17 April 2020

Online Shopping Pertama Di Malaysia Yang Menawarkan Promosi Hebat

KENAPA ANDA PERLU ‘SHOPPING’ DI PG MALL ONLINE SHOP? 


Sudah hampir sebulan kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan, mula mula rasa juga pelik, sebab dah biasa bawa anak jalan-jalan tiap kali tiba hujung minggu, tapi sudah hampir sebulan anak anak tak keluar, nak kata bosan tu tak juga, anak-anak ni banyak aktiviti mereka, aktivi untuk kena marah pun banyak juga, HAHA. 

Selepas seminggu PKP, aku dah mula membeli belah di " atas awan " HAHA. Sekarang ni banyak platform online shopping, nak beli apa, taip je, bermacam-macam jenis benda beli, dari mainan anak-anak, barang keperluan harian dan lain lain. #StayAtHome lagi bahaya.

Okay, harini nak bagitahu korang, salah satu platform ONLINE SHOPPING yang best dan banyak barangan murah! kenapa murah? mereka selalu buat promosi. Siapa tak suka promo kan! semua orang suka, termasuk lah aku!



INI LAH DIA!!! PG MALL ONLINE SHOPPING, kalau korg KLIK link kat atas tu, akan terus pergi berdesup ke page PG Mall. Disana ada 14 kategori barangan, senang lah korang nak pilih, nak shopping keperluan rumah ke, makanan ke, keperluan anak ke, skin care product ke, aku kadang-kadang, kalau tak tau nak buat apa, saja " cari pasal " explore setiap kategori, haih!BAHAYA TAHU TAK! tau  tau cart dah penuh, ajer gila orang Perak kata!

PG Mall, iaitu sebuah platform e-commerce tempatan no.1 di Malaysia kini menawarkan pelbagai promosi hebat yang takkan boleh anda lepaskan. Tak perlu keluar ke sana, ke sini, ke sana, ke sini … hanya #dudukrumah dan nikmati pembelian atas talian di PG Mall. 

Minggu depan dah nak masuk Ramadhan, sekejap sangat masa berlalu, nak keluar rumah pun tak boleh, so boleh lah kita membeli apa-apa yang patut untuk menyambut ramadhan ini di PG Mall. Aku selalu kalau bulan Ramadhan, selalu stock up barang makanan je, senang untuk sahur dan buka puasa.

Selain dari membeli dari kategori produk, korang boleh juga beli dari OFFICIAL STORE tau, contoh Official Store yang ada, Mydin, Avon, Singer, Julies dan banyak lagi!!!


Ambik ko! satu store Mydin ko boleh pilih barang! HAHA, excited kan!!!! Lagi satu yang aku excited, bila aku tengok barang dapur dia wei! Allah, jadi mak mak ni, tengok barang dapur pun dah buat aku happy wei! HAHA.

i cryyyy!!! HAHA. nak beli periuk tuuuuuu!!! Cantiknyaaa! Alahai! ok, untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba ni, PG Mall mengadakan MyRamadhan Campaign. Apa tu?


MyRamadhan Campaign (bermula pada 17 April – 3 Mei 2020) 

Untuk Pelanggan Baru 

• Diskaun RM15 dari jumlah resit (Belanja minimum RM50) 
• Terhad untuk 1000 penebusan voucher (2x setiap pelanggan kempen MyRayaVoucher) 

Untuk Pelanggan Sedia Ada 

i. DIskaun RM55 dari jumlah resit (Belanja minimum RM30) 
• Terhad untuk 1000 penebusan voucher (tiada had untuk setiap pelanggan kempen MyRayaVoucher) 

Untuk yang berbelanja RM150 dan lebih dalam satu resit, anda berpeluang nikmati diskaun sebanyak RM25 dari jumlah belanja anda. Berbaloi-baloi kan? 

• Terhad untuk 200 penebusan voucher (1x setiap pelanggan kempen MyRayaVoucher) 
• Tertakluk terma & syarat 


Aku dah nampak blender, tak sabar nak beli blender, dah rosak ni. Banyak sangat memasak kan, sampai blender pun rosak. lol.

Dah shopping banyak-banyak ni, takkan tak dapat apa apa? eh mesti lah dapat, ada CASHBACK tau!!! alaaa takkan tak tau, cashback tu ko shopping shopping shopping, ko dapat duit balik, best kan! gila tak best! HAHA.

MAYBANK QRPAY 

Untuk pelanggan Maybank anda juga akan dapat nikmati 10% cashback dengan hanya RM30 pembelian minimum melalui Maybank QRPay atau MAE. (Terhad untuk 2x setiap bulan) 

Promosi tamat 20 April 2020 

BOOST RAKYAT 

Pembayaran dengn aplikasi Boost? Nikmati 15% cashback tanpa minimum perbelanjaan dengan had RM10 dengan setiap pembelian melalui pembayaran dengan aplikasi Boost! 

Promosi tamat 19 April 2020 

Air Asia BIG POINTS 

Nikmati 50% tebusan BONUS mata ganjaran dengan Air Asia BIG bila anda belanja di PG Mall. Pemegang kad AirAsia BIG juga boleh membuat pembelian dengan mata ganjaran anda di PG MAll. Best kan? 


Rebut Peluang Cabutan Bertuah Love You 3000 

Setiap pembelian RM30 ke atas membolehkan anda berpeluang memenangi cabutan bertuah dan bawa pulang PGMall c-wallet bernilai RM3000. Cabutan bertuah diadakan 1x untuk setiap 2 minggu 

‘Forever Cashback’ sehingga 3.5% untuk anda! 

Ganjaran hebat untuk semua pelanggan dan pelanggan ‘referral’ yang membuat pembelian di PG Mall. Hanya buat pembelian, rujuk teman atau keluarga anda melalui konsep ‘Shop-Share-Earn’ untuk nikmati ‘Forever Cashback’ sehingga 3.5%. Hebat kan? 

Macam-macam promosi yang boleh nikmati hanya di PG Mall. Memang berbaloi-baloi. Aku pun nak sambung usha barang dari atas sofa ni. Nak cari barangan raya juga, walaupun beraya di KL. Raya tetap perlu diraikan, marilah bergaya dengan PG Mall. Apa tunggu lagi. Jom kita start shopping di https://pgmall.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com