Image and video hosting by TinyPic

03 October 2019

Tapak Perkhemahan Mesra Keluarga di Benus Valley Janda Baik

Aktiviti Cuti Bermanfaat Bersama Keluarga


Assalamualaikum! hai korang! sebelum terlupa, marilah aku cerita kisah perkhemahan kami sekeluarga di Benus Valley sebelum nak update pasal papa birthday trip di KK. Busy sangat aku last week, memang tak sempat nak update. Mmg hectic gila hidup aku last week, Allahu.

Ok ok lets borak pasal perkhemahan kami yang " awesome " sangat tu. HAHA. Awesome untuk aku sebab hp aku xde line lansung!!! org g camping happy, aku stress sbb xde line tepon, sume dok gelakkan aku, tp aku cover line lah, tak nak lah tunjuk kan! tapi dalam hati, geramnyaaaaa!!!!! x leh update! HAHA.

Ok asalnya cite dia mcm ni, balik dr percutian di kenyir House Boat ( ok ni pun tak update lg ) hahaha. Ida wasap kat group, " korang, jom pergi camping ", aku mula nya, apoooo camping, sbb baru lepas ckp kat laki aku, kalau nak g jalan tempat lain xpe, camping tak mo! TAKUT! hahaha.

Skali BFF lak ajak! hadehhhhh! nak tolak kang kena kecam! so aku relax dulu, tak ckp pape, si kak Diya, awal-awal dh tolak, TAK NAK AKU! dia kata, sebab dia kata hutan ada hantu, tepi sungai tempat orang bunian mandi, apekahhhhh! tu lah, rajin benor tengok cite hantu, gitu lah org tua tu, hantu jepun lah, hantu indon lah, apoooooo. HAHA. Pujuk pujuk pun tak jalan, dia xnak.

Tapak Perkhemahan Selesa


Plan punya plan, dah kak diya tak nak pergi, kami pun plan jelah berdua. Benus Valley Janda Baik, dari Kl, naik highway sampai lah, kejap je. Persiapan dia jenuh juga wei, asalnya Ida bahagikan barang untuk kami bawak, tapi last-last kami bawak semua brg, so barang jadi banyak gila! HAHAHA. Sabar jelah.

Aku tak pernah ada khemah, laki aku nak beli kat Decathlon, tapi aku cakap, Tak payah lah! kita sewa dulu, nanti kalau ok anak-anak dan ibuu nya berkhemah, baru lah kita beli khemah kita. LOL. Yelah, beli khemah mahal-mahal, then perap je buat apa kan. Risau gak aku anak tak lena tidur ke apa. Aku ckp kat laki, kalau perkhemahan kali ni menjadi, kita boleh berkhemah lagi next time. hehe.

So korang rasa mcm mana, awesome ke tak perkhemahan kami ni? HAHA.


Janji dengan Ida kul 1 jumpa di tol Gombak, tapi si ida baharum tu sempat lagi pergi pasang buai cust dia, kul 1 baru nak pergi beli sayur untuk masak lunch, apoooo! Last last kami jumpa kat tapak khemah je terus. Aku pergi kenduri dulu, then terus gerak naik. lambat juger lah si Ida tu sampai, geram aku! HAHA.

Sampai je Tapak, akan jumpa tapak khemah lain dulu, belah bawah, memang sesak, ramai orang, penuh! aku dah mula rasa x selesa, tak gemor aku sesak sesak gitu.

Rupa nya Benus Valley paling atas, kena naik atas lagi. sampai je tapak Benus Valley, alahai, HAPPY nya aku, mmg kawasan dia luas dan tenang, tapak pulak betul betul tepi sungai! seronok gila anak anak. Sampai je Ida, kami bawak turun barang barang dan pasang khemah ida.

Tapak perkhemahan Benus Valley ni bukan lah betul-betul dalam hutan, tak payah meredah masuk dalam hutan pun, bawak anak kan, kalau solo boleh lah korang redah hutan, korek lubang untuk berak. Di Benus Valley Janda Baik ni, siap ada TOILET tempat berak dan mandi, no worries! nak solat ada gazebo, tapi solat tepi khemah je lah.


Barang Yang Diperlukan Untuk Perkhemahan


Ida tu dia baru beli khemah, tu yang tetiba ajak org pergi berkhemah tu. HAHA. Yang Cinonet tu khemah kami, kami sewa, nampak je kecik, tapi muat tau 4 beranak, don't judge tau! hahaha.

Perkhemahan ni as usual, nak selesa sangat pun memang tak boleh lah, kena relax relax je lah. Laki aku beli tilam angin, aku bawak juga toto untuk lapik bawah khemah. kesian pulak anak-anak, 2 malam tido tak berlapik nanti, so angkut lah toto. hikhik.

khemah bau kedai! HAHA

1 bunglo 500k, 1 bunglo 200k, gitu lah. HAHAHA.

Tapi khemah ida tu, tempat tidurnya sama besar je mcm khemah aku, yang buat nampak besar tu " porch " dia, tempat simpan barang.

Tak payah redah hutan, tapak ni mmg siap sedia dah untuk kita, tak kurus lah perkhemahan ni wei! HAHA.

Peralatan Perkhemahan :

Tidur :

Tilam angin/toto
Bantal, selimut, ada sleeping bag lagi bagus.
Tapi ni bajet punya, bawa je apa yang ada kat rumah. LOL
Ubat-ubatan ( incase apa-apa )

Baju secukupnya. Tuala.
Baldi / Sabun basuh pinggan

Makanan :

Roti/biskut
Kopi+Gula
Dapur Gas Portable
Periuk
Air mineral
Termos besar untuk isi ais batu or barang mentah.
Cerita pasal termos besar tu, kami punya ais batu, 3 hari tak habis.
sebab kat sana sejuk, then nk simpan ayam ke, sayur ke, memang elok dalam tu.
Telur sepapan + minyak
DLL

Dan yang paling penting is, HEAD LAMP, lampu apa-apa jelah, yang pakai bateri! sebab kat sana takde tempat charge, so pakai bateri is better, ko beli je bateri kedai Eco tu, settle! Head Lamp beli kat Mr.DIY, murah dan terang helok!!! Malam mmg ada lampu kt keliling, tapi tak terang, malap malap, so headlamp lah yang menerangi khemah korang, pastikan anak tak takut gelap ye!

Power bank bawak sebanyak mana yang korang ada.

Bab peralatan ni kalau aku ingat, nanti aku update lagi, tak ingat dah bawak apa lagi.

Barang kami, banyak gila kan! haha. Mcm nak pindah, don't care! Janji happy! lol

Anak-anak melekat dengan uncle Andi jelah. Kami plan kalau sampai awal, lunch kami potluck, aku buat kari ayam, ida goreng sayur, mlm plak BBQ, tapi sebab lambat, so kami bawak kari utk mkn malam dan bbq, tempat bbq ida beli baru, sebab yang tapak khemah punya, jaring dia mcm berkarat.

Arang ida suruh aku beli, so mcm tu lah cara kami bahagi-bahagi barang yang nak kena beli + bawak.

Ida peram kambing, aku perap ayam. tapi ayam tak habis, simpan dalam termos yang ada ais, then goreng untuk lunch. settle!

Anak-anak aku dah settle mandi sungai masa sampai tadi, then salin baju je kat khemah, kat setiap tapak, owner ada sediakan paip, so boleh je bilas kat situ, basuh pinggan dan cawan kat paip tu.

Alfi dia x takut gelap, kakak pun sama, tapi si alfi ni kena ada lampu, sikit lampu pun xpe, xleh gelap mcm tak de cahaya lansung. tu aunty ida siap bawak lampu disko, tapi mcm nak mampus dh lampunya, kejap je hidup. lol!

Baldi air tu org buat standby nak cuci tangan, dia sibuk main air sampai basah baju! Allahu alfi! hahaha. Malam tu sejuk tau! aku kul 10 dah masuk tido, sebab Alfi ajak tido, dah ngantuk katanya, skali dengan aku aku dok lena, haha.

Malam tu alhamdulillah takde pape, memula aku seram gak dengar bunyi anjing, tapi ok je, anak-anak pun tidur lena sangat. oh lupa nak cerita, masa petang magrib kami sampai tu, nyamuk bapak besar wehhhh! takut aku tengok nyamuk besar! korang jangan lupa bawak apa-apa benda yang boleh halau nyamuk! Aku nasib lah ada EO aku, mak minyak kan!

Aku nampak je nyamuk, aku trus keluarkan EO Citronella aku, ( serai wangi ), aku titik kat atas khemah, diffuse dalam khemah ( USB Diffuser ). Then lepas anak anak mandi, aku lumurkan EO tu kat anak-anak, alhamdulillah xde dah nyamuk datang! lena tidur! uncle Andi ckp wangi Alfi bau serai wangi. Nak beli EO boleh roger aku eh, tibehhh!

pagi tu kul 7 masing-masing dah bangun, sebab tidur awal kan. haha. aku bangun tengok ida dah rebus telur, buat breakfast, panaskan kari semalam, risau basi.

Kakak paling excited tolong aunty ida buat sandwich telur.

sayur-sayur semua bawa sendiri lah yer! 

Tadaaaa!!! siap dah breakfast! then anak anak pergi mandi dengan papa, ibuu lepak lepak je golek golek dgn aunty ida. yelah, line tepon xde kan! apoooo lagi nk buat. HAHA.

Matahari naik, dah panas, bini di Andi ni puteri lilin, gigih lah lakinya pasang canvas tak nak bini panas, HAHA. korang nak tahu tak! Cuaca memang panas tau, tapi, kalau korang baring atas ground sheet tu, tak panas pun, sejuk je, dalam khemah pun tak panas.

As usual, mak mak, lepak lepak, then kena siap kan makan lunch pulak, untuk lunch kami goreng sayur lebih malam tadi, then panaskan kari, dan ayam peram lebih malam td kami goreng je. Minyak untuk menggoreng jgn lupa bawak.

Siap lunch, makan lagi uols! HAHA. Mana tak gemok!

Mewah weh makan dalam utan pon! periuk skali bawak turun, jangan bazirkan pinggan.

Dah makan, asalnya nak tido! tapi panas! anak-anak dah selamat mandi sungai, si papa nya sibuk mancing, konon je, tapi x dpt ikan pun, HAHA. Last-last ida bawak Alfi mandi sungai, aku pun ikut, panas, tak tahan aku. HAHA. Masuk sungai, Allahu sejuk! Sedapnya lepak dlm air. HAHA.

Budak ni acah-acah je, pastu sejuk minta orang peluk! haih lah ini budak!

Dah mintak peluk, mengantuk pulak, bagi tidur, settle! 

Ida naik naik dr sungai, wathal, masak megi! paling heaven waktu dalam hutan! sejuk sejuk makan maggi. HAHA. Alah terliur pulak tengok!

Dah mandi, anak anak lepak dengan uncle andi, nak pasang api, rajin betul uncle andi melayan! suka lah budak budak ni.

LEPAS SALIN BAJU! MASAK UNTUK DINNER PULAK! haha, ko ghase mak mak ni ada masa ke nak berehat! HAHAHA. masak masak masak! haha.

menu dinner, SARDIN PETAI! sedap gila! HAHA.

Yang pak gambus ni tak leh tak makan pedas, sanggup kutip batu dalam sungai, bersihkan, tumbuk cili. Allahu laki aku! HAHA. Eh lupa nk bagitau korang, jangan lupa bawak kopi tau, minum kopi dalam hutan best wei!

Siap dinner, jemput makan! HAHA. Makan lagi! lepas makan cecepat kemas, sebab nak rehat! HAHAHAHA.

Gelap tau tempat ni, so kami memang diterangi headlamp dr mr.DIY, terang sungguh!

Morning again!!! Pagi ni makan je apa balance yang ada, roti, telur separuh masak, then maggi! HAHA, sebab nak balik dah, check out kul 2pm, best kan! tak mcm hotel, hotel kul 12. lol.

Apa yang aku boleh cakap, perkhemahan ni sangat best! back to nature, anak anak pun happy, paling happy laki aku lah, kalau boleh nak duduk seminggu. lol. x kuasa aku, kalau ada line boleh dipertimbangkan, ehhhh! HAHA.

Actually mmg lah aku tak boleh benda-benda mcm ni, tapi bila dah tua ni, tak nak lah jadi Diva sangat, cuba into the scene dengan minat orang lain, cuba bawak diri, even x biasa, kita biasakan, kita yang buat dia, bawak lah apa benda yang korang nak bawak untuk bagi diri korang selesa, mcm aku, baju, towel, mmg kena banyak, sebab aku xleh baju basah, baju kotor, so bawak jelah, tak selesa, tukar je, jangan jadi kan semua benda masalah bagi ko. ok! HAHA.

So aku pun boleh camping, korang bila lagi? MESTI BOLEH! laki aku dah cari tapak lagi tu nak bawak kami, Allahu, jenuh puler yer, asek nk camping je. LOL!

TQ juga to my kawan gaduh, all the time nak gaduh, tp gaduh kami gaduh manja, haha. TQ sbb buat trip ni, sebab kalau tak, sampai ke sudah laki aku x merasa nk bawak anak anak tido hutan, laki siap ckp, dia ajak tak nak pergi, ida ajak nak pulak. HAHA. Tq ida andi sebab x jemu layan anak-anak aku, mcm anak sendiri. sobs!

Nanti aku beli khemah, kita pergi camping lagi ok!

Kos Sewa Tapak Khemah :
3 days 2 nights


1. 4 adults - RM140 ( aku dan Lan rm70 )
2. Flysheet 20x20 - RM40 ( bahagi 2 )
3. Ground sheet 2 - RM20 ( bahagi 2 )
4. 4 person tent - RM40 ( aku punya )

Total: RM240-50(dep)
Balance: RM190.


harga ni adalah harga Perkhemahan termasuk tapak khemah dan facilities. Anak-anak tak kira pun. so ok lah kan! best dan murah! 3 hari 2 malam. seronok! siapa yang betul-betul nak rehat, tenangkan fikir, jom camping!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com