15 April 2020

Order McDonalds Food While Sitting Home in Movement Control Order!

McDonald’s sudah tak asing lagi. Dalam tempoh berkurung ini misalnya memang fastfood menjadi pilihan utama bila diri dah rasa jemu nak makan masakan sendiri. Normal bila rasa bosan kalau dah terpaksa hadap menu makanan yang hampir sama. Lagi-lagi bila berada dalam keadaan movement control order (PKP) ni.

PKP nak tak nak kita kena ikut! Wajib ikut! Walaupun kelihatan agak membosankan tetapi ianya jauh lebih baik daripada terpaksa berdepan dengan risiko bahaya. Setakat duduk berkurung di dalam rumah apalah sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang terpaksa bertarung nyawa di barisan hadapan (frontliner), kita jauh lebih bernasib baik. Kita masih boleh duduk di dalam rumah dalam keadaan aman. Kita masih boleh peluk anak-anak, bergurau senda tiap hari dalam keadaan tenteram. Sebaliknya mereka yang sedang berkorban demi kita, demi negara, mereka perlu berdepan dengan risiko yang jauh lebih tinggi dari kita.

Kembali pada soal makanan. Antara menu yang cukup menjadi perhatian adalah makanan segera dari pelbagai pihak. Antara yang menjadi pilihan paling utama sudah tentulah McDonald’s.


Kat McDonalds ni macam-macam ada. Ayam gorengnya sedap dengan rasa pedas rangup, ditambah pula dengan menu burgernya yang besar dan mengancam. Tak lupa juga dengan menu untuk kanak-kanak berserta desert seperti apple pie. Sedap-sedap belaka.

Sebagaimana yang dikatakan tadi. Tak payah sibuk nak keluar rumah kalau teringin nak makanan menu McDonalds ni. Jika kebetulan nak sambut birthday bersama anak-anak dan pasangan dalam rumah tu pun mudah saja.

Buat apa nak pening kepala dan bersusah payah beli barang keperluan, dengan nak memasaknya lagi. Sedangkan dengan mudah dapat menu yang sedap dari McDonalds untuk dinikmati bersama yang tersayang untuk meraikan hari istimewa tersebut.

Bagaimana Nak Order Untuk Dapatkan Menu McDonalds?

Caranya mudah saja. Jika nakkan fast food delivery malaysia ni, kita hanya perlu buka aplikasi Foodpanda. Ya Foodpanda! Ini kerana pihak Foodpanda turut menyediakan servis penghantaran makanan dari restoran McDonalds yang berhampiran dengan rumah kita untuk dihantar terus pada pelanggan.

Malah pihak Foodpanda juga turut mengutamakan kaedah contactless delivery untuk para pelanggan demi membantu menjauhkan lagi risiko untuk Covid 19.

Antara banyak-banyak menu yang ada di McDonalds ni, antara menu yang sering menjadi perhatian adalah seperti Big Mac, Ayam Goreng McD, GCB, Chicken Burger, Bubur Ayam McD, Fillet O Fish dan banyak lagi.


Jika ada anak-anak kat rumah, boleh order Happy Meal. Boleh pilih nak ayam gorengm burger, bubur atau nugget. Tentu anak happy dengan tambahan mainan yang ada di dalam kotak Happy Meal tersebut. Secara tak langsung anak juga ikut happy walaupun dalam keadaan berkurung di dalam rumah.

Bagus kan macamana. Kita sama-sama dapat berasa happy dengan menu pilihan masing-masing. Nak makan ayam goreng boleh, burger boleh, pie boleh dan yang penting kita semua tetap dapat berada bersama dalam rumah tanpa rasa bimbang.

Malah penghantaran makanan juga turut menitikberatkan soal kebersihan, langkah berjaga-jaga dan juga turut mengambil kira soal jarak dengan pelanggan ketika penghantaran.

Ingat! Stay At Home! Duduk Rumah Jangan Degil! Nak Menu Apa, Jom Kita Order Secara Online Jer

Syukur bila semua pihak dapat bekerjasama begini. Servis penghantaran makanan dengan cara contactless delivery ini juga sangat bagus dan memudahkan para pelanggan sambil menjaga jarak untuk keselamatan diri masing-masing.

Ingat tau!! Jangan keluar rumah melainkan terpaksa. Jangan juga keluar rumah tanpa sebarang tujuan yang tak pasti.


Jika hati teringin nak nikmati menu McDonalds, tak perlulah susah payah buang masa, buang tenaga dan buang minyak kereta tu. Online dan order saja secara terus di aplikasi Foodpanda dan biar pihak delivery Foodpanda uruskan semuanya dari pickup hinggalah kepada penghantaran.

Sit At Home! And Lets Order To Eat! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com