Image and video hosting by TinyPic

26 November 2019

Island Hopping Sabah Pulau Sapi Dan Pulau Mamuntik

Tips Untuk Ke Pulau ( Island Hopping )


Assalamualaikum korang! hai, marilah kita habiskan entry Sabah ni, lama sangat peram, nak nak cuti sekolah ni kan, mana tahu ada yang nak buat rujukan entry ni, so letsss!!! Siapa yang belum baca previous entry, boleh KLIK




Hari ke 3 kami memilih untuk Island Hopping, tak sah kalau tak Island Hopping di Sabah, nak nak kami anak beranak memang sangat sukakan pulau, so ini adalah acara WAJIB untuk kami. Pagi ni kami tak keluar awal sangat, jam 9am baru keluar dari homestay, bagi anak tidur lama sikit, sebab nanti nak Island Hopping penat pula, dari hoemstay nak ke Jesselton Jetty tak jauh pun.

Ramai yang tanya aku Pakej ke pulau yang aku ambil ni berapa, aku tak pasti sebab semua Pakej ni diuruskan oleh AFS Car Rental and Tour. Aku amik pakej 2 pulau, sebab kalau nakkan kepuasan Snorkeling, korang tak perlu ambil banyak pulau, 2 pulau dah cukup.

Aku memilih untuk pergi ke Pulau Mamuntik dan Pulau Sapi.

Kenapa aku pilih Pulau Mamuntik, Pulau Mamuntik ni kecil je, tak ramai sangat pelancong, air dia jernih sangat dan cetek, so sesuai untuk anak anak aku. Pulau Sapi pulak ramai pelancong, tapi ikan dia cantik cantik, so balance lah aku pergi 2 pulau ni.

Pulau Mamuntik
Ni pemandangan biasa korang nampak jika nak pergi ke Pulau, Jesselton Jetty, harga barang standart, tak mahal sangat. Tu laki aku nak cari selipar, dia tak bawa selipar, hihi. Aku pulak beli topi besar tu rm9, anak anak beli sodok pasir, tiap kali pergi pulau, tiap kali tu lah membeli. LOL.

Ni aku nak share TIPS Jika Pergi ke Palau :


1. PAKAI SUNBLOCK - Sebab sangat panas

2. Pakai pakaian yang selesa, bawa topi dan spek hitam.

3. Simpan tiket

4. Jangan lupa beli casing waterproof untuk handphone

5. Ambil pakej 2 pulau saja kalau nak puas

6. BELI MAKANAN DAN AIR SIAP SIAP DI JETTY

Sampai je di jetty, kami breakfast dulu, kami makan nasi terus sebab risau lapar, main air ni confirm lapar, so suruh anak anak pun makan nasi, dah kenyang, lega rasa hati. Dah makan, TAPAU ( bungkus ) pula nasi dan lauk. Air mineral jangan lupa beli, sebab di pulau SANGAT MAHAL. kecuali kalau korang memang tak kisah. hihi.

Laki aku tapau nasi dan lauk, paling mudah, nasi + kari ayam + ikan goreng, tu paling mudah. Di kedai-kedai, dorang pun dah tahu, dorang akan bagi kita tapau nasi siap siap dalam bekas, senang kita nak bawa naik boat, tak payah malu, semua orang pun memang tapau nasi. hehe.

Makan sini tak mahal pun, harga standart je.

Masa untuk naik boat, setiap sorang akan ada life jacket sendiri, wajib pakai ok!

Family portrait first! hehe, aku pakai dress? yas pakai dress, sbb nak ootd, sampai pulau, aku salin! kahhh, gigih? yasss gigih! LOL. 

Sunblok - checked
Topi - checked
Spek - checked
LOL

1st destination kita PULAU MAMUNTIK

Serious TALK! Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Cantik sangat Pulau mamuntik, memang betul lah pulau ni kecil, tapi airnya Ya Allah, JERNIH, Biruuuuu kebiru biruan, hijau hijau jernih, even ikan bilis pun boleh nampak, bayangkan! cantik sangat, memang sangat teruja dan seronok sangat!

Kami sampai je ada pasangan dari Korea photoshoot kat sini, ramai juga orang Korea, pelik juga, mcm mana eh boleh ramai orang korea, rupanya skrg dari Korea, mereka ada direct flight ke Sabah, so mmg ramai skrg org Korea di Sabah.

Selalu tengok cite Korea kat TV, bila dengar live depan depan dorg cakap, alahai, teruja kejap, cara dorg cakap dengan anak-anak dorg lembut je, takde memetir-metir. LOL.

Muka teruja tak sabar nak mandi!

jernih sampai Ikan Bilis pun nampak! Cantik sangat!

Selamat datang ke Pulau Manuntik, yay! Tak sabar nak Snorkel! macam aku pesan kat atas, tak payah beli air kat sini, air kepala rm15, HAHAHA. minum jelah air mineral ya!

Dekat sini, aku tak perlu edit gambar, CANTIK GILA! no need filter at all! serius, memang air tu biru, jernih! Cantik sangat!

Habis posing, yasss moh salin baju, kita snorkel pulak! hehehe. 

Aku kan, amaze sangat dengan kakak tau, kakak tu dia sangat suka binatang, sangat suka pulau, kakak tu aku tak hantar tau dia ke kelas swimming, tapi dia pandai swim. Pakai Life jacket lah tapi, aku masih x berani nak lepaskan dia tanpa jacket, and u know what, ini kali pertama dia snorkel, and guess what! DIA PANDAI!!!!

papa dia ajar skali je, cara bernafas, cara berenang. lepas tu trus pandai sendiri, Allahu, memang aku rasa kakak ni fast learner kalau bab bab ni. Dia tak takut!

PAKEJ ISLAND HOPPING yang AFS Car rental and Tour settlekan untuk kami ni, memang all in dah harga ke pulau, snorkle, life jacket semua, senang, aku tak payah fikir dah. kami diberi masa sampai 1pm di Pulau mamuntik. Then kami naik boat ke Pulau Sapi pula.

So ada lah dalam 3jam kami kat Pulau Mamuntik.

Alfi??? Jangan tanya, penakut, ko tengok dia, dah macam Koala dalam air, melekat dengan papa! HAHAHAHA. maybe Alfi kecik lagi, so takut, nak tengok ikan, tp takut. HAHAHA. Kakak pulak nampak ikan, menjerit jerit, aku cuak ingat nak lemas ke apa, rupanya nampak ikan! HAHAHA lawak doh!

Ni aku gilir gilir dengan laki aku, dia pergi snorkle dulu, aku jaga alfi, then dia jaga alfi, aku snorkle. hehe. gitu lah sementara nak tunggu Alfi besar, kena hantar Alfi g kelas renang ni.

Jam 1pm, boat sampai nak ambil kami ke pulau Sapi pulak. selamat tinggal pulau manuntik. tak tau lah bila nak sampai lagi, and we will miss u! sebab lepas ni kami nak g Semporna pulak. Dorang kata sana lagi best! wuuhuuuuuu. InsyaAllah kalau g Semporna pun nak pergi dengan AFS Car Rental and Tour juga.

Pulau SAPI! cantik!!!! Tapi tak sentanding Mamuntik, tapi yang win kat sini, IKAN DIA, IKAN DIA LAGI CANTIK!!!! sini ramai orang, aktiviti pun banyak. korang boleh diving kat sini. orang putih separuh bogel pun ramai, LOL! So pandai pandai lah ko nak explain kat anak ko kenapa dia pakai cm tu. HAHA. its hard! lol

Signature pose papa! haha

hey badak mana ni! pakai hitam pun nampak gemok. LOL!

awan yang sangat cantik!


Santai nampak kakak! HAHA. Dah jom balik, kul 3pm kami gerak dr Pulau Sapi, sebab langit dah gelap, risau hujan, nanti terkandas kat Pulau.

Oh lupa aku nak cerita pasal toilet, jika korang pergi time aku pergi ni, BUKAN CUTI SEKOLAH, orang tak crowded sangat tau, dan toilet bersih, dua dua pulau yang aku pergi, dua dua toilet dia ok ok je, tak de lah OK SANGAT, tapi ok lah. Tak menggelikan.

Cumanya di Pulau Sapi, tempat salin baju dia OPEN, HAHA. Jangan terkejut jika nampak pelancong B**G*L waktu salin baju, hahaha. Macam aku, lepas bersihkan pasir kt baju, aku salin dalam tandas, terpaksa, takkan aku pun nak jd cam pelancong tu kan. lol.

Tapi ok je, kami survive, cuma kakak lah, terbuntang mata tengok, sbb tak biasa kan. HAHA. but overall ok je. Salin baju, naik boat, balik Jesselton jetty, AFS Car Rental and Tour dan tunggu kami.

Sampai rumah, kami rehat rehat, malam ni kami decide nak jalan sendiri, aku nak ke Cafe Kucing kawan blogger, PURRFECT Place cafe. Cafe ni adalah Cafe Wajib Singgah Di KK. Wajib pergi jika pencinta kucing ok! So AFS Car Rental And Tour tinggalkan kereta utk kami jalan sendiri mlm tu.

Rasa terharu sgt bila Sya pm kat Fb jemput kita dtg cafe dia, aku pun tak tahu ada kwn di Sabah, LOL. aku pernah tgk cafe ni masuk TV1 dulu, tapi tak perasan Sya yang punya. Nampak sangat tak beramah mesra dengan kwn kwn di FB, hehe. TQ sya sebab jemput kami, belanja kami kek dan minum di Cafe! sedap sangat kek awak!

Korang boleh usha IG dia, Purrfect Place

Si kakak, jangan tanya lah! seronok sangat dpt main cat, dorg dah charge kat rumah dulu, so sampai sini, aktiflah masing masing. hehe.

Sebelum masuk dalam tempat kucing ni, korang kena pakai sanitizer, sini memang bersih, tak bau hama kucing, kucing gemok! bersih sgt. TERBAIK weh!

Korang datang sini tau nanti! Jangan lupa!

Kalau korang nak tahu pakej pasal Island Hopping tu, boleh try contact :


TQ AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD for great service, sangat recommended!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com