Image and video hosting by TinyPic

20 December 2019

Tips Membeli Di Pasar Filipin Kota Kinabalu

Pasar Filipino


Dah sampai Kota Kinabalu, tak sah lah kalau korang tak pergi Pasar Filifin untuk beli ole-ole atau reward diri sendiri dengan mutiara atau barang perhiasan lain, kalau tak nak datang pasar ni, boleh je pergi ke mall mall area situ, ada juga jual mutiara yang lagi cantik cantik.

Tapi aku memang dah set, datang sini tak nak beli apa-apa, sebab sebelum ni dah pernah beli gelang, brooch mutiara semua, so tak nak beli dah, aku bukan pakai sangat pun, LOL, aku cuma beli 1 je! AMPLANG! hahaha!


Lepas checkout homestay, staff AFS CAR RENTAL AND TOUR bawa kami pergi makan dulu. Masing-masing bangun lambat hari last haritu sebab kepenatan kan island hopping. Kami dibawa ke Restoran Teratak Kota Belud, restoran ni tak banyak menu, signature dia ayam penyet, pecel lele dan lain lain, tapi haritu aku teringin nak makan ikan, so aku pilih ikan talapia goreng, sambal dia terbaik! sedap sangat.

ikan goreng garing dengan nasi panas! sedap sangat!!!!

Dah kenyang makan baru lah pergi ke Pasar Filipin, banyaknya ikan masin, makanan kering-kering, ikan bilis, tapi aku tak beli, tak masuk dalam list, aku cari Amplang je. LOL. Ok untuk membeli kat sini, TIPS dia, korang jangan gelojoh tau, korang pusing dulu semua kedai, dorang ni selalu akan bagi harga lain-lain, contoh mcm Amplang haritu, aku beli, ada 1 kedai mahal gila, aku pusing-pusing, last last 1 kedai ni bagi aku, 5 paket rm10 je, murah gila. huhu.

Then aku tambah lagi kuih cincin, dia bagi murah lagi, bagi free gift lagi. HAHA, seronok betul. Kedai sebelah jeling jeling je aku, siapa suruh jual mahal. kihkih.

Banyak hasil hasil kraf tangan, tapi aku tak beli, sebab ermmm, laki aku marah. haha. dia kata " nak buat perangkap habuk ke? ". hahahaha. sabar jelah! so memang aku beli Ampang dan Kuih cincin je, hari pun mulai hujan, anak dah merengek mengantuk, trus masuk kereta, nak pergi Pantai. Sampai pantai, hujan juga, so lari lagi sana sini, musim hujan tak boleh nak expect apa-apa, kalau hujan, tak boleh nak lepak outdoor.
Lari g Pantai, skali tengok awan tu, fuhhh takut tengok, tak sampai 5 minit, hujan lebat, berlari masuk kereta, last last staff AFS bawa kami ke Kilang Coklat, haha, pun boleh lah! dari tak buat apa, best juga makan coklat free. 

Beli juga lah kami coklat 2 3 jenis, then lepak lepak dalam ni, sebab dalam Kilang Coklat ni ada banyak attraction, ada train besar, seronok lah budak-budak ni turun naik, ada jugak dorg sediakan spot untuk bergambar. Best juga lah untuk menghabiskan masa. Lepas hujan reda, kami pergi airport, laki aku solat siap-siap, then menghabiskan masa mereput di airport. hehe.

Dah lah servis TERBAIK, bagi pulak gift untuk kami, alahai, terima kasih sangat AFS Car Rental And Tour. Great Service! seronok sangat rasa, kami enjoy sangat rasa.

Budak ni tak puas hati naik flight kena buat KUMON, hahahaha. Alhamdulillah kami selamat sampai KL, dan kami now sangat merindui Sabah, nanti ada rezeki, nak datang lagi!


AFS CAR RENTAL AND TOUR

LOT H13,1st floor, Block H, Cyber Square Commercial centre,
Lorong Cyber Square 4
Kota Kinabalu

011-1056 0064


Burn RM :

Makan Lunch Rm40
Amplang Rm50
Coklat RM80

OK ramai yang tanya, berapa Pakej yang aku ambil dengan AFS Car Rental And Tour ni, actually price untuk pakej ni Rm899 per person, tapi PROMO Rm699 only. Korang kena selalu pergi tengok IGS AFS Car Rental And Tour tau, sebab mereka akan selalu buat promo.

Ramai cakap, pergi Sabah Kota Kinabalu ni mahal, tak mampu, tapi dengan Pakej AFS Car Rental And Tour sediakan, pasti korang mampu. Percayalah.

Contoh Promo Bulan ni, so rugi siapa tak GRAB!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. tq for the sharing rara, plan nk g thn ni insyaAllah ;)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com