Image and video hosting by TinyPic

ABOUT ME

Assalammualaikum.

Selamat berkenalan, hehe, hai! Hai buat pembaca blog www.safurara.com, alaaa, meh nak cerita sikit lah ABOUT ME, mihmihmih. Beriya nak about about me kan? Tapi nak jugak buat! Tak kira! Hehe. Khas buat Peminat saya! Meh berkenalan sikit lah.


Korang boleh panggil saya Safura, atau nama lebih Manja SIKIT, “ Rara “ asalnya rara tu bukan nama aku, tapi mak aku lah tu, elok elok nama Safura, dia panggil “ Ra “ “ Ra “ so jadiklah Rara, nama Rara ni terkenal di kalangan Blogger je, kawan kawan sekolah aku panggil aku “ Pura “ hampeh kan, tak glamour, tapi sekarang takde dah nama “ Pura “ semua panggil “ rara “ dan “ fura “ je, eh terpulang lah korang selesa nak panggil aku apa, jangan “ hoi “ sudah lah.hehehe.

Aku lahir pada tahun 1987, sape sebaya aku?!

Aku berasal dari Ipoh Perak.

Aku sebenarnya partime blogger, partime businesswoman, 

dan perkerja di sesuatu tempat ( rahsia ) hehehe

Aku lebih suka bahasa kan “ aku “ dlm setiap entry blog, aku rasa lebih “ dekat “ dengan korang, maaf lah kalau ada yang anggap kasar, tapi AKU pon salah satu dr kata ganti nama kan.so aku rasa ok je “ aku “ tu.hehehe.so feel free to aku aku with me.hehehe.

Aku seorang perempuan yang OTAK gila gila, penuh dengan gelak ketawa, clumsy, a little bit blur kadang kadang.hahaha.sape yang rapat dengan aku tu, tahu lah, aku memang suka GELAK, kerja aku gelak jeee, tapi berpada pada lah, kadang kadang aku boleh tukar jadi singa ye.hehehe. pada aku, siapa yang buat baik, layan aku baik, aku akan layan dia 1000 kali lagi baik. Dan yang penting, aku tak suka kawan Talam Talam ye.hehe.dalam berkawan, biarlah Iklassss kekdahnya.hehe.

Ok mari sambung lagi, aku kalau membebel susah nak stop.


Refer gambar di atas nun, aku sudah pun berkawin, aku Nikah pada 28 Oktober 2011 hee, masuk tahun ni, dah nak dekat 4tahun dah berumah tangga, masih lagi baru, masih lagi belajar mengenali hati suami, kita ni hari hari kena belajar kenal hati suami, sbb hari hari cabaran berumahtangga adalah berlainan. Sape yang belum kahwin? Mari menuntut ilmu.hehehe.no lah.gurau je.



Saya mempunyai seorang anak dara, Imann Sophea, kalau dlm entry biasa aku panggil Princess, tu anak dara aku lah tu, tahun ni dia dah 3 tahun, sungguh kejap masa berlalu, aku berblogging mula tahun 2009 gitu, aktif 2010, dr zaman anak dara, zaman bride to be, sampai lah ke zaman menjadi blogger mak mak ni! Hehehe.semua zaman aku dah lalui, sekarang ni baru nak bergiat lebih aktif sebagai part time blogger.

NICHE aku dalam dunia BLOG ni lebih kepada Personal, Lifestyle, Parenting, Beauty dan Blogger Masak masak.hehehe.biasa lah mak mak kan! Memasak dan share resipi adalah hobi aku.hehehe.aku juga mempunyai BLOGSHOP, Safura Online Shop, tu kedai aku lah tu, dan baru baru ini, aku baru saja memulakan perniagaan Pavlova, dan mungkin lepas ni aku akan lebih serius dengan perniagaan Cookies dan dessert aku.wiwiwiwi, mmg ini cita cita aku.

Maaf lah jika ABOUT ME aku ni berterabur.hahahaha.aku mmg mcm ni, apa yang terlintas, itu lah yang aku taip.haih! diharap dapat membantu korang, hahaha.


Ok lah! Bai.

xoxo

4 comments:

  1. panjang betul about me akak nie . . saya dah baca sampai habis . . salam perkenalan ye . .

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga,
    terbaca bila tgh cari review pasal ideapad lenovo
    so terjumpa la Rara

    ReplyDelete
  3. Love your writing.
    Thanks rara.

    ReplyDelete
  4. SALAM PERKENALAN..TETIBA HATRINI RASA NAK KLIK BUTTON ABOUT ME NI HAA...EHH..AKK PUN ASAL IPOH PERAK TAU....HEHEHE

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com