07 August 2020

Pakar Mengatakan Ini adalah Tempat Terbaik untuk Makanan Barat di KL

Ini bukan bercerita tentang pakar pemakanan makanan sihat tu tau, tapi ini merujuk kepada pakar suka makan (macam awak dan saya). Pakar makan macam kita kita ni, fahamlah tahap cerewetnya tu macam mana. Ada yang pentingkan rasa makanan, ada yang utamakan gaya persembahan makanan juga dan tak kurang yang turut utamakan pada dekorasi kedai makan yang happening untuk duduk bersantai. 

Lagi-lagi untuk tempat makanan barat di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur banyak restoran makanan barat dan memang agak sukar nak buat pilihan. Asyik pekena nasi lemak, nasi ayam, nasi dagang dan lain-lain je, sesekali bertukar selera kepada western food seperti steak, pasta dan pizza pun best juga. 

Tambahan pula makanan barat ni memang banyak pun yang sedap-sedap dan dekorasi tempat makan untuk western food near me ni memang ada pelbagai. Jenuh nak pilih tau! 

Bagi mereka yang tinggal di KL dan kawasan yang berhampiran dengannya mesti best sebab ada banyak pilihan restoran makanan barat yang unik dan istimewa. Masing-masing ada pelbagai keunikan mereka yang tersendiri dan pilihlah mana satu yang suka mengikut citarasa selera masing-masing. Antara restoran menu western restaurants in KL yang saya rasa macam okay adalah 151 Hugh Low Kopitiam, Mikey’s Original New York Pizza, Hard Rock Café, Table 9 Restaurant dan Overloaded Western KL.

#1 - Mikey’s Original New York Pizza



Kat mana nak sambut birthday ye? Kalau dulu hanya sambut di rumah, kali ni apakata ubah gaya dengan sambut di Mikey’s Original New York Pizza. Restoran Mikey’s Original New York Pizza ini menyajikan pilihan menu pizza yang original dengan citarasa dari warga New York. Sesuailah dengan namanya kan. 

Antara menu yang agak popular untuk di cuba adalah seperti Classic New York Pizza, Buffalo Chicken Pizza, Mama’s Wild Mushroom Pizza, Sweet Hawaiian Chicken Pizza danBeef Loco Mexicano Pizza.

#2 - Hard Rock Café

Sapa tak kenal nama Hard Rock Cafe ni memang tak sah! Manakan tidak, Hard Rock Cafe ini merupakan antara restoran western yang cukup terkenal dan cawangannya ada di merata dunia. Menu makanan di sini juga boleh dikatakan memang benar benar original western dengan pelbagai pilihan menu makanan barat special lain daripada yang lain. 

Tak kira penggemar cheese, burger dan sebagainya. Nak datang secara bersantai atau raikan hari special bersama yang tersayang, Hard Rock Cafe ada segalanya. 

#3 - 151 Hugh Low Kopitiam

Kat sini, bukan saja makanannya dikatakan sedap malah dekorasi makanan dan kedai itu sendiri dikatakan cantik dan menarik. Cuma kalau datang selalu or course boleh rabak poket ni. Jadi sesekali kalau terasa mengidam nak makan makanan western dan nak duduk makan tenang sambil bersantai bolehlah ke sini. 151Hugh Low Kopitiam menyajikan banyak pilihan makanan. 

Antara menu yang terdapat di sini dan paling mendapat sambutan adalah Fish & Chips, Meatballs Bolognese, Chicken Burger with Cheddar Cheese dan Crispy Chicken Chop.

#4 - Table 9 Restaurant

Table 9 Restaurant memang sangat popular. Walaupun tempat ini nampak sangat glamour tetapi harganya sangat berpatutan. Table 9 Restaurant menawarkan pelbagai menu western seperti pizza , pasta, burger dan ice cream. Untuk hujung minggu dari jam 12pm hingga 3pm boleh menikmati special lunch set dengan hanya RM22 sahaja.


Tengok sendirilah menu set burgernya yang super cool tu. Betul-betul nampak menyelerakan dan saiznya juga mampu untuk menyenyangkan. Cara persembahan makanan itu juga ternyata sangat sempoi dan menarik. Best kalau dapat nikmati ni. 

#5 - Spoon SteakHouse

Restoran Spoon SteakHouse sentiasa dipenuhi oleh ramai orang terutama tatkala hari cuti hujung minggu. Makanan di sini sangat pelbagai dan harganya juga sangat berbaloi. Maka tak hairanlah kenapa ramai orang suka sambut hari lahir dan lain-lain hari special bersama insan kesayangan di sini. 

Kepakaran restoran ini adalah pada menu steaknya seperti T Bone Steak dan BBQ Beef Rib. Kalau makan sekali rasa boleh teringat sampai berminggu-minggu. Silap haribulan setiap kali terima gaji nak ke sini untuk lepaskan kempunan makan steak yang best dan perfect! 

Bagi yang rasa malas nak keluar dari rumah, takut gelap ke apa.. Jom order guna Foodpanda! Apa susah, duduk je kat rumah dan buat pesanan mengikut aplikasi Foodpanda hanya dengan menggunakan hujung jari.


Selesai buat pesanan boleh buat bayaran secara terus dan tunggu makanan sampai sehingga ke depan pintu rumah. Dengan cara begini jem di atas jalanraya dapat dikurangkan malah kos minyak, masa dan tenaga juga tak perlu lagi dibuang begitu saja. 

Jadi bagi sesiapa saja yang tetiba rasa teringin nak makan menu barat dan sedang mencari lokasi western food near me macam kat atas tu, saya cadangkan guna saja servis delivery dari Foodpanda. Tak payah lagi nak susah payah macam dulu. 
safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com