, taubat dah, tak nak dah rasa sakit denggi, memang sakit yakmat, tak boleh bawak bincang. Semoga lepas ni kita sihat sihat aja. Amin. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Hari tu nampak gambar si kakak je wardee...rara pun ye... Alhamdulillah..semua dah sihat

    ReplyDelete
  2. sobsss...hugss rara. gambar ala2 vivy pun adooo..miss u

    ReplyDelete
  3. betul, ubat dia actually buah. kite warded ari tu banyak makan buah alhamdulillah terus rasa segar badan

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com