Image and video hosting by TinyPic

18 October 2019

Percutian Ke Kundasang Kota Kinabalu

Tips Ke Kundasang


Percutian Ke Kota Kinabalu Kundasang Part 1
Papa 33rd Birthday Vacation


- KUL - KK - KUL tiket flight Air Asia Rm1196.24
- Add Luggage + Makanan anak-anak return Rm139.40
- Wrap luggage Rm20


( Kalau nak jimat, tak perlu check-in baggage, korg boleh bawa hand luggage je, setiap sorg boleh bawa 7kg hand luggage, cuma kena careful dengan barangan cecair ok )

Alfi First Experience Naik Kapal Terbang


HAHA, aku actually tak sabar nak tengok reaction Alfi. Sampai je airport, dia excited gila! kesian adik, kalau kakak dulu, dr dalam perut dah naik aeroplane, ni adik nak masuk 3 tahun baru merasa, ok lah tu kan dik, kecik kecik sangat nanti bukan ingat pun. hikhik.

TQ mami bee tolong hantarkan kami ke KLIA 2. Ok meh nak cerita korang TIPS. Aku actually dah google google dah tips dorang cerita kat blog, tapi aku degil, beli juga tiket lambat, orang lain dah pesan, kalau boleh amik flight PAGI, PAGI, PAGI! Tapi haritu harga flight pagi mahal gila, Air Asia mmg kejam sebegitu yer uols, flight pagi dan petang mmg MAHAL!

so aku ambil flight kul 1:50pm, murah sikit, perjalanan 2jam 30minit, so 4:30pm kami sampai. Sampai sana HUJANNNN!! sejuk gila, tunggu bag, dodeh dodeh dalam 5:30 settle kat airport, Kota Kinabalu ni gelap cepat yer uols! kul 6 dah mcm magrib dah.

Sebab kenapa orang pesan, ambil flight pagi, sebabnya mcm ni lah, bila dah petang, hujan pulak, jalan gelap, nak naik Kundasang, kalau korang drive sendiri, memang bahaya, jalan gelap, macam jalan nak naik Cameron highland.

Nasib lah aku ambil servis AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN. BHD, skali driver. So tak lah risau sangat nak naik Kundasang malam.

Nak juga OOTD pagar, walaupun pagar karat. lol
WAJIB
yang diraikan.
Alorrr, seronok tengok anak anak happy!
Muka innocent Alfi. HAHAHA. Kakak dah biasa naik flight, so dah tau, terus akan pakai belt, ehhh dia trus tiru kakak, trus kelam kabut pakai belt. HAHA kelakar, sebelum masuk, aku lumurkan Alfi dengan EO tranquil, risau pulak dia merepek nangis nangis kan, Alhamdulillah semua ok.

ibuu dengan anak anak, papa duk sorg.
Snap by Kakak Princess
Mcm biasa, lepas take -off, kakak terus tanya, ibuu, ada makanan tak. HAHA. Nasib lah mak ko order siap-siap. Mcm biasa, Nasi Lemak Pak Nassier jadi pilihan lah. 

Lepas kenyang makan, Alfi ckp, ibuu, alpie ngantokkk, ok meh tido, dia minta aku nenen, aku ckp, tak boleh alfi, malu lah kat orang, trus tido atas riba mcm tu, alah alah, so touching. My Manja Boy.

Lena sampai touch down. Gud boy!

Alhamdulillah, servis AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD memang terbaik, dorg dah tunggu kami luar airport, hujan rahmat sambut kami, then kami terus ke Kundasang, tanpa membuang masa lagi. Tapi memang terasa RUGI sangat lah, sbb perjalanan naik ke Kundasang dah gelap, tak dapat nikmati permandangan.

Gelap, tak nampak apa, gunung ke apa semua tak nampak! Perut pun dah lapar, so bos AFS Car Rental ajak makan dulu, settle dinner baru check in hotel.

Makanan WAJIB cuba di Kundasang mestilah SAYAP!

Kepak Ayam je pon! haha. Tapi feeling dia makan sayap kat Kundasang mmg lain machiem. LOL. Sejuk gila ok! bukan biasyer biasyer sejuk dia.

Allahu, tengok balik, terliur dah ni! Sedap wei! kena cuba tau! kepak + sambal kicap dia, mmg sedap. makan dengan nasi panas, mmg terbaek!

belum pape dah berebut anak-anak, as usual lah! HAHA.

Perghhhh! memang terbaik korang! sedap tau sambal kicap dia tu!

Lepas makan, kami terus ke Hotel. Nak rehat, nak bangun awal esok paginya! Actually hotel ni dah ada dalam pakej AFS car rental and tour, aku memang tak fikir dah, trip ni memang AFS car rental and tour yang aturkan, kami follow je, relax je. lol

Cottage Hotel Rm230/night ( include breakfast )

Masuk bilik, rehat rehat, solat, tidur. Hotel sini memang takde aircod, kipas je, sejuk dah wehhh! Kipas pun pasang speed 1 je, sebab nak dengar bunyi kipas je, HAHA.

Bangun tidur! tengok jam, baru 4:40am, dah SUBUH, tu tak pe lagi, aku dah lah tak boleh tidur, sebab excited nak tengok gunung kinabalu, kul 5:30am, DAH TERANG UOLS!!!! Ya Ampun! JAKUNzi! HAHAHA.

Ni jam 5.30am ok! Terang!!! aku gelak suami aku, sayang! bangun! dah cerah! HAHA.
SOLAT! SOLAT! hahahaha.

Jenguk luar tingkap, nampak gunung kinabalu. huaaaaaa, nak nangis! Cantik sangat! Subhanallah itu je yang keluar dr mulut aku, ni baru Kundasang, kalau pergi New Zealand, aku tak tau lah mcm mana, mau nangis teresak-esak terus!

Gunung Kinabalu gaissss!!! masa ni turun-turun terus keluar, tak breakfast lagi. LOL. sebab excited kan! 

Kakak ingat tu bunga Rafflesia betul, so dia nak bergambar. HAHA.

macam LUKISAN! ni dalam fon, in real, lagi cantik! udara bersih, nyaman!

Happy Birthday HUSBAND! 

Dah bergambar, baru makan, kul 7am waktu ni. makan cepat cepat! aku x selera makan, sebab excited nak pergi desa dairy farm pulak. hehe. 7.30am kami gerak pergi DESA DAIRY FARM.

Ok Ok, ni TIPS Percutian Ke Kundasang lagi ok! ( Tips untuk ke Desa Dairy Farm ). KORANG KENA BANGUN AWAL DAN KELUAR AWAL!!! Ini WAJIB! Jangan MALAS! Gerak anak bangun, air sejuk tak nak mandi, xpe! gosok gigi, basuh muka anak, lap sikit sikit, settle! 

Kalau LAMBAT! nak bergambar dengan gunung Kinabalu memang HARAPAN je lah! 

Waktu ni kul 8am, beratur gais nak masuk Desa Dairy Farm! Masa ni, belum pape kami dah bergambar dah dengan Gunung Kinabalu dekat tepi jalan tu. DAN! nasib baik kami bergambar dulu, sebabnya.....

dari hotel ke Desa Dairy Farm ni dekat sangat, tak sampai 10 minit.

Ya Allah, terima kasih atas peluang ini.

I LOVE YOU husband.

SEBABNYAAAAA... nampak tak awan? awan dah berarak naik, bila suhu makin tinggi, awan akan tutup gunung. Kalau lambat korang sampai sini, memang tak nampak lah Gunung Kinabalu, korang bergambar dengan awan je lah yer. lol.

Tiket masuk ke Desa Dairy Farm :
Rm5 untuk dewasa, kanak-kanak FREE.

Sampai je, trus bergambar! masa ni orang ramai, sebab ada yang buat rombongan. PENUH! JAKUN! KECOH! patutnya, gilir-gilir lah bergambar, ni tidak, duduk je situ, haih, xde common sense betul lah! Tapi nasib lah spot spot aku pun ok. Ni pun masa nak bergambar, ada je orang tolak-tolak kakak Princess masa dia nak ambil gambar kami, geram betul.

Dah panas. hihi. Kakak dah tak sabar nak jumpa lembu dia.

View macam luar negara, tapi dalam Malaysia, im so impressed!

Alfi, siniiii siniiiii!!!

The real situation isssssss...... HAHA. Orang semua berebut nak bergambar tepi pagar ni, haih! Dah bergambar xpelah, ni duduk je situ. lol. Alfi tu nak berdukung pulerrrr. Lupa aku nak Tranquil kan dia.

Dah bergambar, kita pergi beli Gelato dan Susu segar pula. Lepas tu tengok lembu, Kakak dah tak sabar sangat nak tengok lumbu!

See, awan dah penuh dah, ni baru 8:30 am tau!

My Girl. i love u!

Reality
Expextation. LOL

Papa tak sabar nak makan gelato.

Gelato dia sedap sangat! kena makan cepat cepat, kalau tak nanti cair jd susu.

Fresh milk pun pure, memang tawar, rasa susu betul. HAHA. memang lah rasa susu kan! nak rasa apa lagi, tp lain lah dr Ducth lady ke apa, ni memang pure susu.

Kami sempat lah tengok prosess dorang pack kan susu tu. 

Ramai kan! kalau korang pergi time cuti sekolah, lg ramai!

My LOVE!

Jalan nak pergi feed lembu, patut boleh pergi perah lembu, tapi kami lambat, lembu dah keluar. So pergi bagi makan je lah.

HAH! ko tengok muka dia, jernihhhhh kannn! Happy lah dapat jumpa binatang! Alfi dan kakak, lain! kakak sangat penyayang, suka binatang, dia akan belai, alfi??? nak, tapi penakut!!! HAHA.

see, dia duduk depan kakak je. haha.

Ada 1 lembu ni, aktif sangat, hahaha. mcm lembu gila, dia tak nak makan, dia nak susu je. Berlari dia sana sini cari orang yang nak feed dia susu. HAHA.

Bagi makan lembu, pastu dorg excited nak bagi lembu susu, so papa pun pergi lah beli susu. HAHA.

Ko pun tak minum botol, ko nak bg lembu minum botol yer Alfi! 

Tengok Alfi. HAHAHA.

Kambing puler.

bukan alfi je ibuu susukan, kambin pun ibuu susukan. LOL
Amik pakej dengan AFS travel and tour, siap ada photographer tau! HAHA.
Patutnya kami sejam je kat sini, tapi si kakak dan Alfi tak nak berganjak! so terpaksa tunggu sampai dorang puas. apoooo, ni mmg trip anak anak ni, bukan untuk si bapak. HAHA.

Penuh dah awan, tak nampak apa, so keluar awal ok korang! jangan lambat tau! Rugi, bukan selalu nak datang sini.

Yogurt ni SEDAP GILA! serius! kena cuba, yang bluberry lagi sedap!

Kul 10:30 kami gerak dari Desa Dairy Farm dan menuju ke Luanti Fish Spa Massage ( next entry ).
Untuk tengok full Itinerary Kota Kinabalu Kundasang aku,
boleh klik link SINI.

TQ AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD for great service, sangat recommended!

Burn RM :

Flight : KUL - KK - KUL Rm1196.24
- Add Luggage + Makanan anak-anak return Rm139.40
- Wrap luggage Rm20

Hotel Kundasang Rm230 ( Pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD )
Dinner : Rm30

Desa Dairy Farm Rm10 ( Pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD )
Susu, yogurt, aiskrim Rm30
Bagi lembu makan Rm10

Kereta, minyak, perjalanan semua dalam pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. terliur lak tgk gelato and susu tu..aku ritu dtg, 2x naik dairy farm ni..asyik la membeli susu..hahaha sdp!

    ReplyDelete
  2. Bestnya... doakan kami sampai ke sana juga satu hari nanti.. Dah lama teringin nak g sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 tu, nanti buat bajet, serius memang best sgt kk!

      Delete
  3. ramaaaiiiii nya orang..! hahahaha.. nasib baik u olls pandai cari port best dan gambar pun cantik2.. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. Gambar lawa-lawa. Orang kata kalau ke sabah kena jejak kundasang dulu.

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com